Kegirangan Berkumpul Semula Dimalam Merdeka - CrazyDuck -->

Header Ads

Kegirangan Berkumpul Semula Dimalam Merdeka

Cuti Merdeka Peluang Bertemu Kawan Lama

Hari Merdeka dah habis, “bersih 4” pun sudah berlalu.  Aku tak tahu adakah aku ni berada dalam kategori “merdeka” ke tak… Merdeka yang sebenar-benar merdeka.


Gambar: Karina Ayu Pradita
Orang dulu-dulu sungguhlah, dia orang dapat bebaskan negara dari “penjajahan” fizikal oleh Jepun dan Inggeris. 

Memang erti kemerdekaan itu sangat menusuk ke jiwa dia orang. Mereka mempunyai nilai sentimental yang sangat tinggi tentang erti kemerdekaan.


Minda Yang Merdeka

Pada aku, kemerdekaan terpenting ialah dari sudut minda. Aku rasa ramai yang tak perasan yang mereka masih belum merdeka dalam hal ni.

Bermula dari minda dan pemikiran ianya akan disusuli oleh gaya percakapan, perkataan yang diluahkan, aktiviti yang dilakukan… dan seterusnya menjadi sikap dan keperibadian.

Bagi aku ni, keluar jer dari perut mak negara dah merdeka. Tiap tahun bermacam motto dan logo digunakan untuk menyambut kemerdekaan.

Aku tak nak bohong pada korang semua… aku langsung tak ada “feel’ apa itu kemerdekaan. Sehinggalah semalam.  

Apa kena mengena dengan semalam?

Hu hu… ya semalam yang bertarikh 1 September 2015, sehari selepas sambutan hari merdeka.

OK… ni aku nak cerita pasal sorang kawan aku.  Tarikh lahirnya 31 Ogos..

Kondominium Dureco

Selepas menyaksikan sambutan malam kemerdekaan, kami satu geng berhenti di Restoran Restu Ikan Bakar, kat Sentul.  

Banyak juadah dan kemudahan pelanggan di situ. 

Lapar bro… seharian jenjalan… cutilah katakan.  Bukan selalu boleh jumpa kengkawan lama. Lepas keluar dari TOC kami masing-masih dengan arah sendiri.

“Eh... korang tengok ni.” Tetiba Jagdeep bersuara.

“Apa kes bro, tanya si Ahbeng.

Jagdeep: “Ini laa… dia orang cari konddom tak da jumpa”

Ahbeng: “Memang tak akan jumpa kalau cari kat sini, ini kedai makan la bro”

Jagdeep: “Apa laa lu… ini dalam facebook status ni haa.”
.
Layan jer ek?

Ahbeng: “Sori laa… gurau pun tak bleh kaa? Tengok ini apa keluar kat newsfeed aku… dia cakap Mat Sabu suda siok sama itu punya insiden, mau arrange demo lagi...  Ada siok dapat kepit-kepit sama itu amoi."
.
Ini dari Profile ori atau fake?

 Bersih-Mat-Sabu-Amoi
Ashim: “Alah… itu dia orang saja mau tulis maa… ada peluang boleh buat isu, perkara kecik pun dibesar-besarkan.”

“Ni haaa… permohonan maaf dari orang yang bertanggungjawab."

"Tak baik kalau kita suka kata dan kutok orang, nanti bila kena kat kita apa rasa?”


Aku: “Eh Deep… yang kau teringat sangat pasal konddom ni apa hal?  Kes kau dengan awek kau semalam amacam?”

Ahbeng: “Eh... tengok muka Adeep sudah merah, ada malu kaa? Ini mesti best punya cerita. Aku mau dengar lah… Apa hal?”

Jagdeep: “Tak ada apa lah… you orang mau dengar boleh aku cerita, tapi dengan syarat.”


Tetiba datang penyambut tetamu restoran yang cun-melecun senyum sampai ke telinga mahu mengambil pesanan. 

Setelah selesai mengambil oder, dia pergi. Kami diberitahu penyediaan akan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Ikan siakap masak 3 rasa dan beberapa menu yang lain. 

Tak putus senyuman dan kemesraan layanannya.

“Pergh… kalau masakan kedai ni sedap… boleh selalu mai sini”, tetiba Ashim si budak Perlis mencelah.

Ahbeng: “OK setuju Shim, kita tengok nanti. Tadi awek tu cakap kita ada 20 minit… Adeep lu cerita laaa, syaratnya apa?”

Aku: Ha... ye lah… thank you Abeng… aku sampai terlupa pasal Adeep, tengok awek tadi tu. Buat bini best gak… very friendly lah, mesti terror masak punya.”

