Jangan Sailang Tapi Jaga Kawan Dan Network, Boleh Pakat Kaya Bersama - CrazyDuck -->

Header Ads

Jangan Sailang Tapi Jaga Kawan Dan Network, Boleh Pakat Kaya Bersama

Bila dia sailang macam tu, bekalan untuk kami tak cukup dan pelanggan kami pun berkurangan. So kami stop ambil dari supplier sailang tu. Sekarang dia dah bungkus. Jadi peruncit pula kat pasar malam
Pasar-Jual-Ayam-Segar
Gambar: www.beritasatu.com

Kisah Pembekal Ayam Dengan Penjual Nasi Ayam

Azman terus berceloteh dan aku tekun mendengar sambil memandu. Kali ini dia masuk bab jaringan perniagaan. Bagaimana harga digunakan untuk menjaga pasaran dan semua peniaga yang terlibat dalam network mereka.

Azman tidak terus memberikan kesimpulan atau jawapan kenapa harga jualan runcit kayu oleh pembekal besar (pemborong) lebih mahal. <= Episod terdahulu.

Jauh lebih mahal dari kedai hardware peruncit biasa.

Padahal si peruncit mendapat bekalan dari pemborong.

Tentunya ada sebab. Permainan harga atau apa?

Azman terus bercerita… dan aku terus saja mendengar. Sesekali mengulas untuk tambah semangat supaya dia terus bercerita.

Pasar Ayam Memberikan Pengajaran

Satu hari aku (si Azman) pergi pasar beli ayam. Aku datang awal dari selalu. Kemudian datang satu lori yang menurunkan bekalan ayam kepada peruncit (Abang Ayam).

Sambil menunggu Abang Ayam menyediakan ayam yang aku order, aku lihat seorang Pakcik penjual nasi ayam yang aku kenal sudah approach ini lori driver.

Aku rasa driver lori tu bukan pemilik business supply ayam. Hanya tukang bawa lori.

Perniagaan-ayam-secara-komersial-sebaiknya-ada-lori-sendiri
Gambar hiasan: www.mariafirdaus.com.my

Selesai menurunkan ayam, dia bersembang dengan Pakcik Nasi Ayam.

Pakcik Nasi Ayam cuba memujuknya supaya menjual ayam pada harga yang diberikan pada peruncit. Konon dia juga boleh jadi customer tetap.

Aku agak lori driver tu sudah dibagi training supaya tak jual ayam kepada pembeli lain selain dari pelanggan sedia ada.

Kalau nak juga, kena bayar harga pasaran seperti yang dijual oleh peruncit dan perlu berurusan dengan HQ sebelum penghantaran boleh dibuat.

Dia tak melayan kehendak Pakcik Nasi Ayam walaupun ditawarkan harga lebih tinggi dari harga peruncit tapi murah dari harga pasaran. Dia memberi alasan bahawa semua stok yang ada sudah ada pembelinya.

Chicken-Rice-Nasi-Ayam-Singapore
Gambar hiasan: www.healthhub.sg/live-healthy

Pembekal Tak Jual Runcit Tapi Hanya Kepada Peruncit

Beberapa hari kemudian aku datang lagi beli ayam pada Abang Ayam. Aku punya masa untuk bersembang dan dia pula sudah hampir habis jualannya.

“Kenapa lori driver hari tu tak layan sangat Pakcik Nasi ayam tu bang?” Aku bertanya.

“Nak buat apa… buat susah dan banyak kerja saja.”

“Maksud abang?”

“Bila dia jual pukal dengan kami, dia boleh jual setiap hari pada jumlah ayam yang dah kami sedia order untuk tempoh berbulan. Kami faham bila masa demand tinggi dan rendah.”

“Dari order yang dah kami buat, planning dia senang. Urusan pembayaran pun senang. Nak budget berapa ekor untuk setiap peruncit setiap hari pun senang.”

“Kalau tak cukup supply dari satu ladang dia boleh kawteam dengan ladang lain supaya cukup bekalan untuk kami.”

