Mahu Perniagaan Berkembang Maju Jangan Sailang Kawan
Kisah Kedai Papan & Hardware
Dalam perjalanan ke Jeli dari kawasan rekreasi Tasik Banding Azman berceloteh lagi. Aku lebih banyak mendengar dari bercakap. Hanya bertanya untuk galakkan dia terus bercakap dan bercerita. Kali ini tentang rahsia perniagaan secara Jemaah.
Hiasan: hardware store. Sumber klik gambar. |
Makan sorang sikit. Jangan nak bolot semua untuk sendiri. Tak akan pergi jauh dan tak akan boleh bertahan lama bila ada sikap suka sailang.
Episod ini tentang network pembekal barangan construction dan hardware.
Kemudian sambung cerita tentang peniaga ayam bunuh perniagaan sendiri kerana ketamakan. Akibat mahu kaya dan berjaya sendirian.
Kemudian sambung cerita tentang peniaga ayam bunuh perniagaan sendiri kerana ketamakan. Akibat mahu kaya dan berjaya sendirian.
Pertama Kali Beli Bahan Binaan - Projek Sarang Burung Walit
Aku (si Azman) dapat projek buat sarang burung dalam sebuah bangunan sedia ada. Banyak kayu berbagai jenis saiz yang aku perlukan. Juga hardware yang lain seperti paku, dawai, bata, simen, paip dan segala mak nenek bahan binaan & accessories lagi.
.
.
Projek ini aku dapat selepas harga yang aku tawarkan agak sederhana dan kualiti kerja aku tentang hal sarang burung pun ramai orang sudah tahu.
Bukan cantik yang dimahukan, tapi burung layang-layang mesti kena suka dan rajin buat sarang dalam tu.
Burung helang, burung hantu, burung pungguk... semua tu, tak mau. Layang-layang jer. Walit nama komersialnya.
Untuk dapatkan kayu yang banyak dan harga murah, aku pergi ushar kat satu kedai besar. Pemborong utama dikawasan tempat tinggal aku
Selain jual runcit kedai ini juga jadi supplier pada kedai-kedai kecil diperkampungan berdekatan.
Aku memerlukan lebih kurang 50 batang kayu berukuran 2x3 inci dan setiap batang panjang maxima yang lori boleh bawak. 20 kaki begitu.
Tanya harga… katanya RM2.30 sekaki. Sebatang jadi RM 46. Mak ai… ini lah budget yang aku gunakan untuk kira kos bahan + untung = jualan atas bahan kayu ni. Ini adalah harga pasaran standard yang ramai tukang kayu sedia tahu.
Termasuk pemilik sarang burung yang minta aku buatkan projeknya. Sebab dia sendiri seorang contractor. Tapi bukan pakar sarang burung.
Kalau aku ambil harga ni, untung aku hanya pada upah dan sedikit margin extra untuk kepakaran aku.
Bila minta kurang… haram seposen pun dia tak layan.
Aku kecewa… kalau kedai besar macam ni tak boleh bagi harga baik dengan kuantiti yang banyak, mana mungkin kedai kecil boleh bagi harga yang lebih baik.
Itu logik akal aku.
Ini adalah projek pertama yang aku ambil sendiri. Sebelum ini aku hanya dibayar upah buat sarang burung tapi semua bahan dibekalkan oleh main contractor. Aku tak tahu apa sangat tentang kos barangan.
Sikit-sikit tu OK lah… termasuk harga jualan untuk sarang burung yang sudah siap.
Kekecewaan Memaksa Aku Jadi Kreatif
Dalam kecewaan aku ambil rehat dan pekena teh tarik.
Masa belum suntuk dan aku masih berpeluang untuk survey harga. Selesai minum aku singgah disebuah kedai hardware jualan runcit. Belum pernah aku berurusan membeli di situ.
Burung walit. Klik gambar untuk sumber. |
Aku cerita tentang projek buat sarang burung dan kuantiti kayu serta bahan lain yang aku akan perlukan.
