Masa, Air, dan Teknologi Semuanya Berubah. Aku?
Time Heals - Masa Akan Menyembuhkan
Ya… masa akan memberikan penyembuhan. Hati manusia selalunya berubah. Apatah lagi apabila tersedar kesilapan dan kegagalan itu sebenarnya memberikan kebijaksanaan dan kekuatan.Membuka jalan baru untuk pencapaian yang lebih baik
Waktu berputus asa dengan rasa kekecewaan digunakan untuk merehatkan diri dan fikiran. Mencari jalan yang lebih baik. Berehat bukan bererti kalah. Malah berundur juga bukan bererti sudah menyerah.Waktu ini digunakan sebagai mengenangi kepahitan yang dilalui. Bukan menyesali tetapi mengkaji (reflection) akan kesilapan yang telah dilakukan.
Apa faktornya. Adakah sumber luaran yang tidak dapat dikawal atau sendiri yang cari pasal.
Kenapa perlu fikirkan hal luaran yang tidak dapat dikawal? Biarkan ia berlalu. Kerana ia akan berlalu.
Fokus kepada perkara yang dapat aku kawal.
Dan jangan jadikan faktor luaran mengawal pergerakkan aku.
Atau sebagai alasan menghalang aku dari mencapai apa yang aku mahukan.
Sekiranya faktor luaran ini mengganggu kelancaran pergerakkan aku ianya juga pasti mengganggu pergerakkan orang lain.
Aku boleh memilih untuk menjadikan ianya alasan atau mencipta peluang baru. Peluang mempermudahkan orang lain menangani kesusahan akibat faktor luaran ini.
Pada setiap kesusahan itu ada peluang. Peluang yang diambil dan diurus dengan baik memberikan keuntungan.
Sumber gambar: Water fall |
Jadilah seperti air
Jadilah seperti air. Ia tetap bergerak ke bawah curam biar pun apa saja yang menghalang.- Disekat dengan tembok? Ia akan melimpah. Takungan memberi manfaat untuk mandian atau renangan bagi ikan-ikan.
- Diberikan longkang sebagai laluan? Perjalanan bertambah lancar. Lalu sajalah.
- Ada ruang sedikit? Perjalanan diteruskan mahupun melalui akar ataupun rekahan. Memanfaatkan diri untuk kesegaran kawasan yang dilalui.
- Menitik pada batu? Biarpun setitik demi setitik aku akan melobangkan batu itu.
- Kemana saja aku pergi aku memberikan manfaat alam sekeliling asalkan aku terus bergerak.
- Dikurung dan dipanaskan sehingga menjadi superheated steam? No problem. I can move a train. I can drive an electrical turbine. Jana elektrik. Jangan kasi potong stim sudah.
- Tetapi aku akan menjadi busuk apabila mengurung diri tanpa ada apa pergerakkan. Maka aku perlu terus bergerak supaya tidak busuk. Malah membunuh dan mereputkan apa yang ada disekeliling aku. Atau menjadi tempat pembiakkan nyamuk aedes yang membahayakan.
Tingkatkan Semangat dan Usaha... Jadilah Luar Biasa
Pada tahap 99° Celsius, ianya air panas. Pada tahap 100° Celsius, ianya air yang mendidihPendidihan menghasilkan wap. Wap mampu menjana tenaga memacu keretapi yang tersangat berat.
Dengan hanya perbezaan pada tahap 1° Celsius kehebatan tenaga & keupayaan dihasilkan.
Dengan hanya satu tahap usaha tambahan… Baik dalam dalam bidang keusahawanan atau kehidupan... Ianya membezakan antara yang biasa-biasa dan luar dari biasa.
Keberkatan dan Kemakbulan Doa
Ibarat air yang mengalir dan memberikan manfaat kepada apa yang disentuhinya, kau juga akan mendapat limpahan manfaat tanpa kau sedari.Boleh jadi, saat engkau tidur terlelap, pintu-pintu langit sedang diketuk oleh puluhan doa kebaikan untukmu:-
- dari seorang fakir yang telah engkau tolong, atau
- dari orang kelaparan yang telah engkau beri makan, atau
- dari seseorang yang sedih yang telah engkau bahagiakan, atau
- dari seseorang yang berselisih denganmu yang engkau berikan senyuman, atau
- dari seseorang yang dihimpit kesulitan dan telah engkau lapangkan.
Membuat kebaikan secara terang-terangan memberi teladan. Membuat kebaikan secara tersembunyi membina keikhlasan.
Buatlah baik dalam keadaan apa sahaja, kerana manfaatnya sentiasa ada untuk diri mu dan orang lain. (Petikan dari post FB oleh Fazlina Dato' Zahari)
Jadilah seperti air yang mengalir. Apa pun kesulitan yang kau hadapi... teruskan dan masa akan menyembuhkan.
Teknologi berubah, manusia juga begitu. Dari keretapi yang penuh dengan asap tebal kini sudah lama ada keretapi laju superspeed train. Satu ketika ianya sesuatu yang mustahil. Tapi kini depan mata.
Sumber: High speed train rail China |
Sumber Gambar: High speed rail |
Thank you for your comments