“Kalau campur dengan jualan runcit, banyak kerja dan bekalan boleh sangkut-sangkut. Susah nak plan. Ayam bukan boleh main tangkap dan sumbat.

“Process tangkap sembelih, bersihkan dan penghantaran perlukan masa dan logistic mantap. Masa sampai mau tepat. Lewat… kami rugi. Orang pergi cari kat lain tempat.”

Sailang Kawan Konon Nak Cepat Kaya Akhirnya…

“Dulu ada juga supplier yang jual runcit-runcit. Tapi kami pakat ramai-ramai boikot. Sebab dia dah rosakkan harga pasaran. Bekalan untuk kami pun selalu sangkut. Kami susah nak business.”

“Supplier sekarang ni supplier baru dan dia jaga kami agak bagus. Baru pun tak lah baru sangat, bertahun juga dah.”

“Bila supplier turut jual runcit dia sudah sailang kami. Dia potong trip dan dapat jual mahal sikit. Konon nak untung banyak.”

“Bila dia sailang macam tu, bekalan untuk kami tak cukup dan pelanggan kami pun berkurangan."

"So kami stop ambil dari supplier sailang tu. Sekarang dia dah bungkus. Jadi peruncit pula kat pasar malam.”

“Lagi pun, pembeli macam Pakcik Nasi Ayam tu bukan pembeli setia. Hari ini dia beli dengan kau esok dia beli dengan orang lain. Volume dia pun bukan banyak sangat dan tak consistent.”

“Kami peruncit memang dah ada volume yang tetap. Pembekal yang boleh support kami, kami support dia balik. Sama-sama cari makan.”

Kaitan Pemborong Hardware Dan Pembekal Ayam

Selepas aku dengar cerita Abang Ayam tu baru aku faham kenapa pemborong kayu kedai hardware tu tak turunkan harga dan tetap dengan harga pasaran semasa.

Tetapi aku boleh dapat harga lebih murah dari peruncit yang mengambil bekalan dari dia.

Bukan si pemborong tak boleh kurangkan harga, tapi sengaja dia tak mahu. Dia mahu aku cari peruncit.

Peruncit boleh main harga ikut pasaran semasa atau harga dia sendiri. Ikut keadaan.

Pemborong jaga peruncit sebab peruncit ini pembeli setia dan beli dengan banyak. Segala urusan jual beli, penghantaran, dan pembayaran senang.

Dia tak mahu kurangkan harga sebab dia tak galakkan orang datang beli secara runcit dikedainya dengan harga special. Dia sudah ada pelanggan tetap. Aku beli ke tidak, barang dia habis juga.

Bila dia buat macam ni, dia jaga down line dia. Untung sikit per unit jualan tak apa tapi berterusan. Tak perlu pening cari pelanggan baru.

Siapa masuk kedai dia, layan tetap dia layan. Kurang harga memang tak ada lah. Lagi ramai lagi bagus.

Peruncit sama peruncit nak bersaing harga itu dia orang punya pasal. Tapi ada harga pasaran dan harga special dari pemborong kepada peruncit.

Berapa peruncit nak buat untung… pandai-pandai dia lah.

Pada pemborong, barang masuk dia mau keluar cepat. Untung kecil tapi volume besar.

Peruncit pula untung besar tetapi volume kecil. Ada ketika dia turunkan harga untuk orang-orang tertentu, macam aku yang buat projek sarang burung hari tu. Duit masuk cepat dan dia tak perlu keluar modal.

Siap boleh delay payment dan simpan duit yang aku bayar. Dia ada credit terms dengan pemborong tu.

Maka sama saja konsepnya jual kayu atau jual ayam. Jaga pelanggan tetap… pelanggan akan tetap jaga kita.

Kita sailang dia orang konon nak untung besar sorang-sorang… heh… market ini luas. Boleh bungkus kita dibuatnya kena boikot.

Business On-Line

Cerita Azman mengingatkan aku tentang business on-line.

Contoh macam affiliate, dropship, agent, atau stokist. Semua ini dapat barang dari pengeluar atau pemborong utama.

Harga pada stokist, agent, dan dropship berbeza. Sebabnya ialah volume, payment terms dan handling (termasuk penghantaran) yang berbeza.

