Musibah Bencana Dihindarkan Melalui Sedekah
Ikhlas atau Tidak, Sedekah itu Pastinya Akan ada Ganjaran...
Hanya kadar ganjaran itu yang berbeza. Sedekah ini boleh diibaratkan seperti Pakcik dalam gambar di bawah menyemai benih. Hasilnya ada pada gambar dipenghujung artikeli ni.Ah Zam meneruskan celotehnya tentang sedekah. Cerita sebelum ini: Sedekah Itu Pelbagai dan Punya Keajaiban Tersendiri.
Dalam SurahAl-Baqarah ayat 261, Allah menjanjikan balasan sehingga 700 kali ganda pada sedekah yang ikhlas.
Korean Artist An Jung-Hwan's Painting |
Sedekah yang berniatkan kesembuhan penyakit boleh menghilangkan rasa duka, melenyapkan kesedihan dan mengubati penyakit yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
Perbelanjaan kesihatan tapi tak juga sihat-sihat merupakan satu bentuk musibah.
Musibah seperti ini (kereta rosak, perjalanan yang sia-sia, berbagai punca perbelanjaan) ibarat baldi yang tembus.
Sekali pun ada air hujan yang masuk, tapi tidak pernah ada takungan. Kebocoran yang meragut keberkatan rezeki.
.
Sedekah Dalam Bentuk Wang atau Harta
Sekiranya korang tidak mampu memberi sedekah dalam bentuk wang atau harta berikanlah sedekah dalam bentuk kebaikan.
Dalam konteks sembang aku hari ni, aku nak minta tolong dengan korang point yang last tu.
Tak mampu banyak, tak kan RM 10 sebulan tak mampu?
Tak mampu banyak, tak kan RM 10 sebulan tak mampu?
Rokok sekarang dah RM 17 sekotak, satu hari hisap 2-3 kotak.
Mampu jer pun. Ini hanya RM 10 sebulan. Mampu kan?
Mampu jer pun. Ini hanya RM 10 sebulan. Mampu kan?
Sedekah Dalam Bentuk Kebaikan
Ini pun aku nak minta tolong dengan korang. Sesiapa yang terbaca artikel ini – mohon kongsikan dengan kengkawan korang.
Mungkin hati kawan korang yang membaca akan terbuka untuk memberi sedekah – dapat lagi pahala. Senang nak buat pahala sebenarnya.
Linknya kat bawah peghujung artikel ni – tekan LIKE & SHARE. Mudah sesangat. Kalau ini pun korang tak boleh buat… heh… nak sembang pasal perjuangan?
Sekarang point yang lebih spesifik.
Sedekah RM 10 sebulan tu aku maksudkan untuk Sekolah Rendah Islam Raudhatul Jannah, Kulim, Kedah. No akaun Bank Islam dia orang:- 020 570 100 32592
Orang Buddha pun mengamalkan sedekah – contoh lihat gambar. Pemberian sedekah oleh Kumpulan Buddha ini ialah untuk satu sekolah Tahfiz di Kelantan.
Gambar: Rumah anak-anak yatim Salimah - FB IrMeorShamshir |
Anak-anak ini bakal mewarisi legasi kita |
Ayuh... Jom kita sama-sama bantu mereka sambil buat pahala |
Ah Zuan: Maaf lah noh… nak tanya sikit.
Ah Zim: Ya… awat aih?
Ah Zuan: Pejabat Zakat tak tolong depa ni ka?
Ah Zam: Rasanya ada tolong jugak. Sebab semalam masa kat Masjid tu ada nampak macam banner Zakat bantu budak-budak sekolah. Tapi depa ni tak cukup kot kalau nak harap zakat saja. Tak tau lah…
Ah Zuan: Bukan apa… tapi ini lari tajuk sikit. Pasal orang persaorangan dengan pejabat zakat. Banyak komplen saya baca dalam media – tapi depa kata fitnah pulak.
Ah Zim: Komplen yang macam mana?
Ah Zuan: Banyak sangat procedures bila nak minta bantuan.
Sampai kekadang tu orang lebih senang minta bantuan dari Persatuan Kristian atau Buddhist.
Bangunan Pusat Zakat dinaik taraf – hangpa pi laa tengok sendiri, kemaih kemain. Tak ada jutaan ringgit jangan tanya laa.
Yang kerja dalam tu dok dalam ekon, mana depa tau orang susah macamana.
Depa pernah masuk dak tempat sampah untuk cari rezeki, pernah dak depa menangis sebab lapaq, pernah tidoq semejid (masjid) makan semekut (biskut) untuk sara keluarga?
