Wanita Ini Punya Daya Tarikan Hebat Semula Jadi @ Jadian Semula - CrazyDuck -->

Header Ads

Wanita Ini Punya Daya Tarikan Hebat Semula Jadi @ Jadian Semula

Masa dia susah merangkak kita tahukah keperitan dia? Masa dia menangis sorang-sorang sambil meneran ada orang ambil kisah? Haram tak ada. Ya, setiap kejayaan itu ditempah melalui ujian dan kepahitan. Kegagalan ialah ubat terbaik memperbetulkan kesilapan.

Menulis Tentang Hal Wanita Hebat

Menyentuh tentang wanita - fooh banyak benda boleh tulis. Habis dakwat selautan pun belum tentu selesai. 

Tulisan ini pula asalnya disiarkan di platform WordPress. 

Dipindahkan ke sini guna Blogger. Sebabnya hasil pulangan guna Blogger jauh lebih baik dari WordPress.


Penulisan ini ialah tentang engagement atau trafik di social media.

OK, wanita yang dimaksudkan — seorang penulis natural.

Dan dia memang terror dalam hal ehwal wanita. Hebat... kalau dia berdiri kat trafik light, semua trafik akan berhenti.

Ya... ya... aku dengar.  Ada yang kata lelaki pun ada juga yang super terror pasal bab wanita ni. 

Lelaki pun kalau berdiri kat trafic light, semua trafik pun stop bila lampu merah. Ye lah tu... ek.

Tu... Gynecologist, terror gila pasal wanita. Kan? 

Kuat korek dan membocorkan rahsia wanita-wanita. Setahun entah berapa ratus orang. Sepanjang hayat dia ribuan wanita yang dia tahu rahsia mereka. Tapi dia sekadar kongsi rahsia dengan tuan badan jer lah.

Tapi wanita yang ini memang special. Dia convert ilmu pasal wanita dan jadikan ilmu tu pendorong business juta-juta. Jutaaaaa beb !!!

Dia Ni Semula Jadi Ke?

Semula jadi? Jadian semula?

Tak kisahlah. Tapi memang menjadi. Masuk keluar TV. Seminar & convention apa lagi. Kerap bebenor.

article-about-vagina-disease-and-women's-problem
Nak tau sumber KLIK gambar.
Dia kerap menulis. Satu hari paling kurang satu post mesti ada. Semuanya pasal wanita. Dan juga apa yang membuatkan wanita sangat special pada lelaki, terutama pada sang suami.

Dia tulis direct straight forward terus.

Sampai kadang-kadang aku sendiri malu nak baca apa yang ditulis.

Walaupun menjurus kepada pornu sikit… katanya ia perlu untuk penjelasan dan pemahaman. Aku anggap ilmu biologi jer lah.

Dia cerita pasal hal-ehwal kewanitaan dan Miss-Vege.

Memang aku suka makan sayur tapi bukanlah pulak vegeterian. Terutamanya sayur yang dimasukkkan dalam laksa – raw atau rebus sikit. Kalau ada asam keping dalam laksa tu lagi syiok.

laksa-bersama-asam-keping-yang-enak-disedut

Cukup best. Masam dah tak ada. Yang tinggal kegebuan asam keping tu ja. Bukan rupanya tapi rasa texturenya bila disedut. Terpejam biji mata Yeob...


zakaria-laksa-teluk-kechai-kedah
Pak Zakaria ni memang pakar laksa.  Mesti banyak guna asam keping.

Hal Wanita dan Kewanitaan | Woman & Womanhood

Hal kewanitaan bukan bidang aku nak ulas.  Tapi hanya menceritakan semula apa yang aku baca.

Secara ringkasnya penulis ini memberikan tunjuk ajar bagi kaum ibu bagaimana menjaga Miss-Vege supaya terus segar bugar.

Gebu gebas. Ketat padat. Wangi semerbak. Grip tak lepas. Tak ada warna selain pink. Putih-putih langsung tak mau.

Selain panduan dan ilmu kewanitaan, cara dia tarik traffic dan pendapatan ialah dengan buat contest. Syarat contest cukup senang. LIKES, KOMEN, SHARE jer. LKS.

Post jadi viral tanpa perlu FB Ads. Sambil belek-belek Vege dan asam keping nak buat laksa pun boleh siap satu post. Tekan publish… BOOM !!!

Moral of the story?

Dia tulis apa yang dia pakar.  Juga bersangkutan dengan produk yang dia jual. Dia juga menyelesaikan masalah kepada audiencenya – kebanyakan wanita. Ada produk untuk lelaki juga… tapi akhirnya tetap untuk keseronokan dan kepuasan wanita.

Nak tahu siapa dia? 

Pergi pacak tunggu tepi jalan atau kat trafic light pun boleh. Sampai lori kopi, tahan. Tanyalah driver tu kopi pacak ada jual tak. Ya wanita ini bukan jadian, tapi kepala kepada segala keJsdian.

Selain cerita tentang wanita dan kewanitaan... ada banyak lagi cerita yang boleh jadi viral dan tarik trafikSedikit lagi tambahan kat bawah ni ek.

Sambil Ambil Wuduk Idea Datang. Tulis Post Sementara Tunggu Iqamah

Terus terang aku cakap aku bukan kaki masjid 5 waktu.

Tapi bila travel tak kiralah long ka atau short distance ka. Masuk waktu solat aku usaha untuk singgah kat masjid yang berdekatan

Satu ketika tu aku nampak sorang bro ni.

Lepas ambil wuduk dia solat sunat. Kemudian sambil duduk menunggu solat waktu dia tulis something kat HP dia.