Ahbeng: “Korang ni tak habis-habis pasal awek laa pasal nak kawin laa. Makan sendiri pun tak cukup berangan nak bela anak orang.”

Aku: “Bukan apa Beng, mak aku pesan, dia kata kalau nak rezeki lebih kena kawin cepat. Bukan tunggu sudah ada rezeki banyak baru nak kawin. Tak akan boleh kawin punya itu macam.”

Ahbeng: “OK… point taken… sekarang gua mau dengar ini Adeepp punya konddom punya cerita… ha… apa syarat Deep?”

Jagdeep: “Syarat tak ketat sangat… jangan korang ketawakan aku sudah. Dan lepas habis aku cerita jangan soal apa-apa.  Boleh kan?”

Ashim: “Oh… ingatkan apalah syarat dia… serius nak mampuih hang ni Deep. OK… kami sedia nak dengaq ni.”

Jagdeep pun bercerita tanpa henti sehingga habis.
.

Birthday Boy Dapat Hadiah "First Time"

“Semalam aku punya birthday. You orang pun tau. Itu pasal kita ramai-ramai jumpa hari ni. Sebab masa birthday aku, mesti cuti punya, kan?”

“Girlfriend aku cakap dia mau celebrate birthday aku. Tapi sebelum tu dia mau aku jumpa dengan parents dia dulu.”

“Kita orang dah serius sejak 6 bulan, habis U dia mau kawin sama aku, itu pasal dia mau aku jumpa dengan mak-bapa dia.”

“Lagi satu special punya… ini korang mesti stim punya. Dia cakap nak ajak aku keluar & “make love” sebagai hadiah birthday aku lepas aku jumpa mak-bapak dia.”

“You all tau… kita orang sama-sama ‘first time’ tau ka. Dan aku percaya cakap dia walaupun dia anak Mat Saleh.”

“Tapi sekarang mau kawin, you mesti kena buat HIV test dulu, haaa… you orang tau ka. Itu pasal aku mau berhati-hati.”
.

Family Pack Punya

Family pack punya eh?
“Tapi aku tak mahu ambil risiko… baik aku ada sikit protection. So, sebelum pergi rumah dia aku sudah stop ini famasi punya tempat.”

“Aku bagi tau ini pharmacist apa event yang bakal berlangsung malam tu dan minta dia ajarkan macamana mau guna ini protection.”

“Wooo … gua cakap sama lu worang aaa…. ini pharmacist banyak cool oooo.”

“Dia spent masa dekat satu jam dengan aku… ajar aku macamana mau guna dan teknik-teknik untuk ‘first time’.” 

You orang nanti mesti mau belajar dengan ini pharmacist, kecuali lah kalau you all sudah ada “experience."

“Sudah habis dia punya 'pengajaran', dia tanya aku…. pack mana punya aku mau?"

"Ada jenis 3/pack, 10/pack dan juga family pack.”

“Manalah aku tau pack apa mau guna… so aku pilih family punya… biar lebih, jangan kurang.  Aku ingat macam itu lah.”

“So… malam semalam aku pun pergi lah rumah GF aku ni… first time bro… nervous wooo.”

“Sampai kat pintu, GF aku sambut aku dengan mesra dan manja… lebih manja dari awek tadi, korang tau.”

“Dia pun ajak aku masuk dan jumpa mak-bapa dia yang sudah sedia menunggu sana meja makan.”

“Nampak jer mak-bapak dia… aku terus gelabah…. Aduuuuuhhhhh...”

“Apa lagi… aku pun tunduk, angkat tangan sikit dan baca doa - tak keluar apa-apa dari mulut aku, aku hanya kumat kamit macam backside ayam lepas bertelur.”

“Lama betul aku berdoa… GF aku dah tak sabar.  Dia pun datang kat telinga aku dan berbisik, ‘Memanglah you pakai turban ni… tapi I tak pernah tau pun yang you ni kuat sangat agama’.”

“So… aku pun bisik balik kat dia, ‘You pun tak pernah bagi I tahu yang ayah you seorang pharmacist’.”

“Itulah cerita pasal Kondominium Dureco tu…. OK… ingat syarat!”  Jagdeep menamatkan ceritanya.
.

