Ada Rezeki Aku Akan Mengandung Juga
Majalah Ibu Mengandung
Asmahani meronda-ronda di sebuah Mall. Lalu berhenti di hadapan sebuah kedai buku. Jenis pantang tengok buku punya kaki.Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.
Sebuah majalah. Tajuk besar terpampang tentang keibuan. Berkaitan dengan ibu mengandung.
Pantang larang dan pemakanan yang baik dielakkan.
Masa masih banyak. Dia tak perlu tergesa-gesa balik ke bilik hotelnya. Dia juga tidak perlu mentelaah untuk persediaan meeting esoknya. Sudah siap sedia.
Kini masa untuk diri sendiri…
Episod terdahulu No. 10: Bila Hati Sudah Berbunga
Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Ibu Mengandung
Tajuk covernya agak keras. Seperti ada suruhan dan terkandung juga unsur amaran.“Perlu” – bukan suka-suka. Bukan syiok-syiok. Dan bukan kemahuan. Sesesuatu yang mesti kena buat.
Dia masih teringat akan kata-kata ayahnya:-
“Dah perangai mak hang masa dia mengandung kat hang macam tu. Ulam jenis dok bawah merayap dia tak mau.”Terasa ada keinginan baginya untuk mengetahui lebih mendalam jenis-jenis pemakanan yang perlu diamalkan dan dielakkan sewaktu mengandung.
“Mesti yang tegak tinggi. Tu laa yang hang dapat mengaji tinggi, keputusan baik dan dapat kerja pun bagus punya.”
Walaupun belum berkahwin, naluri keibuan tetap ada padanya. Sudah fitrahnya begitu.
Dia membelek majalah dari halaman ke halaman.
“Tak baik baca free kat sini… baik beli sajalah. Membantu juga pada orang yang menulis artikel ni. Boleh baca secara santai sambil baring-baring dalam bilik hotel nanti.” Kata hatinya.
Selesai mandi dan solat dia mula serius mahu membaca majalah yang dibelinya tadi. Terus mencari halaman yang mempunyai tajuk yang diletakkan pada kulit majalah.
Melihat senarai pertama dari Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Ibu Mengandung… darahnya terus tersirap. Iaitu ulaman dan makanan mentah.
“Orang mengandung ni ada setengahnya berperangai dan kehendak mereka tentang makanan boleh jadi pelik. Mengidam itu teringin ini. Selagi tak dapat selagi itulah duduk tak senang.” Fikirnya.
Teringat dia akan cerita ibunya ketika mengandung dan pesanan dari ayahnya ketika di Restoren Kari Corner.
“Kalau dulu masa mak mengandungkan kat aku dia suka makan ulam yang tertentu, tak mustahil aku akan ikut perangai dia bila mengandung nanti.”
Dia terus membaca satu persatu sambil membuat nota ringkas. Menulis membantu daya ingatannya terhadap apa yang dibaca. Juga untuk membuat rujukan tambahan secara on-line apabila keywords sudah ada.
Dan itulah yang dilakukannya setelah selesai membaca artikel dari majalah tadi.
Senarai Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Hamil
1. Ulaman dan Makanan Mentah
Hatinya merasa lega tentang ulaman yang dipastikan bersih. Ulaman segar yang bebas dari penggunaan racun serangga dan bersih sangat bermanfaat untuk kesihatan.Kandungan fibernya tinggi dan zatnya tidak rosak akibat suhu panas.
Yang bahayanya ialah ulam atau salad yang tidak diketahui hujung pangkal sumbernya dari mana.
Ibunya dulu mengamalkan ulaman yang dipetik di sekeliling rumah. Jadi tidak ada isu keracunan atau pencemaran.
Jika tidak dibasuh dengan sempurna, sayur dan ulaman mentah boleh saja mengandungi bacteria dan mencemari kesihatan bayi dalam kandungan.
Ini yang mesti dielakkan.
Sesetengah orang menggemari makanan mentah atau separa masak. Sushi dan seafood (kerang, udang, ikan salmon) adalah contoh yang sering dilihat.
Cheese yang tak cukup pasteurisasi (ibarat makanan mentah) juga tidak baik untuk ibu hamil.
Keracunan akibat bakteria dan parasite (cacing halus) merupakan risiko jika memakan makanan mentah dan separuh masak.
Tetapi apabila makanan seafood ini dimasak secukupnya, ia membekalkan protein yang diperlukan oleh bayi.
2. Nenas Terutama Yang Muda
Wanita hamil memang sangat sukakan sesuatu yang masam. Disamping masam, nenas juga mempunyai tahap kemanisan yang sangat menggiurkan.Nenas muda samada dimakan begitu saja, dicolek dengan kuah petis, mahu pun dimasak… sangat merbahaya.
Nenas terutama yang muda memang sudah sangat dikenali sebagai pendorong keguguran.
3. Alkohol dan Makanan Yang Boleh Menjana Alkohol
Alkohol sememangnya tidak baik untuk pembentukan bayi terutama diperingkat awal. Sehingga boleh memberi kecacatan pada bayi.Alkohol tidak semestinya bermaksud mengambil alcohol, tetapi juga makanan yang boleh menghasilkan alcohol.
Durian, anggur, dan tapai adalah antara penjana alcohol apabila terperam (fermentation).
“Kalau makan buah dan tapai tu sikit untuk lepas gian habuan dapatkan rasa, boleh kot? Takkan sesudu tapai pun dah nak jana alcohol sampai mak dan babynya naik stone?” Tanya Asmahani dalam hati.
Betullah tu… sekadar melepaskan ketagihan akibat mengidam tak mungkin boleh membawa mudharat.
4. Buah-Buahan Yang Bergetah Lagi Mentah
Jangan main-main dengan janda bergetah… pengalamannya banyak!!!Untuk ibu hamil, buah yang bergetah juga baik jangan didekati. Nanti teringin.
Betik dan nangka… terutamanya yang muda. Dimasak atau dimakan begitu saja… sama kesannya.
Keguguran.
Zat dari getah nangka dan betik (pepsin) boleh menjadi pendorong (catalyst) untuk proses contraction. Seterusnya boleh menyebabkan keguguran atau bayi itu lahir pra-matang.
Betik yang sudah ranum pula sangat baik kerana mengandungi beta-carotene. Baik untuk mata.
Bersambung – Ada 4 lagi kategori makanan yang baik… iaitu baik dielakkan oleh ibu mengandung dan senarai makanan yang baik untuk kesihatan ibu dan kecerdikan bayi.
Meh tekan satu atau semua butang bawah ni... Terima Kasih.
Thank you for your comments