Cekap

Nampak sangat pantas. Jarinya pun kecil. Senang sikit tak tersilap huruf. Jari besar sado gabak selalu mis-spelled. Nak tulis root tertulis toot. Yang membacanya... eh, toot-toot? Apa benda pulak neh?

Agaknya tadi sambil on the way ke masjid dia sudah dapat idea apa nak ditulis. Ambil wuduk idea terus menjadi cerah tentang perjalanan cerita yang mahu diturunkan.

Pasal brader ni mengingatkan aku pada seseorang. Dulu rambutnya panjang perang. Kuku warna warni. Sekarang dah tukar pakai songkok lebai.

Adakala berjubah.  Tapi dulu-dulu skirt nampak pusat. 

Dapat hint? 

Habis solat sunat dia post mungkin 4-5 baris tentang kesedaran dan pulang ke pangkal jalan.

Reverse Hijrah.  Sebab berpatah balik. Eh… tabik spring ooo!!! Ingat senang ka? Nak reverse hijrah yo.

Err... sewaktu tulisan ni di update dengar khabarnya dia dah nak pulang semula kepada kejadian tak asal. Jadian semula. Errm... entah lah. Buat lah amender pun asal kau bahagia. 

Bukan aku diganggu pun. Dan siapa pula aku ni kalau nak bagi nasihat?

OK… Back to writing a post for social media.

Habis Iqamah dia tekan butang publish. Selesai solat sunat ba’qda solat yang wajib… sudah dapat 10 K likes.

Senangnya, kan?

Ya… bila response LIKES dan SHARE belambak-lambak… kita nak jual apa pun senang. Sebab orang sudah ada affinity dengan kita. Hubungan telepathy-nya kuat.

aura-media-social-150K-likes
150K Likes... hebat kan?

Aura penulis itu hidup. Sehinggakan 1,000,000 Mg serbuk (macam gula) dipercayai ramai boleh muat dalam 30 sachets. Dan setiap sachet berat cuma 3 gram (3,000 mg). 

Label 1,000,000 mg ni sekarang dah dibuang. Masa mula dulu tak perasan kot? Ye lah, math pun boleh juga main perasan-perasan. Tak da perasan (emosi) mana ada best, kan?

Pakat beli laku keras. Heh... ada aku kisah? Yang penting kulit aku gebu gebas. Ek? Kau apa tau?

Oh-wanita-1,000,000 mg-serbuk-gula-sama-beratnya-dengan-serbuk-mutiara-beb

Berbalik kepada aura. Bagaimana dengan aku? Aura aku hidup ka? Erk… nak jawab guano eh?

Cuma… jangan sekali-kali mengkhianati peminat atau pembeli tegar. Zaman IT benda tak baik cepat merebak.

Cepat sangat. Tambahan lagi kalau melibatkan orang terkenal. Erm… apakah aku bernasib baik sebab tak terkenal?

Penulis Yang Suka Tidur Atas Toto Narita

Aku kalau berbaring selepas tengah malam, terus tidur. 

Kekadang atas Narita punya toto. Kadang-kadang balun atas kusyen ja.

Kat bilik tidur atas katil... he he yang tu tak yah sebut. Biasa sangat. Tak pelik pun kalau cerita.

Sudah masuk jadual tidur aku tak kisah lagi nak menulis update status pabagai.

Tetapi ada sorang mamat ni yang hobinya menulis atas toto narita.  Sementara layan mata untuk lelap dia sudah siapkan satu post.

Tekan publish, jaga-jaga pagi tengok dah ada 60K likes.

Wallau-wei… hebat betul. Ini tak da potong stim punya (artikel nak dilink belum siap pindah). Bro ni stim terus kot?

Aku tak setanding dengan bro ni atau pun contoh yang disebutkan di atas. Dan aku pun tak mahu dibandingkan dengan dia orang.

Sebab bro-mamat toto narita ni pencapaian dia sangat special.

Dia orang sangat istimewa walaupun sambil meneran boleh siap satu post. 

Macamana tu?

Senang.

Taip satu titik (.)… publish.

Tunggu 10 minit dah ada 10K likes.

Apa pasal jadi macam tu? Bolehkah aku satu hari nanti jadi macam tu juga?

Heh… ya kita nampak apa yang orang sedang enjoy. Masa orang sudah berjaya. Semuanya sweet.

Masa dia susah merangkak nak develop character yang orang suka dan ada timbul rasa sayang, kita tahukah keperitan dia?

Masa dia menangis sorang-sorang sambil meneran ada orang ambil kisah? Haram tak ada.

Ya… setiap kejayaan itu ditempah melalui ujian dan kepahitan. Kegagalan ialah ubat terbaik memperbetulkan kesilapan.

Erm… bukan pada semua orang. Tapi hanya pada yang mahu belajar, boleh diajar, dan mengamalkan apa ilmu yang sudah dipelajari.

Tak ada jalan singkat.

Tak nak amalkan ilmu yang didapati? Sama macam beli buku kemudian simpan bawah katil.

Penutup

artikel-wanita-hebat-ini-asalnya-dari-WordPress-blog-saya-punya-juga
Asal artikel ini dari platform WordPress.
OK lah… artikel ni panjang sikit dari yang dirancangkan. Entah berapa orang yang baca sampai habis. Ini adalah sebagai latihan untuk aku keluar dari dunia perfectionist seorang chemist.

Tulis yang bermanfaat bagi petunjuk dan share ilmu pada audience barulah ada trafik dan pendapatan untuk blog.

Kalau tidak… sunyi meroyan sorang diri... ambik toto narita selingkup tidur. 

Panas dalam selimut. Pasang aircond kuat-kuat. Lepas tu bila bil letrik naik… marah TNB. 

    Suka? Silakan tekan butang bawah ni & SHARE. TQ !!!