.
Ah Zim: Ni hang yang komplen ka atau apadia?
Depa pernah masuk dak tempat sampah untuk cari rezeki, pernah dak depa menangis sebab lapaq, pernah tidoq semejid (masjid) makan semekut (biskut) untuk sara keluarga?
.
Mufti Perlis Dr. MAZA tentang agamawan. |
Ah Zuan: Lepaih geram. Tadi cerita pasal senyum la ni lepas geram pulak. He he he baru ada balance, noh?
Ah Matt: Tak pa… hang nak lepas geram ka apa sekali pun… hang ada duit dan kelapangan hang pi bagi masuk duit dalam akaun Sekolah Rendah Islam Raudhatul Jannah. No akaun Bank Islam dia orang: - 020 570 100 32592.
Flyer dia ni Ah Zam ambik semalam kat masjid.
Tak ingat catit atau tulis kat mana-mana. Jangan dok bagi alasan lupa lah tak ingat lah… na?
Ah Zuan: Sempat lagi tu… OK… nanti saya senang saya pi masuk duit. Betul lah… kalau RM 10 sebulan pun nak berhelah dan beralasan… pi mampuih laa no?
Kedekut taik hidung masin. Maaflah... saya ni cakap kasaq sikit. Tak pa kot, noh?
Kedekut taik hidung masin. Maaflah... saya ni cakap kasaq sikit. Tak pa kot, noh?
1. Bila kali terakhir anda bersedekah? Setakat mana keyakinan anda yang sedekah itu membawa berkat dan memurahkan rezeki?
Niatnya bagaimana pula? Ini sensitive sikit pasal niat - tapi sangat penting. Lain kali saya cerita, ek? Kalau nak cepat tahu cari sendiri. He he he …
Niatnya bagaimana pula? Ini sensitive sikit pasal niat - tapi sangat penting. Lain kali saya cerita, ek? Kalau nak cepat tahu cari sendiri. He he he …
2. Tak punya duit – almost guaranteed tak akan bahagia punya. Harta belambak pun tak jamin hidup kita akan bahagia.
Maka, syukur itu yang penting.
Maka, syukur itu yang penting.
Tak usah ngeluh-ngeluh ya. LIVE STRESS FREE gitu. Ya lah… cakap memang senang.
3. Cintailah sesama insan dengan perhatian kepada ahli keluarga yang terdekat dahulu.
Harapan saya, anda mendapat sedikit manfaat dari pembacaan artikel ini. Ada tak?
Harapan saya, anda mendapat sedikit manfaat dari pembacaan artikel ini. Ada tak?
Manfaat selebihnya harta yang ada pada anda itu sedekahkan sedikit kepada Sekolah Rendah Islam Raudhatul Jannah, Kulim, Kedah. No akaun Bank Islam:- 020 570 100 32592.
Ya … memang saya mahu merayu bantuan dari Tuan / Puan pembaca.
Bukan mudah untuk mereka menjalankan tugas berdakwah disamping mencari dana sendiri. Saya tidak sanggup berada di tempat mereka – sangat tough.
Saya tak mampu. Sungguh. Bukan main-main.
Tuan puan juga tahu ia bukan kerja mudah. Jadi mari kita sama-sama bantu mereka, sedikit pun jadilah. Bila ramai sedikit itu akan menjadi bukit.
4. Akhir sekali… kalau ada agamawan yang kita nampak atau perasan yang mereka itu mengabaikan agama… biarkan saja.
Depa lagi susah untuk ditegur kerana mereka ada yang perasan sudah berada ditahap wali-wali… so kita buat kerja kita yang baik-baik dan ikhlas sudah. Boleh ek?
Koleksi Artikel Tentang Perjalanan Hidup Ah Matt
Belum ada sambungan episod seterusnya. Sudah ada nanti saya update di sini. Yang dalam fikiran saya… rasanya cerita sambungan nanti lagi best. Ya lah… perasan syok sendiri lah tu.
Kalau sendiri pun tak da rasa syok macamana orang lain nak terjangkit, kan? Positif bro!!!
Kesemua artikel dalam siri ini boleh dilihat pada pautan berikut: "Pulang Ke Pangkal Jalan".
Kesemua artikel dalam siri ini boleh dilihat pada pautan berikut: "Pulang Ke Pangkal Jalan".
⇓⇓⇓ Jom share artikel ini supaya ramai lagi boleh buat pahala.
Thank you for your comments