Kita Dilahirkan Dengan Segala Kelengkapan Dalaman - CrazyDuck -->

Header Ads

Kita Dilahirkan Dengan Segala Kelengkapan Dalaman

Awaken the Giant Within

Pernah mendengar atau membaca perihal “Awaken the Giant Within?” Setiap orang yang dilahirkan telah dilengkapi dengan segala yang diperlukannya, terutama perihal dalaman – the giant within.
.
Dua ekor ikan dan...
Kenal Tony Robbins, kan?

Antaranya... GIANT ini ialah naluri, firasat, semangat, rasa (takut, gembira, teruja, sedih, dll), pemikiran, sikap dan sifat (ego, angkuh, sombong, berani, penakut, rajin, dll).

Hal-hal dalaman ini semakin hari akan semakin menjadi dominant bergantung bagaimana ianya dipupuk.  

Berikut adalah satu contoh menarik yang saya perhatikan berlaku kepada dua beradik apabila didikan dan pendedahan berlainan diberikan oleh ibu mereka.

Kisah Dua Beradik Yang Berbeza Didikan
Kawan saya ini mempunyai dua orang anak, jarak umur antara mereka agak jauh berbeza.

Keterlebihan kasih sayang agaknya, anak perempuan yang pertama ini dibelai dan ditatang sepenuhnya.  Almaklumlah anak sulung. 

Si ibu menjadi terlalu “over protective.”  Dia dapat membaca apa permasalahan akan berlaku dengan si anak dan akan menyelesaikan segala masalah, yang timbul dan yang belum timbul.

Si anak hidup dengan penuh selesa tanpa perlu berfikiran lebih.  Semuanya sudah tersedia.

Beberapa tahun kemudian dia mendapat anak kedua, juga seorang perempuan.

Dengan anak kedua ini, si ibu lebih banyak membiarkan si anak menguruskan diri. Dia hanya membantu apabila diminta dan dalam perkara yang tidak mampu dilakukan oleh si anak.

Hasil Dari Didikan Yang Berbeza

Si kakak menjadi tersangat bergantung dengan ibunya dalam banyak hal termasuk masalah peribadi dan perkara remeh. 

Malah dia merasakan adalah haknya untuk dibantu. 

Dia mempunyai sikap seperti seorang pengutip hutang – punya hak untuk menuntut. The birth right kata nenek... he he he...

Masanya banyak dihabiskan dengan gajet dan berinteraksi dalam media sosial tanpa memberikan apa-apa faedah. Syok sendiri dengan memuat naik gambar-gambar selfie.

Anak kedua pula membesar dengan sikap lebih berdikari dalam banyak hal, terutama dari sudut kewangan. 

Dia mempunyai sikap terbuka dalam menerima cabaran.  Tidak takut untuk berdepan dengan perkara baru dan kurang beralasan serta tidak bertangguh.  Mempunyai daya fokus yang tajam. 

Kreatif dalam hal-hal membuat duit. 

Dia menggunakan sepenuhnya kemudahan internet dan media sosial untuk membina network perniagaan. Dia tahu untuk berkata tidak kepada nyamuk-nyamuk yang cuba mengambil perhatiannya.

Tidak hairanlah anak kedua ini sangat berjaya berbanding kakaknya.

Apa Kaitannya Dalam Bisnes?

Perniagaan juga mengikut konsep didikan yang sama.

Andainya anda sering membantu rakan niaga atau rakan sekerja dengan melakukan banyak perkara untuk mereka, mereka semestinya menyukai anda.

Tetapi, anda sebenarnya telah membunuh GIANT yang ada di dalam diri mereka. 

Anda berkemungkinan akan dibenci apabila tidak lagi dapat atau tidak mahu membuat sesuatu untuk dirinya.

Rakan-rakan kita ini sebenarnya boleh berjaya dengan sendiri seperti anak kedua tadi. 

Kita hanya perlu membantu apabila perlu, sebagai perunding atau penasihat, bukan tolong membuat. 

Perkara ini perlu diperjelaskan kepada rakan yang bersikap seperti pemungut hutang. 

Kesannya menjadi lebih besar apabila rakan ini menyedari (setelah dinasihati dengan baik dan berterusan) akan keperluan mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar dalam merealisasikan impian mereka dengan usaha dan cara yang tersendiri. 

Andainya anda bertemu dengan orang yang berperangai dan bersikap seperti si kakak tadi, adalah lebih baik anda menjauhi diri darinya sebelum terperangkap dengan rayuan dan gaya lembik leher memujuk.

Ini adalah satu dari 9 jenis orang yang perlu anda jauhi - kemaruk pujian dan perhatian. Mereka memerlukan perkhidmatan penyelengaraan atau service yang berterusan.  

Penat kita dibuatnya.
.

Tidak ada sesiapa yang lebih berhak ke atas sesiapa


Hubungan persahabatan akan lebih bermakna apabila kita dan rakan sama-sama berjaya. 

Masing-masing mengambil tugas dan bertanggung jawab terhadap apa yang dilakukan. Setiap orang ada role play yang perlu dilunaskan. 

Tak makan darah kawan.

Berbincang dan bertukar fikiran apabila kebuntuan menjelma. Termasuk juga dari sumber luaran. 

Media sosial memudahkan perkara ini kerana kita mempunyai rakan di alam maya yang mungkin pernah menempuhi masalah yang sama.

Selamat berjaya sahabatku yang membaca…. terima kasih baca sampai sini.

Aku pun tak tahu kenapa aku tulis hal ni… saja teringat akan kisah dua beradik tadi selepas siap artikel yang saya baru saja post, bertajuk Keajaiban Penciptaan Manusia.

Jangan terlepas melihat videonya di sini: Video Lisa Surihani dan Perkembangan Bayi Dalam Kandungan.

Sebelum pergi, cuba perhatikan gambar di atas. Orang yang kreatif boleh nampak atau menghidu peluang bila melihat sesuatu walaupun ianya samar-samar.  

Apa yang anda nampak dalam gambar di atas yang awal-awal tadi? Tak perlu jawab. Kerana ianya tersembunyi... sembunyikan sajalah.

Butang bawah tak boleh di hidu, tapi kena tekan. Jom tekan butang LOVE ni.


2 comments:

  1. sy suka sikap anak kedua beliau...berdikari dlm segala segi...kebergantungan thdp org lain xmmberi apa2 makna...neway nice sharing :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.