Post Viral Bagi Blog. Apa Penyebabnya Sesuatu Blog Post Jadi Viral
Kenapa Sesetengah Blog Post Menjadi Sangat Viral?
Sebelum menjengah cerita pasal blog post viral dalam penulisan kali ini, mari dahulu lihat scenario dari laman social Facebook.Berikut adalah cerita yang diolah semula berasaskan dari apa yang aku lihat berlaku di Facebook.
Pada yang perasan, dia akan tahu dari mana datangnya scenario ini. Olahan semula dari situasi sebenar yang berlaku. Dari post viral kaw-kaw punya.
Sebelum tu… baca intro ni dulu. Sebabnya... Aku bukanlah penulis yang cekap dan pantas.
Post Viral Bukan Makanan Aku
Terlalu lama terdidik dengan penulisan teknikal yang memerlukan data, sebab-musabab, penjelasan, tatacara dan akibat... membuatkan otak aku slow sikit dalam bab menulis storytelling.Kerana dalam penulisan teknikal apa yang ditulis akan ditanya semula akan kesahihan dan aku mesti mampu mempertahankan idea atau pendapat yang ditulis.
Terbawa-bawa dalam stortytelling sehinggakan tak pandai nak beremosi.
So... nak dapatkan post viral memang sakit sikit. Ia bukan makanan aku. At least bukan lagi.
Terlalu terbiasa dengan hal teknikal. Macam nilah jadinya. Kaku. Kejang. Keras. Sangat Membosankan.
Tapi itu tak apa… aku perlukan latihan selalu. Aku mahu berjaya dalam bidang penulisan blog. Berjaya bermaksud menulis sesuatu content dengan emosi dan jadi status atau post viral.
Salah satu caranya ialah lihat orang-orang yang status mereka selalu dapat engagement yang tinggi dan seterusnya jadi viral.
Post ini mendapat 4711 view. Sebelum ini guna AMP Page. Tapi page itu susah untuk maintain. |
Supaya dapat banyak trafik. Jana trafik melalui post viral. Tak perlu buang duit buat iklan macam FB Ads tu atau Google Adwords.
Terus jer buat latihan dan asah kemahiran.
OK… meh lihat scenario ini satu persatu.
Scenario 1. Menulis Status Facebook Sambil Memandu Dalam Perjalanan Pulang Dari Mydin
Orang lain mungkin kerana kebiasaan, mereka sambil pegang stereng kereta samada on the way atau pulang dari Mydin sudah boleh siapkan satu artikel.Memandu sambil buat posting? Bahaya bang. |
Celoteh sikit pasal niaga on the street, taruk gambar ketam kemerahan dalam kueh-tawtau.
Tempek gambar suasana penggorengan penuh berasap.
Dah... cukup. Tekan publish. Tak sampai satu jam LIKES dah bertimbun. Ribu-riban.
Heh... terror wei !!!
Tapi kan... ini adalah salah satu punca jalan jadi jem. Pemandu asyik dengan handphone.
Update Facebook Status Sambil Memandu - Moralnya Apa?
1. Kejayaan itu kerana pandai mengurus masa
2. Kejayaan dibuktikan dengan stereng kereta
3. Kejayaan datang bukan dari menunggu masa yang sesuai
4. Kejayaan bukan untuk orang suka bertangguh dan bagi alasan
5. Kejayaan itu sebab tak peduli apa orang lain nak kata.
6. Aku buat saja. Korang suka? Sukalah. Tak suka? Heh… your complaint doesn’t put food onto my dinner table you know.
Menulis Status Facebook Sambil Breakfast Kat Warung
Gambar: Lubuk Bangku |
Kebetulan urusan kat Mydin boleh tercepat so sekarang masih ada waktu. Perut pula berkeroncong.
Sambil duduk tunggu order roti canai telur tiga keping dengan teh tarik sampai, ternampak seorang ayah dengan tiga orang anaknya.
Dihujung warung. Terlindung sikit. Tapi jelas pada penulis ni.