Ketawa Pecah Perut

Menghormati akan syarat yang telah kami persetujui, aku sudah tak tahan…

Aku: “Eh... aku nak pergi bilik air kejap”

Aku pun nak ikut, aku pun tak tahan dah ni, jom-jom… sampuk Abeng dan Ashim. Korang boleh bayangkan apa yang kami 3 orang buat kat toilet tu. Pecah perut kami, tapi tak pecah di mulut.
 .
Selesai kami berurusan di toilet, kami ke meja semula.  Jagdeep mesra saja dengan seorang gadis sambil mengaturkan hidangan yang baru sampai.

“Oh… perkenalkan… ini Cheryl my girlfriend.”

“Dia kebetulan berada dikawasan ni, so aku ajak dia singgah, boleh korang kenal.” Jagdeep dengan bangganya memperkenalkan Cheryl kepada kami.

Kami tiga orang senyum tersipu menyambut perkenalan dari Cheryl. Mujurlah awek restoran masih menyusun hidangan dan kami sambil menegur dan berbual dengannya dapat menahan ketawa.
.

Full Service Walaupun Konsep Self Service

Masa berlalu dan makanan hampir habis. Si awek restoran mengambil mana-mana pinggan dan piring serta cawan yang sudah tidak berisi dan mengasingkan ke meja lain. 

Ini memberi ruang untuk kami terus bersembang dengan selesa. 

“Abang-abang ada nak tambah lagi ker… desert buah, kueh coklat, atau kopi. Boleh Aishah ambilkan.”  Tanya si awek pelayan.

Sungguh mesra si Aishah ini… walaupun tempat itu sebenarnya menggunakan layan self-service.

“Haa… macamana Ashim?”  Tanya aku.

Ashim: “Macamana apa?”

Aku: Boleh buat bini ker?

Ashim: “Kalau dah dia dengan bangganya perkenalkan kat kita mestilah dia boleh ambik Cheryl ni buat bini.”

Aku: “Bukan tu laa… maksud aku."

"Tu si Aishah tadi tu… hang ingat dia bagi tau nama dia tu saja-saja ker?  Adeep ngan Cheryl ni… dah pasti, kan Deep?”

Jagdeep: Sengih, senyum, angguk dan menjeling kepada Cheryl. 

Cheryl membalas dengan mencubit pinggang Jagdeep.  Si Adeep terlompat beradoi.
.

Jangan Tanya Kenapa di Sini Ramai Orang

Ashim: “Ya tak ya jugak no.  Aku suka tengok style dia – rajin, mesra dan senyum manis tak lekang.”

“Masakan tadi pun bukan main sedap. Kopi dia buat pun… piaw. Kalau dia dok single lagi boleh aku usyar.”

Abeng: “Itu pasal sini ramai orang makan… semua pelayan dia orang mesra, pandai ambil hati pelanggan.”

“Buat up-sell pun pandai juga. Lu tak payah nak perasanlah Ashim, memang Aishah tu dilatih supaya mesra dengan customer.”

“Aku pasti akan datang sini lagi bila aku datang KL, syok… conducive untuk sembang bisnes jugak.”


Tong-Tong Bayar... Hati Girang Lalu Pulang

Kami tong-tong duit dan Ashim mengambil peluang membayar untuk usyar-usyar Aishah.

Ashim: “Mmmm… korang balik lah dulu… aku ada hal sekejap."

Jagdeep: “OK… good luck Shim… jangan baca doa panjang-panjang macam aku ya.


G: Zizan Aznan. Calun isteri? Hok maner ek?
Selepas wish Jagdeep Happy Birthday, kami semua pulang dengan hati yang lapang dan girang.

Cerita malam kemerdekaan Jagdeep menghiburkan. 

Abeng akan pulang ke Johor Baru. 

Ashim aku harapkan dapat tackle Aishah. 

Aku pula mahu terus menulis sambil-sambil buat duit. Tapi ini memerlukan masa yang panjang. 

Sangat panjang.

Disamping itu aku sedang mempelajari selok belok perniagaan workshop agar dapat memiliki 5-6 buah macam senior aku kat Taman Megah tu. 

Nak juga aku pakai sport car, GTR second hand pun OK gak.

Ya... aku sibujang yang MERDEKA !!!

Bebas menentukan hala tuju hidup aku. 

Hanya belum bertemu dengan “Aishah” kedua saja lagi. 

Aishah yang ditemui sudah dirembat oleh kawan. Lambat lagi lah nak kawin aku ni… hu hu hu … tak per… esok lusa mungkin jumpa calun. Gambar kat atas tu... nombor braper punya?

Mohon bagi semangat sikit nak tulis lagi dan cari calun isteri, ek? Meh tekan butang LOVE ni.


Terima kasih, ek.  
Salam ceria dari JB.  Balik cuti kejap.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.