Terkejut Beruk Ada Duit Dalam Kasut
Mencari Katak Untuk Latihan Praktikal
Seorang guru dan anak murid lelakinya yang nakal sedang berjalan mencari bahan untuk sesi makmal biologi. Mereka mencari katak di pinggir sawah.
Gambar: en-jbond-che-embun.blogspot.com |
Boleh saja guru itu memberi tugasan kepada muridnya itu untuk membawa katak itu ke makmal esoknya. Samada ada dibeli dari kedai haiwan atau pet shop.
Dia tahu anak muridnya sangat mampu untuk membeli katak yang diperlukan. Tetapi dia mempunyai satu misi lain – kemanusiaan dan keperibadian. Bukan sekadar katak.
Kenapa?
Anak ini seorang yang cergas otaknya tetapi agak nakal. Dia mahu membentuk anak ini menjadi seorang “orang.”
Sambil mereka berjalan di atas batas sawah menuju kawasan yang di anggap mudah mendapatkan katak, mereka melalui sepohon pokok mempelam yang rendang.
Di pangkal pokok anak muda ini ternampak sepasang kasut yang sudah lusuh. Mungkin milik seorang tua yang sedang melakukan kerja di tapak berhampiran.
.
Dia kelihatan seakan hampir siap dengan kerjanya mengutip sayuran. Mungkin untuk dijual di pasar tani malam ini atau esok pagi.
Niat Jahat Mahu Kenakan Atuk
Sipemuda menarik baju Cikgunya dan berkata, “Cikgu… saya nak kenakan atuk tu.”
“Apa kau nak buat?” Tanya si Cikgu.
“Dia tak nampak kita lalu kat sini, kan? Saya nak ambil kasut dia, sorok dalam semak. Saya nak tengok macamana dia pening bila sedar kasut dah tak ada kat situ.”
“Oh… kau nak berseronok melihat reaksi atuk tu ya. Boleh. Tapi, memandangkan kau ni anak orang kaya yang punya segala… kau mesti ada duit dalam poket kau kan?”
“Ada…”
“OK… daripada kau sorokkan kasut dia tu, apa kata kalau kau masukkan duit dalam kasut tu?”
“Oh-oh yer laaa… baik idea tu Cikgu.”
“OK… kau pergi masukkan beberapa ringgit dalam kedua-dua kasut atuk tu, kemudian kita menyorok. Tengok apa reaksi dia. Boleh?”
“Boleh sangat. OK saya pergi buat sekarang.”
Si pemuda nakal memasukkan wang kertas ke dalam kedua-dua kasut atuk tersebut. Dia dan Cikgunya kemudian menyembunyikan diri dalam semak.
Atuk yang selesai kerjanya bersedia untuk pulang dan pergi mendapatkan kasutnya.
Atuk Terkejut Beruk
.
Badak berendam jangan diganggu |
Dia terkejut.
Entahlah terkejut beruk atau terkejut badak.
Dua-dua jenis binatang ini pun kalau kita kejutkan memang sengaja cari nahas.
Dua-dua jenis binatang ini pun kalau kita kejutkan memang sengaja cari nahas.
Nasib baik yang terkejut itu seorang atuk.
“Eh… ada benda dalam kasut ni.” Mungkin itulah bisik hati si atuk.
Dia tunduk dan mengeluarkan wang kertas berwarna merah dari kasut kanannya.
Terpegun dan kehairanan, si atuk memerhati dan membelek wang kertas itu berulang kali dengan rasa tidak percaya. Tapi memang sah padanya itu ialah duit.
Dia memerhati sekeliling tetapi tidak nampak kelibat sesiapa - ha peluang ni.
Dia memerhati sekeliling tetapi tidak nampak kelibat sesiapa - ha peluang ni.
Tak kisahlah siapa pun yang derma. Masuk kasut aku, kira duit akulah. Dia pun memasukkan wang kertas itu ke dalam poket baju.
Kemudian dia memasukkan kaki ke dalam kasut kiri pula.
Dia terkejut buat kali kedua. Juga ada seperti kertas.
Seminggu sekali rehatkan otak tu... pergilah memancing ke… tengok kelip-kelip ke, tengok burung tepi laut ker… pokoknya keluar.
Kemudian dia memasukkan kaki ke dalam kasut kiri pula.
Dia terkejut buat kali kedua. Juga ada seperti kertas.
Beruk dan badak tidak kelihatan pada reaksinya, hanya selamba terkejut seorang atuk. Dia mengeluarkan kertas itu, kali ini berwarna biru muda.
Dan memang sah padanya itu juga adalah duit.
Rasa Hiba Tiba-tiba Menguasai Diri Atuk
Selesai sujud dia menadahkan tangan sambil mengungkapkan kata-kata yang boleh didengari oleh Cikgu dan si murid yang nakal.
“Ya Allah aku bersyukur kepadamu akan rezeki yang kau berikan ini."