Kemudian pelayan bawa pesanan untuk 4 beranak. Tapi yang ada hanyalah:
- Satu cawan besar milo panas
- Tiga cawan air suam
- Tiga pinggan roti canai kosong banjir kaw-kaw
Setelah membaca doa makan, si ayah menuangkan milo panas ke dalam 3 cawan air suam. Kongsi sorang sikit. Kasi lepas gian sudah.
Tiga keping roti kosong dikongsi 4 orang. Tak sampai 10 minit selesai. Si ayah pergi bayar dan mereka pun berlalu.
Taruk tajuk “Aku Kena Cubit Telinga Tak Reti Bersyukur Belasah 3 Keping Roti Telur.” Tekan publish. Boom dalam masa beberapa jam post viral kaw-kaw. Share 30 ribu.
Blog SiakapHaruan, PenStraight dan berpuluh blog lagi pun ambil dan publish juga… Boom !!! 25 ribu lagi share. Lutsinar FM pun bawa cerita juga. Boom lagi…
Roti Telur 3 Keping - Moralnya Apa?
1. Tajuk mesti mau menangkap2. Cerita pendek tapi penuh emosi
3. Ditutup dengan pengajaran
4. Jalan cerita memberi kesedaran / motivasi / inspirasi / rasa bersyukur / melembutkan hati
5. Penulis jadi terkenal tak perlu bayar kos iklan pun. WOM punya impact.
WOM tu apa?
- Soksek-soksek- Gossip gebang
- Cerita mulut ke mulut…
- Share dengan kengkawan post orang lain
Ya... WOM itu ialah Word Of Mouth.
So… the moral of the story is…
Mau bikin post viral? Buat macam ini punya cerita.
"Aku sorang makan roti canai telur 3 keping. Orang lain 3 keping roti kosong dikongsi-kongsi. Lepas tu aku kena cubit telinga. Sebab aku tak tahu bersyukur. Kuat komplen. Kuat mengata. Kuat membebel. Hasil tak ada. Kuat bagi alasan. Hidup tahunya hanya nak makan."Real ke tidak?
Tak akan ada siapa nak cek dan soal macam penulisan teknikal.
Pembaca terima bulat-bulat macam terima 3 keping roti canai telur yang tak dipotong tu. Nampak gebu, sedap, menyelerakan... telan jer. Lepas tu hebahkan kat orang lain – SHARE.
Scenario 2. Menulis Status Facebook Semasa Dalam Masjid Tunggu Solat Atau Selepas Tazkirah
Status jenis ni sesuai untuk orang famous.Ya… famous dengan aktiviti dosa lampau. Dan orang pun tahu kerana dia selalu update status tentang apa yang sedang berlaku ketika masa lampau itu.
Sejarahnya ada.
Tiba-tiba dapat hidayah. Berkat doa ibu bapa. Sebab selalu memudahkan hidup kedua orang tuanya.
Juga sebab selalu bagi sedekah. Selalu buat amal jariah untuk anak yatim dan golongan miskin.
Rezeki jadi murah. Sale kaw-kaw. Dalam sekejap jadi melener.
Pakai kereta dekat 10 biji semua model tak kurang harga dari RM 200K sebiji.
Keywordnya ialah bukti keberkatan dari doa keramat hidup.
Lepas tu bila follower dah belambak ratusan ribu sentiasa update tentang keagamaan. Ala-ala Ustaz sikit. Sekali buat posting memang dapat post viral gila.
At the end? Senang buat sale juta-juta.
Aku nak buat macam ni mungkin tak boleh.
Kerana apa?
Sebab tak ada sejarah dalam Facebook atau mana-mana media social yang aku ni pernah terkelencong. Maka tak boleh nak cerita yang aku sudah buat U-Turn.
Pada yang boleh… selepas tunjuk bertaubat, cuba lah.
Cuma nak pesan… niat tu kena betul lah ek. Nak buat supaya boleh tambah famous, dapat post viral gia-gila, senang nak buat sale atau memang benar mencari keredhaan Allah.
