Ular Dalam Keranda Balasan Membolot Harta Pusaka - CrazyDuck -->

Header Ads

Ular Dalam Keranda Balasan Membolot Harta Pusaka

Selepas menurunkan jenazah ke dalam liang, kain kafan dibuka. Sebaik saja terbuka seekor ular sudah kelihatan. Ular itu tidak mengganggu orang yang membuat kerja pengkebumian. Kerana ia itu terlalu asyik membelit jenazah.
ular-beracun-poisonous-snake
Gambar hiasan: Atikul Hasnut Ratan

Jangan Ambil Mudah Dengan Pembahagian Harta Pusaka


Hari ini saya diberitakan dengan satu perkhabaran yang menyeramkan. Kisah nyata balasan kepada orang yang membolot harta pusaka.

Pembahagian harta pusaka yang tidak mengikut hukum syaraq. Iaitu undang-undang fara'id.

Ayah saudara pada seorang kawan dikebumikan.
Biasalah... hari-hari pun ada orang mati.

Kerana mati itu satu kemestian. Tak boleh lari punya.

Cuma kita takut bila mati bukan dalam keadaan husnul khotimah.

Tukang gali kubur pula apa dia takut. Memang sudah kerja dia. 

Kalau perlu malam, malam lah dia gali.

Tapi hari ini sesuatu yang luar biasa berlaku.

Selepas menurunkan jenazah ke dalam liang, kain kafan dibuka. Sebaik saja terbuka... seekor ular sudah kelihatan.

Wow!!!
.
Ular itu tidak mengganggu orang yang membuat kerja pengkebumian. Kerana ia itu terlalu asyik membelit jenazah.

Berapa ramai yang melihat? Ramai... sesiapa yang ada dikubur semuanya dapat melihat.

Bau ada ka? Jangan ditanya!!!
doa-minta-kematian-husnul-khotimah
Doa Minta Mati Dalam Husnul Khotimah
Air lendir sudah kelihatan mengalir membasahi kain putih. Pantas. Hanya tak sampai satu atau dua jam selepas selesai jenazah dimandi dan dikafankan.

Rupanya ular sudah sedia ada sejak dalam keranda. Selepas dimandikan jenazah dan dikemaskan. 

Tapi masuknya masa bila dan dari mana?

Anak kehairanan lalu bertanya pada kawan saya — sepupu dia.

Kawan ini bertanya pula pada si anak. "Apa yang ayah kau lakukan semasa hidup dia?"

"Tak apa lah bang. Kita balik jumpa mak tanya dia, abang jadi saksi nanti. Saya tak tau sangat apa yang ayah buat dan tak buat." Jawab si anak.

Sampai di rumah...

"Mak... tadi kat kubor keluar ular. Apa yang ayah lakukan selama ini? Saya tengok dia rajin jer ke masjid."

jenazah-sedia-untuk-dibawa-ke-kubur
Gambar hiasan: Jenazah dikeluarkan dari rumah
"Sungguh... dia memang rajin ke masjid dan selalu melakukan kebaikan, tolong orang."

"Macamana hubungan dengan adik beradik?" Kawan saya pula bertanya.

"Oh... ya... dia balun harta pusaka sorang-sorang. Isteri adik-adik dia ada juga yang luahkan cerita."

"Rasanya betul, sebab mak saya pun ada sebut dulu sebelum ayah saya meninggal."

"Pak Long belasah harta pusaka tok wan sorang dia saja." Kawan saya menjawab.

"So, dia bagi juga sikit-sikit pada adik beradik yang lain. Tapi pembahagian tidak mengikut undang-undang fara'id."

"Dia bahagi ikut suka hati dia saja." Sambung si ibu.

"Ya ka bang makan harta pusaka yang tak ikut pembahagian secara syariah boleh jadi macam tu?" Si anak mahukan kepastian.

"Itulah namanya kifarat. Ada bahagian yang kita makan tetapi menganiaya orang lain. Kita mengambil bukan yang hak bagi kita." Kawan saya menutup bicara.

Kisah benar ini sangat memberikan sesuatu peringatan kepada saya. Anda? Erm... terpulang lah.

Panduan Pembahagian Harta Pusaka

Sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut tentang pembahagian harta pusaka mengikut hukum syaraq, sila lawati pautan berikut.  Klik pada tajuknya.

Apa yang ada dalam Faraidh adalah pernyataan tentang bahagian-bahagian waris yang berhak daripada harta pusaka si mati. KLIK pada tajuk ya. Ada panjang lebar diceritakan.

Rasulullah SAW bersabda, "Pelajarilah ilmu faraidh dan ajarkanlah. Karena pengetahuan bagi waris setengah dari ilmu dan dilupakan orang. Dan ilmu bagi waris adalah ilmu yang pertama kali akan dicabut dari umatku."

“Bagi orang laki-laki ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bahagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan.” (An-Nisa : 7)

“Dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur baurkan (yang halal dan yang bathil), Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan. Jangan (berbuat demikian).”

“Apabila bumi digoncangkan berturut-turut, Dan datanglah Tuhanmu; sedang Malaikat berbaris-baris. Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia, akan tetapi tidak berguna lagi perbuatan mengingat itu baginya.” (Al-Fajr : 19-23)

Seram ek?. Kalau ya tekan butang satu dari butang sederet ni.


ARTIKEL INI TELAH DICURI DAN DIPOST SEMULA SEPERTI BERIKUT


harta-pusaka-previously-on-WordPress
Pindah dari WordPress ke sini
Artikel ini dicuri dari blog saya sebelum ini yang menggunakan platform WordPress.

Tarikh publication ialah 2-5-2016.

Pencuri mempromosikan artikel curian ini di dua blog menggunakan dua FB Page mereka.

1. Pada 4-5-2016, artikel ini dipost dalam FB Page Terkini Berita. 

Blog yang digunakan ialah Kisah Viral16.Blogspot.com.

stolen-article-posted-in-other-blog
FB PAge Terkini Berita & Blog Kisah Viral
2. Artikel ini kemudian dicuri pula oleh  Blog Gerabak Viral dan dan dipromosikan oleh FB Page Gossip Liar pada 11-5-2016.

Pergh... liar sungguh dia orang ni... kan?

Ulasan lanjut tentang pencurian siber ini dan hampir 20 yang lain lagi dijelaskan dalam dua artikel berikut. 

KLIK pada 2 tajuk di bawah untuk membacanya.



Saya memohon kepada sesiapa yang ter-LIKE 3 Facebook Page di bawah supaya UNLIKE

another-blog-stealing-my-article-curi-artikel
FB Page Gossip Liar & Blog Gerabak Viral
Ini kerana mereka mempromosi barang curian. Sebelum ini anda tidak tahu... dosa sepencurian tidak tersangkut.

Tetapi kini anda sudah tahu... elakkan dari terus melakukan dosa secara bersekongkol dengan pencuri siber.

Tiga Facebook Page yang dimaksudkan ialah seperti berikut:


 Suka tak hasil kerja korang kena sebat? Tarak suka... Jom tekan butang bawah ni dan share.

2 comments:

  1. rasanya berebut harta puasa ni dah tak asing lagi kt sekeliling

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih datang melawat. Tak takut ular eh? Ke suka?

      Delete

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.