Anggaran lebih dari RM 10K juga keseluruhannnya. Mahu memberi pengertian yang aku akan beli banyak.
Kali ini aku jadi lebih kreatif dalam penyampaian jalan cerita projek sarang burung ini.
Bukan sekadar mahu beli kayu atau barangan hardware yang lain. Aku tak mahu terperangkap seperti dikedai besar tadi.
Bukan sekadar mahu beli kayu atau barangan hardware yang lain. Aku tak mahu terperangkap seperti dikedai besar tadi.
Aku dilayan bagus. Siap ajak duduk bincang dalam ofis aircond lagi.
Pung-pang-pung-pang bercerita dan negotiate, harga kayu yang asalnya RM 2.30 sekaki aku dapat tawaran istimewa pada RM1.40.
Aku buat boddow dan selamba badak tak boleh nak buat happy terkejut beruk. Konon tak berapa happy dengan harga yang ditawarkan. Aku keluar dari bilik dan mundar mandir.
Tamak Itu Memang Sikap Manusia?
Nak buat keputusan ke tidak? Atau nak cari lagi kat tempat lain kalau boleh dapat murah. Tamak laa pula… heh... memang dasar manusia kot, ek?
Mungkin kerana mendengar cerita aku (pakar sarang burunglah konon) yang aku berkemungkinan dapat lagi banyak projek sarang burung, pemilik kedai bagi last offer. Harga dikurangkan kepada RM 1.30.
Ya... dia juga sudah tunjuk sifat tamaknya. Mahu jadi pembekal utama kepada aku. Dan untuk jangka panjang.
Bermakna sudah satu ringgit kurang dari harga dari pembekal besar. Dan sekiranya aku pergi cari kat kedai lain, jika harga lebih mahal, malu lah pulak nak datang balik.
Maka aku pun bersetuju dengan harga RM 1.30 sekaki. Jumlah penjimatan atas kayu sudah dapat RM 1,000.00. Boleh lah makan sedap sikit.
Persoalannya sekarang, kenapa kedai besar yang mula aku pergi tidak mahu kurang harga walaupun 10 sen pada tawaran asal sebanyak RM 2.30 sekaki?
Aku gagal menzahirkan sifat tamaknya atau apa?
Mereka Berniaga Sambil Tolong Jemaah
Dan yang lebih pelik ialah, kedai tempat aku beli kayu sebenarnya mendapat bekalan dari kedai yang besar tadi. Aku kenal lori yang menghantar dan juga nama pada lori tersebut memang dari kedai besar si pemborong.Itulah cerita si Azman (aku dalam cerita diatas) pada aku (yang menulis neh) sewaktu perjalanan dari puncak Banjaran Titiwangsa menuju ke Jeli.
Sup sarang burung. Klik gambar lihat sumber. |
Inilah rahsia bagaimana orang ca-ya-nun-alif berniaga secara berjemaah. Mereka tidak saling sailang-menyailang. Mereka kaya dan berjaya beramai-ramai.
Barulah sedap sembang business sambil pekena sup sarang burung. Ini aku sekadar mampu teh tarik saja.
Maka jangan hairan kenapa tak ada atau sangat jarang orang Melayu yang berjaya dalam perniagaan hardware.
Sailang satu hal, harga material yang dia orang dapat another hal. Dan macam-macam hal yang lain seperti orang hutang tak bayar pun ada.
Pergi lah cari, kalau ada berapa ramai Melayu yang betul-betul berjaya (bukan hidup segan meninggal tak nak) dalam perniagaan hardware. Sebelah Kelantan sana... berkecuali.
Rahsia sebenar kenapa harga peruncit boleh rendah dari pemborong aku bongkarkan dalam artikel selanjutnya.
Korang ikut jer blog ni… ek? Dan kalau tak nak kena sailang tekan butang butang bawah ni.
Thank you for your comments