Yang tak faham apa maksud stokist, agent, dan dropship boleh tanya akak go-girl (google). Ingatan akak ni kuat, dia simpan semua maklumat.

Apa yang aku nak luahkan ialah hal-hal sailang yang dihadapi oleh on-line re-seller, terutamanya dropshipper. Stokist dan agent pun ada juga yang kena.

Pengeluar (PSA) Main Harga Dan Kacau Pasaran

Kerja-kerja pemasaran dan promosi dilakukan oleh pengeluar, stokist, agent, dan juga dropshipper.

Pengeluar (atau pemborong utama), Stokist, atau Agent, selepas ini dikenali dengan PSA. Semua mereka mengeluarkan modal untuk produk dan kos pemasaran.

Dropshipper tak perlu keluar modal untuk barang. Hanya modal untuk buat promosi dan pemasaran. Dan modal ini tidak ditanggung oleh PSA sekiranya tiada jualan berlaku.

Aku hanya nak fokus kepada nasib dropshipper saja kat sini. Kenapa ek?

OK… Promosi yang dilakukan oleh dropshipper adalah service percuma terhadap produk dan kepada siapa dropshipper ini report. Iaitu salah satu dari PSA tadi. Bergantung kepada structure business pengeluar.

Kerap kali berlaku, maklumat PSA amat mudah didapati oleh bakal pembeli. Dari promosi yang dilakukan oleh dropshipper, pembeli mungkin terus berhubung dengan PSA dan membuat pembelian.

Lebih malang ialah bila pembeli negotiate direct dengan salah satu dari PSA dan mendapat harga lebih murah. Penat lelah dropshipper…. err… ya dapat penat jer lah.

Modal promosi pula ke laut.

PSA pula menganggap pembeli itu bukan datang dari usaha dropshipper akan tetapi hasil dari promosi yang mereka lakukan sendiri.

Apabila pembeli terus berurusan dengan PSA melalui maklumat yang didapati dari dropshipper jualan dari dropshipper akan berkurangan. Atau mungkin tiada.

Lebih malang lagi usaha dropshipper dianggap tidak berkesan. Kerja pemasarannya terhadap produk seperti tiada nilai. PSA claim all the credit dan sapu jualan.

System Affiliate Dengan Tracking System Canggih

System affiliate yang menggunakan tracking system canggih dapat mengesan dari mana pembeli itu datang. Dropshipper agak selamat dari pembeli yang pergi terus kepada PSA.

Dropshipper akan dibayar komisyen apabila pembeli membuat belian on-line. Ini kerana tracking system (cookies) yang mengesan dari mana datangnya pembeli itu. Tetapi ianya bukan lah 100% sempurna.

Pembeli boleh saja dapat maklumat dari smartphone dan kemudian membuat belian melalui computer. Dan ini memberi gambaran yang pembeli itu terus datang kepada PSA melalui search engine atau iklan oleh PSA.

Jika Harga Dari PSA Lebih Tinggi

Apabila harga yang ditawarkan kepada pembeli sama saja, pembeli akan lebih terpengaruh untuk membeli secara terus kepada PSA.

Harga pula mungkin lebih murah apabila terdedah kepada negotiation. Atau apabila PSA bertindak mahu melupuskan stock tanpa pengetahuan oleh dropshipper.

Tidak seperti pemborong kayu atau pembekal ayam (dalam cerita ini) yang meletakkan harga lebih mahal kepada pembeli runcit. Nak tak nak pembeli akan berurusan dengan peruncit.

Cara ini selamat kepada downline dari permainan harga oleh pemborong. Ini contoh pemborong yang ada etika.

Pakat-pakat kaya dan berjaya lah memasing... boleh pekena sup sarang burung selalu, eh?

Tidak tikam belakang kawan dan selamat dari kena tikam balik. Atau lama-lama tak ada belakang yang boleh ditikam lagi.

Harap artikel ini dapat memberikan sesuatu pada anda yang membaca hingga ke sini. Terima kasih dan tekanlah butang bawah ni...

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.