Kawasaki Ulamkan McLaren, Bugatti, dan Ferrari Kemudian Jadi Lauk Pada Nissan GTR - CrazyDuck -->

Header Ads

Kawasaki Ulamkan McLaren, Bugatti, dan Ferrari Kemudian Jadi Lauk Pada Nissan GTR

McLaren, Bugatti, Ferrari dan Nissan GTR 


Model kereta ini semua orang tahu - nama besar dalam industry permotoran. Brand ini gah dengan enjin power dan bentuk design yang menangkap.  Nangissss wooo….

Selain dari minat kereta dan motor, aku juga jakun dengan binatang. 

kambing-bermain-papan-spring
Al-maklumlah… dari sekolah rendah sampai masuk TOC dan kemudian sekarang kerja kat KL… asyik bermain dengan benda besi dan dok rumah berbatu-batan.

KL mana ada rumah atap nipah dan berdinding kayu, kan?  

Kalau ada dinding kayu pun hanya kat Kampong Baru… tapi tempat aku dok jauh dari situ.  

Sikit ulu… dan bukanlah pula Ulu Kelang.
Kambing Lawan Tanduk Dengan Lembu – Siapa Menang?
Apasal aku cerita hal binatang dan rumah atap nipah dinding kayu? Apa kena mengena dengan Kawasaki, Bugatti dan yang lain-lain tu?
.
He he … meh tengok…

Kambing-kambing ni pandai menghiburkan hati, naik plate spring. Dia orang... eh... silap… dia kambing lama-lama pun pandai boring dan yang sekor ni ajak pegi usyar awek lembu.

Kambing-pun-pandai-jemuMungkin kerana terlalu cun agaknya, anak dara lembu ini dijaga rapi oleh maknya.  

Macamana aku tahu yang itu bukan bapak dia? Lu sendiri tengok dan pikir laaa. 

Ada ambil kelas biologi tak? 

Tak?  Sah art stream ler tuu?

Tapi korang tau tak… masa sekolah sains stream konon-konon smart laa, tapi bila time kerja budak art stream yang jadi CEO. 

Budak yang fail pelangkung sekolah jadi toke business. Budak jahat jadi buat business supply pak gad. Budak sains dok belek kelebek hal-hal R&D.  Grup mana yang kaya?

Oh... sorry, melalut. Maklumlah, teringat zaman sekolah. 

Korang mesti ada kisah manis masa sekolah kan? 

Yang pahit tu tak payah diingat laaa… Ingat jer yang manis-manis… otak pun jadi positif selalu. Rezeki murah tau bila kita berfikiran positif dan terbuka. 

Masih ingat pesan ostad? Heh... mesti ada yang dah lupa, maklum saja belajar bukan untuk jadi bijak tapi pandai untuk score exam.  Kesian kat aku. 

Cowasaki VS Bugoatty

.
Kambing-Lawan-LembuIni kambing mesti sudah silap pandang… awek lembu pun dia ingat sebangsa kambing juga.  Yer lah… awek lembu tu kan comel, saiz kiut-miut macam kambing juga.

Manusia nak ngorat awek kena tunjuk stylo kaya dan macho – tak lah semua cam tu, ada pengecualiannya. 

Aku kawin esok nikah kat masjid jer, tak payah kenduri besar-besar.

Lu orang nak kawin grand-grand… suka hati lah. Jangan tanggung hutang lepas kenduri sudah. 

Biar nampak pokai tapi duit berbantai-bantal. Kesian ada setengah kawan aku beli handbag harga RM 500, tapi duit kat dalam ada RM 50. 

Aku biar beli wallet kat Pasar Kemboja harga RM 15 tapi isi dalam ada RM 485.

Binatang kena show off kebinatangan dan kejantanannya. Peduli apa dengan mak dia. Tu dia... Menatang sungguh.

Maka berlakulah head to head fight… lawan kepala siapa lebih keras dan tengkok siapa paling tough?  Puuhh… dasyat… tergolek kambing-lembu dibuatnya. 

Nak tengok aksi penuh kena baca sampai penghujung artikel ini… tapi sebelum tu jom kita lihat Cowasaki berentap dengan Bugoatty dulu ya. 

