Rumah Banglo Lama Style Kampung Melayu - CrazyDuck -->

Header Ads

Rumah Banglo Lama Style Kampung Melayu

Etika berniaga & mendapat projek berdasarkan nilai dan merit yang ditawarkan. Ditamatkan kerja serta merta jika didapati menawarkan rasuah. Syarikatnya mempunyai polisi keras. Hanya menawarkan, belum lagi memberi. Orang bukan Islam pula yang lebih peka tentang halal haram rasuah.
Gambar hiasan: Rumah Pak Guru Pondok Remaja Inabah

Rumah Yang Disukai Pun Mudah Didapati

“Petang ni ada nak buat apa atau pi mana-mana dak?” Tanya Halim.

“Mmm… tak dak apa dan tak cadang nak pi mana-mana. Awat Pakcik?”

“Pakcik dah dapat contact dengan satu owner rumah. Di Bukit Mertajam. Rumah kampung. Luas kawasan dia.”

“Ni gambar rumah tu. Depa WhatsApp tadi."

"Nampak semak sikit tapi kita boleh pi tengok. Mana tau kot ayah hang suka. Boleh duk situ. Tak jauh dengan Butterworth.”

“Oh… ini mesti cerita dari ayah ni, kan?” Balas Asmahani.

“Ya… dia cerita pasal hang dapat offer jadi Manager kat division baru company yang hang kerja tu.”

Episod terdahulu No. 5: Peluang Terbuka Ayah Pula Sedia Menerima

Rumah-Banglo-Style-Kampung-Melayu
Rumah Banglo Style Kampung Melayu
“Dia seronok sangat. Dia yang suruh Pakcik carikan rumah ni. Kebetulan Pakcik ada kawan sebelah sana. Petang ni boleh lah kita pi tengok.”

Kembang hati Asmahani mendapat tahu yang ayahnya meminta bantuan Pakcik Halim untuk mencarikan rumah.

“OK… dah selesai dengan depa.” Sambil Pak Samad memberikan tanda LIKE kepada Halim.

Bermaksud urusan kait mengait kelapa dan penghantaran ke pusat pemprosesan untuk dijadikan kelapa kering sudah beres.

Upah untuk pengait juga sudah dibayarnya. Esok atau lusa dia akan pergi mengambil duit hasil jualan kelapanya.

“Hang nak ikut sekali ka tengok rumah tu?” Tanya Pak Samad kepada Halim.

“Tau jalan nak cari rumah tu? Kalau tak tau saya boleh pi. Kedai… saya tinggalkan kat depa untuk jaga. Sebelah petang tak ramai sangat orang.” Jawab Halim.

“Terima kasih. Nanti lepas solat Zohor kita pi lah. Makanan tengahari dah siap bungkus dah.” Pak Samad memberikan isyarat sambil menunjukkan bungkusan di tangannya kepada Asmahani.

“Boleh lah…” Jawab Asmahani sambil tersenyum kegembiraan. Hatinya berbunga-bunga.

Selesai melawat kawasan keliling dan dalam rumah Pak Samad bersetuju untuk menyewa rumah itu.

Pemilik rumah pusaka besar ini baru berpindah ke luar kawasan kerana pekerjaan. Wakilnya menguruskan hal sewaan.

Urusan mencari rumah selesai selepas Pak Samad membayar cengkeram tanda setuju dan mengambil kunci.

Proses perpindahan akan bermula tidak lama lagi.

Kamu Tak Teringin Nak Kahwin?

Masa berlalu dengan pantas. Asmahani selesa dengan rumah sewaan itu. Tempat kerjanya juga dekat.

Hanya lebih kurang 15 minit. Paling lambat 30 minit ketika waktu puncak dan banyak kenderaan.

Dia dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pekerjaannya.

Prestasinya terus meningkat walaupun banyak perkara baru tentang pengurusan perniagaan yang perlu dipelajarinya.

Belajar sambil membuat. Syarikatnya pula mempunyai sepasukan trainer yang datang ke cawangan secara berkala mengajar dan melatih secara praktikal.

Ayahnya pula suka dengan keadaan sekeliling. Antara sebabnya ialah rumah itu berdekatan dengan masjid. Jemaah masjid pula saling membantu dan menghormati rakan taulan.