"Sesungguhnya aku sudah tua tiada banyak tenaga lagi, rezeki yang kau datangkan ini akan dapat aku membelikan ubat untuk isteriku yang sedang sakit, untuk perbelanjaan sekolah cucuku yang ketiadaan ibu-ayah mereka.”
"Sesungguhnya aku sudah tua tiada banyak tenaga lagi, rezeki yang kau datangkan ini akan dapat aku membelikan ubat untuk isteriku yang sedang sakit, untuk perbelanjaan sekolah cucuku yang ketiadaan ibu-ayah mereka.”
“Sesungguhnya Ya Allah, ketibaan rezeki ini sungguh tepat pada waktunya di hujung tahun ini Ya Allah.”
Selesai berdoa kesyukuran si atuk bergegas pulang dengan seribu kegirangan.
Bila Hati Yang Keras Tesentuh Air Mata Akan Mengalir Juga
Si murid yang nakal terkesan dengan tingkah laku si atuk. Tanpa sedar pipinya dibasahi dengan linangan air mata.
“OK… kalau kamu bandingkan dengan menyorokkan kasut atuk tadi, apakah keseronokkan yang kamu akan dapat?”
Sambil memeluk cikgunya, si murid nakal menjawab, “Cikgu telah memberikan satu pengajaran yang tidak mungkin akan saya lupa sepanjang hayat saya.”
“Hari ini adalah hari yang saya betul-betul merasai apa yang ibu-ayah saya selalu katakan – memberi itu mempunyai lebih kemuliaan & keberkatan dari menerima.”
Cikgu tersenyum sendirian. Hatinya puas. Mahu saja dia pulang tanpa mendapatkan katak.
"Oh tak boleh... perlu istiqamah dengan niat asal", bisik hatinya.
Andainya kebahagiaan yang kau cari…
Nota tambahan...
Setiap hari ambillah tidur yang ringkas (nap) terutamanya ditengah hari.
Setiap hari ambillah tidur yang ringkas (nap) terutamanya ditengah hari.
Usah terus-menerus bekerja menghadap HP atau laptop. Rehatkan diri tu sikit… memang kerja tak akan habis sampai kiamat pun.
Gambar: FB Aliff Bin Bolhassan |
Nak cari katak macam Cikgu ni pun tak apa. Pancing haruan... best pada yang pandai.
Haruan baik untuk isteri selepas bersalin. Ramai yang tahu akan hal ini. Sehinggakan ada ubat pati ikan haruan.
Haruan baik untuk isteri selepas bersalin. Ramai yang tahu akan hal ini. Sehinggakan ada ubat pati ikan haruan.
Sebulan sekali – pergi lepak di tempat yang tak ada internet.
Setahun sekali – cuti dari segala kekalutan dunia. Dekatkan diri dengan alam semula jadi.
Hargai keindahan dan keajaiban yang dikurniakan Pencipta.
Hargai keindahan dan keajaiban yang dikurniakan Pencipta.
Untuk tahun-tahun mendatang – cintai dan sayangilah seseorang.
Sekiranya sedang... teruskan saja. Mau hati kita dijaga? Jagalah hatinya juga. Senang jer.
Untuk sepanjang hidup – memberi, membantu, dan menolong seseorang atau kumpulan tertentu.
Hanya hati-hati jangan benarkan diri diperlakukan sebagai ATM – kerana ia boleh melunturkan keikhlasan.
Mungkin lebih baik kena scam dari sakit hati jadi ATM. Scam, kita maafkan saja… supaya dia boleh scam orang lain juga.
Kalau kita aibkan dia kat media social, ada yang kata nanti aib kita pula akan dibuka.
So pakat-pakat tutup… supaya mereka boleh terus scam orang lain juga. Nasib tak baik sendiri yang kena. Ek?
Ini Hanya Cerita Rekaan
Nak anggap betul pun tak apa. Kalau ada yang menitiskan air mata, itu kira betul lah. Betul pada dia.
Kalau baca tak sampai tahap sini, dongeng ini tak menjadi. Sedihnya… perlu baiki lagi laaa yaaa.
Oh... anda baca sampai sini. Mesti suka, kan? Tak kan tak suka kot?
Tekan LIKE tu barulah terbukti. Kasi komen lagilah bukti mantap. Kongsi juga tau baru ada sporting.
Terima kasih… jumpa lagi dilain dongengan yang tak macam real langsung.
Artkel berkaitan yang membuatkan anda senyum sendirian: Tak Ada Angin Masakan Pokok Bergoyang?
Tekan LIKE tu barulah terbukti. Kasi komen lagilah bukti mantap. Kongsi juga tau baru ada sporting.
Terima kasih… jumpa lagi dilain dongengan yang tak macam real langsung.
Artkel berkaitan yang membuatkan anda senyum sendirian: Tak Ada Angin Masakan Pokok Bergoyang?
Jom kasi goyang butang LOVE ni.
Thank you for your comments