Ferrari dan McLaren pun nak cuba nasib. Nissan GTR senyum jer.

Kawasaki VS Ferrari


Ferrari-Merempit-Kawasaki

Ferrari-Kawasaki-Stunt
Sudah menang kerek juga ada...


Aku tak tau apa model Kawasaki ni ataupun Ferrari jenis apa. 

Dua-dua memang kerek. Tapi Ferrari tu akhirnya jadi milik owner motor tu. Moral of the story: kalau nak rempit tu biar berbaloi.

Ini kunci Ferrari sudah pindah tangan. Geran tak tahulah. Mungkin sekali dengan awek cun & kaya tu kot nanti.

Kawasaki H2R McLaren MP4-12C

.
Kawasaki-H2R-racing-against-McLaren-MP4-12


McLaren ni kalau kat jalan Malaysia, sure dah jaguh. Dalam drag race ni dia kena buat ulam jer lah. Power gila Kawasaki ni.

Kawasaki H2R Bugatti


Kawasaki-H2R-racing-against-bugatti-veyron





Berapa HP Bugatti ni? HP tu bukan handphone tau – tapi Horsepower.  


Siapa tau camana nak kira HP?  He he he... KW tau?

Tak tau sudah. 

Bugatti ni ada 1,200 HP. Macam 15-20 biji enjin kancil di-join sekali.  Boleh bayangkan?  

Susah nak bayangkan, kan?  Mana boleh enjin Kancil 20 biji sekali boh kat satu kereta?  Ye lah... kalau dah bengap tu aku tak boleh nak kata apa dah.

Top speed Kawasaki tu 206 batu sejam, sama dengan 330 km/hr. Kalau laju cam ni dari Penang ke KL dalam sejam lebih jer. Itu pun kalau tak sangkut kat Terowong Manora – terowong sebelum Ipoh arah ke KL.

Kalau laju cam tu dan bunyi dia yang mengaum, kalau aku kat terowong tu sah terkencing atas motor. Malang lagi kalau terkejut sampai terlepas handle. 

Tak mau bayangkan apa nak jadi.  Mintak simpang malaikat 44.

Korang pernah tak terkejut kena potong? Yang tak pernah tu sah kaki tumpang dan tidur jer. Ataupun memang tak perlu dipotong?  Suka hati korang lah nak fikir apa.

Kawasaki Vs Nissan GTR

Dengan Bugatti 1,200 HP dia buat ulam. Dengan Nissan GTR 1,350 HP ni… jadi lauk lah pulak dianya.  Meh tengok.







Sesiapa yang ada GTR tu mesti sengihkan? Sengih tak apa asal jangan buat hal kat jalan sudah. Orang balik raya… nanti kita yang terperuk kat jalanraya. Biar berjalan dan boleh beraya ya…

Video Penuh Cowasaki VS Bugoatty & Kawasaki VS Bugatti – klik jer gambar kat bawah atau pun link ini - http://bit.ly/Cowasaki_Lawan_Bugoatti

Video-goat-vs-cow-and-kawasaki-against-bugatti

Enjoy tak?

Ikuti penulisan aku yang tak seberapa ini di https://www.facebook.com/RaceBoleRempitTamau.

Aku ni selalu sibuk repair kereta orang-orang besar dan kaya-kaya. Kena layan dia orang best-best baru selalu dia orang datang jumpa aku

Siap pergi ambik dan hantar kereta dia orang lagi. Awek cun anak dia orang pun kekadang melewatkan aku balik workshop - aku ni kan sado?  

He he he perasantan !!!

Tulisan ni tumpang blog kawan. Website aku yang sebenar kat sini. Tapi penuh sawang. Blog ni OK maintenance dia OK punya.

Kalau suka, meh tolong LIKE page FB aku ni: 
Lagi suka kalu, Jom tekan butang LOVE ni.


2 comments:

  1. Terima kasih kerana sudi tolong postkan. Blog saya masih tak berfungsi dengan baik.

    ReplyDelete
  2. Sesama... TK juga kerana bagi peluang saya postkan. Syok baca... buat gua sengih sendirian.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.