“Hang tak teringin nak kahwin ka?” Pada suatu malam soalan ini ditanyakan oleh ayahnya.

“Tak ada calun yang serasi dan serius lagi Yah. Setakat kawan-kawan biasa tu adalah.” Jawab Asmahani dengan telus.

Dia Hanya Penjual Satay, Kamu Nak?

“Err… ayah suka kat sorang budak ni. Tapi dia hanya penjual satay. Tak berpangkat macam hang.”

“Apa kisah dengan kerja dan pangkat Yah… yang penting rezeki tu halal dan berkat.”

“Banyak orang sekarang berpangkat tinggi gaji besar tapi bila berurusan dengan kita siap minta rasuah.”

“Rezeki yang halal bercampur dengan yang haram. Kotor semua. Mana nak datang keberkatan. Sentiasa tak cukup. Sikap jadi angkuh dan sombong.” Asmahani membalas komen ayahnya tentang si penjual satay.

Padanya, peniaga walaupun hanya menjual satay lebih mulia dari pegawai tinggi yang punya runner dan meminta rasuah dari pembekal atau contractor yang membida projek kerajaan.

Pembayaran sering ditangguhkan apabila tiada sogokan.

Ditamatkan Kerja Serta Merta Jika Didapati Menawarkan Rasuah

Namun syarikatnya mempunyai polisi keras. Sesiapa yang didapati terlibat menawarkan pemberian rasuah akan ditamatkan perkhidmatan serta merta.

Hanya menawarkan, belum lagi memberi... sangat berbeza polisi mereka dengan apa yang ada depan mata kita.

Orang bukan Islam pula yang lebih peka tentang halal haram rasuah.

Pada mereka ianya etika berniaga. Mendapat projek berdasarkan nilai dan merit yang ditawarkan.

Bukan kerana rasuah.

Ya… menjaga relationship dan customer service itu penting tetapi ada hadnya.

“Dalam peti ais tu ada satay, ayah beli lepas Isya’ tadi. Cuba lah… mana tau kot hang suka.”

“Lembut daging dia dan besar pula tu. Tapi elok panaskan dulu baru sedap.”

Asmahani mengambil satay dan kuah lalu memasukkan ke dalam microwave oven. Bau wangi semerbak dari kuah satay menimbulkan selera.

“Hmm… sungguh cakap ayah. Tak pernah jumpa satay sesedap macam ni. Budak tu masak sendiri ka atau dia hanya tukang jual?” Tanya Asmahani.

“Oh… yang tu ayah tak tau. Kena tanya dia. Tapi sedap sungguh kan satay dia?”

“Saja pun… boleh beli lagi ni.” Ujar Asmahani.

“Nak beli lagi? Kena pi awal. Kalau tidak tak sempat. Banyak orang order bungkus dan juga makan kat situ.”

“Masa ayah beli tadi, ramai orang. Ini pun dah nak last yang tinggal. Nasib baik dapat.”

Nak Makan Satay Pun Teringat Kat Isteri

“Jom kita pi makan satay Yah. Rasa gian la pulak. Hari tu tak puas, sikit sangat ayah beli.” Asmahani menyuarakan kepada ayahnya setelah pulang awal dari biasa.

“Elok juga… ayah pun dok teringat nak ajak hang pi situ. Tengok budak tu sekali. Baca perwatakan dia.”

“Mana tau kot hang ter-berkenan kat dia. Pakai lawa-lawa lah sikit… noh. Tapi toksah (jangan) lebih-lebih. Simple tapi anggun macam arwah mak hang dok sebut dulu-dulu.”

“Hmm… ayah ni mesti dok teringat kat mak. Kesian dia. Aku pun teringat juga. Hari-hari dok doakan kat mak. Tapi ayah mesti lagi parah.” Fikir Asmahani.

Selepas Maghrib mereka pergi ke “warung” tempat Pak Samad membeli satay beberapa hari lepas.

“Wah… ramainya orang. Meja kosong pun tak ada.”

Restoren-Mee-Kari-Satay-Koeyteow

“Tak apa… tunggu sat. Kejap lagi adalah tu. Depa bukan nak bermalam kat sini. Nak makan satay ja pun.” Pak Samad menjawab sambil berseloroh loyar buruk.

