Terpilih Untuk Dibukakan Hati Mengambil Kesempatan Berbakti - CrazyDuck -->

Header Ads

Terpilih Untuk Dibukakan Hati Mengambil Kesempatan Berbakti

Kita akan jadi macam 5 orang yang paling rapat dengan kita. Birds of the same species will flock together. Mahu berjaya... our circle of friends will determine where we are going.
Senyuman - BabyZz Ninie

Senyuman Ikhlas Itu Lahir Kerana "Power Of Love"

Dengan senyuman yang puas, Ah Zuan meneruskan ceritanya tentang seorang wanita yang terperangkap dalam barisan.  
Terperangkap dengan dua orang yang berbau busuk ketika memesan makanan dikaunter Restoren McDonald’s.

Namun, kejadian itu sebenarnya adalah ujian bagi wanita itu. 

Ujian tentang kemampuannya untuk memberi senyuman dengan penuh keikhlasan dalam keadaan yang sangat sukar.

Bukan sekadar lulus ujian yang tak diduga. 

Tetapi juga memudahkannya menyelesaikan tugasan projek kuliahnya. 

Tentang kesan ikhlasnya sebuah “senyuman" terhadap orang yang tidak dikenali.


Ah Matt: “Boleh tahan juga panjangnya cerita kau ni “Pemberian Tanpa Syarat” ya Zuan.

Tapi best.  Kau boleh ingat jalan cerita dan sampaikan sebiji macam real punya.  Ha… sambunglah lagi.”

Ah Zuan: Oh… terima kasih En. Matt.

OK… mmm… stop tang mana tadi ha? Oh... ya-ya… tang meja makan tu kan?

Ha... macam ni...
                    …Selepas suaminya mengucapkan kata-kata penghargaan cinta terhadap isterinya, mereka terus diam sambil berpegangan tangan. 

Dalam hati mereka timbul rasa kesyukuran kerana menjadi yang terpilih diantara ramai pengunjung restoren itu.

Terpilih untuk dibukakan hati mengambil kesempatan untuk berbakti. Memberi kebaktian kepada mereka yang sangat memerlukan. Memberi tanpa memerlukan syarat.

Disamping itu tidak memandang rendah dan hina kepada insan lain yang kurang bernasib baik.
Mereka kemudian teruskan menjamu selera
Tidak beberapa lama kemudian, meja mereka dikunjungi satu persatu pelanggan yang memerhati perlakuan si isteri sejak dari tadi. 

Ada yang mengangkat topi, ada yang mengucapkan terima kasih, ada yang berjabat tangan.

Kemudian datang seorang yang agak berumur bersama isteri dan anaknya berdiri di hadapan meja lalu berkata,

“You have given me, my family and some of us around here a very good lesson today. 

It is a very expensive and rare lesson – you don’t get to see this every day.

From this moment on wards, if I am given the same chance again in the future, I will follow your step to help others within my capacity without any question or any need of a reason to do so.”

Pasangan suami isteri itu hanya mengiyakan ucapan lelaki tadi dan berterima kasih kepadanya.  Mereka berjabat tangan. 

Dan masanya juga sudah sampai untuk si isteri dan keluarganya beredar. Selesai sudah mereka menjamu selera.

Senyuman Penuh Aura

Mereka bangun dan sebelum menolak pintu untuk keluar, si isteri sempat menoleh pandangan kepada dua lelaki berbau busuk yang masih di meja mereka.

Seperti ada pertalian ghaib atau tarikan magnet kedua mereka yang sedang menjamu selera itu juga mengalihkan pandangan kepada si isteri.

Masing-masing tersenyum – senyuman yang penuh erti dan keikhlasan. 

Terpancar cahaya pada wajah yang memberi dan juga pada wajah yang menerima senyuman itu.

Allahu akbar… maha besar penciptaan wajah manusia penuh dengan keajaiban.

Mereka saling melambaikan tangan tanda perpisahan.

Si isteri melepasi dua ujian hari ini. 

Pertama tugasannya untuk membuat lapuran dan persembahan tentang senyuman pada orang yang tidak dikenali boleh dikira selesai.

Tetapi apa yang yang lebih besar ialah tentang ujian LESSON OF LOVE melalui senyuman itu sendiri.

“Itu sajalah ceritanya… sorilah panjang sikit.  Tak reti saya nak ringkaskan.  Ringkas sangat nanti feeling dia hilang pulak.”  Ah Zuan menamatkan ceritanya.

Ah Zim: Fullamak … best laa cerita hang ni Zuan.  Hang buleh ingat sebiji-sebiji noh cerita tu.

Aku Yang Suci Lagi Sempurna

Ah Zuan: Sebiji tu dak laa… tapi lebih korang macam tu laa isi dia.

Ah Matt: Nak komen sikit boleh?

Ah Zim: Awat tak buleh pulak.  Silakan. Lagi banyak komen lagi senang kerja saya nak nulis nanti.

Ah Matt: OK… itu pasal Pak Cik yang pergi kat perempuan tu...
...Pakcik tu – dia seperti tersedar yang selama ini kebanyakan orang termasuk dirinya sangat mementingkan diri sendiri. 

Pentingkan standard. Pentingkan penampilan. Penting sangat dengan siapa kita berkawan. 

Kita menjauhkan diri dari orang-orang miskin dan yang tidak bernasib baik.

Sebabnya?

Ada konsep yang mengatakan begini:-
1. Kita akan jadi macam 5 orang yang paling rapat dengan kita
2. Birds of the same species will flock together
3. Mahu berjaya... our circle of friends will determine where we are going.

Tapi bagaimana pula dengan...
...ular yang berbisa tak akan hilang bisanya bila menyusur akar? Atau pun bila dia gigit besi?


Gambar: Ular tedung dari FB Kak Yongg
Kita menganggap diri terlalu suci sehingga tidak berupaya untuk memahami atau menyelami perasaan si miskin. 

Kita menganggap mereka sebagai pengacau yang mengganggu ketenteraman. Kita akan jatuh miskin bila berkawan dengan mereka. Kerana konsepnya sudah ada dan kita percaya akan itu.

Bersambung lagi... heh panjang gak stori nih... sini ya:- Kenapa Ada Perasaan Menyampah Pada Simiskin? Silakan ke sana.

Sebelum angkat kaki mohon ringankan jari please... Jom tekan butang bawah ni.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.