Hanya pemilik diri yang tahu. Aku tak mahu jadi hakim. Sebabnya aku memang bukan hakim pun.
Cuma belajar dari apa yang aku nampak. Dan konsepnya boleh diaplikasikan. Tu jer.
Scenario 3. Cerita Pasal You-Turn
Cerita pulang ke pangkal jalan selalu mendapat perhatian pembaca. Ditambah lagi dengan unsur emosi membuatkan penulis macam seorang hero yang sudah melepasi tahap ujian getir.- Ramai orang tercari-cari apa itu hidayah. Bagaimana ia datang. Kepada siapa ianya didatangkan.
- Bukti penerimaan hidayah? Bertukar dari seorang yang dulunya samada jahat, samseng, liar, atau rockstar bergelumang dengan dosa kepada seorang yang zuhud. Merendah diri, selalu bersyukur menjadikan dia seorang idola.
- Kesan dari besyukur itu dibuktikan dengan kekayaan. Semut tertarik kepada gula. Manusia tertarik kepada kekayaan – rumah, kereta atau lain-lain aksesories yang membuktikan dianya kaya.
- Pendek kata – aku berjaya kerana aku taat akan ibu bapa aku. Selalu bersedekah dan beramal jariah. Give first receive later. The more you give the more you get. Macam tu lah lebih kurangnya.
- Ramai orang yang bekerja kuat. Siang malam. Satu hari buat 2-3 jenis kerja. Sangat penat. Tapi tak kaya-kaya juga.
Nota: Bukan semua rockstar itu kaki rock... ada yang memang warak.
Mereka Mahukan Idola, Role Model, dan Hero Sebagai Pengubat Lara
Apabila dapat memenuhi keinginan dan inspirasi mereka (followers)… tulis satu titik (.) dalam Facebook pun boleh dapat 50K LIKES.Sebab sudah terbentuk satu pertalian kasih sayang - affinity. Sekali pun di alam maya.
Moralnya Apa?
Sangat ramai orang yang kesunyian dalam kesibukan.
Malah dalam majlis kenduri yang sepatutnya mereka berinteraksi dengan pengunjung, handphone juga yang menjadi alat penghubung. Sebagai penglipur jiwa lara. Jiwa alam nyata yang sudah kosong.
Sedikit Imbasan Kenapa Aku Menulis Diblog
Menulis hal tentang perkara teknikal hanya aku dan beberapa orang sahaja yang membacanya. Paling ramai pun mungkin 10 orang.Ia bukan jenis post viral. Khas untuk audience tertentu sahaja. Dan tidak boleh dijadikan bahan bacaan public.
Mengandungi rahsia perniagaan. Intelectual property.
Walaupun kesannya membolehkan aku dapat projek untuk syarikat, manfaat penulisan itu lebih tertumpu untuk aku dan beberapa orang saja. Kerana ia memberikan pekerjaan dan sumber pendapatan hanya pada yang terlibat secara terus.
Post viral melalui blog atau media social punya jangkauan yang lebih luas. Ribu-riban orang boleh baca dan dapat manfaat ilmu — jika ada ilmu yang diselitkan.
Kenapa Ilmu Yang Dimanfaatkan Itu Penting?
Kerana ia adalah salah satu dari 3 bekalan untuk ke SANA. Entah esok entah bila. Aku tak tahu. Semua orang pasti ke SANA.Tapi aku sedang berusaha mengumpulkan saham untuk ke SANA. Tak mahu berlengah.
Ini yang aku belajar dari penulis yang menulis sambil bawa kereta: Tulis sesuatu yang bermanfaat. Jadikan ia post viral.Nak jalan mudah? Baca sini ➽ Jalan Pintas Menjana Trafik dan Pendapatan Dari Blog.
Jangan bertangguh. Masa dan ajal tak menanti aku. Juga anda pembaca yang budiman.
Meh KLIK LIKE and SHARE nih... ek!!!
Thank you for your comments