“Maaf Pakcik, tunggu sat noh. Meja hujung sana tu dah nak ready. Depa dah nak siap.” Tegur seorang anak muda.

“Ha… budak ni laa yang ayah kata tu.” Pak Samad bersuara lembut seolah berbisik kepada Asmahani.

“Hmm… boleh tahan juga. Orangnya perwatakan macam oang baik-baik.” Jawab Asmahani.

“Jom… meja tu dah kosong.” Pak Samad mengajak Asmahani setelah melihat lambaian dari seorang pelayan.

“Nak makan apa… satay daging, satay ayam, nasi ayam. Goreng-goreng ada. Mee kari pun sedap juga.” Tanya pelayan yang melambaikan tangan tadi.

“Buat satay daging 10 dan dan satay ayam 10 cucuk. Mee kari tu nampak macam sedap, ya… buatkan mee kari untuk saya.”

“Hang nak apa, kak?” Pak Samad bertanya pada Asmahani setelah membuat pesanan untuk dirinya.

“Bolehlah mee kari juga. Air… saya nak tu… macam adik sebelah tu punya. Cendol durian kan?”

Cendol-Pulut-Durian-Sedap-Gila
Gambar: FB Nick Shaz
“Ya… cendol durian. Nak campur pulut tak?”

“Mmm… pulut saya tak berapa gemar. Ayah nak ka cendol tu dengan pulut?”

“Boleh lah…”

“OK… cendol durian 2, satu dengan pulut.”

“OK… terima kasih.” Pelayan itu pun pergi.

Asmahani memerhati suasana dalam restoren. Ianya bukan “warung” seperti gambaran Pak Samad.

Tapi memang ada sub-stall yang menjual berbagai juadah.

Booth satay adalah salah satu dari beberapa gerai. Dan pandangan Asmahani terpaku lama melihat kerancakan penyediaan satay dan penghantaran dari meja ke meja.

Tersusun dan seperti ada SOP (standard operating procedure).

“Ini cendolnya kak…Mee kari on the way. Satay… tu depa dah nak siap. Silakan pekena cendol dulu.” Pelayan tadi meletakkan cendol sambil bersuara ramah dan mesra.

“Terima kasih dik.” balas Asmahani.

“Uih… sedapnya cendol ni. Wangi. Dia guna Gula Kabung ni, bukan gula merah biasa-biasa.” Pak Samad memuji keenakkan cendol pulut durian yang baru sesudu mencecah lidahnya.

Asmahani diam.

Hanya mengangguk sambil menikmati keenakan cendol. Terlalu enak sehingga tidak boleh bersuara. She is enjoying the moment.

Memang kesukaannya sejak kecil lagi. Dulu sewaktu sekolah dia kerap membeli cendol Pak Hamid diluar pagar sekolahnya.

Tapi cendol ini jauh lebih sedap pada deria rasa lidahnya.

“OK… Akak dan Pakcik… ini mee kari dan satay.”

Pelayan yang sama membawakan sepinggan satay, dua mangkuk mee kari, dua mangkuk kecil kuah satay dan satu piring berisi nasi himpit, bawang dan timun.

Mee-kari-Lepak-Santai
Mee kari FB Lepak Santai
Purnama-satay-mstar.com.my
Purnama satay - mstar.com.my

“Silakan Akak… Pakcik. Kalau ada apa-apa nak pesan lagi angkat tangan saja.” Dia pun berlalu.

“Terima kasih.” Jawab Pak Samad.

Aroma satay dan kuahnya sama seperti bungkusan yang dibeli oleh Pak Samad beberapa hari lepas.

Daging dan ayamnya lembut. Rempah ratus resepi yang digunakan terasa sehingga kebahagian dalam satay.

“Ini persediaan rapi ni. Bukan sekadar celup dan bakar.” Fikir Asmahani.

Orang yang terlibat dengan Quality Assurance memang otak dan pemikiran mereka selalu memerhati, meneliti dan menganalisa sesuatu yang ditemui atau dialami.

“OK ka Pakcik, Kakak… ada apa lagi yang boleh saya bantu?” Pelayan yang sama datang lagi dan bertanya.

“Mmm… bawakan saya air suam.” Pinta Pak Samad.

“Layanan depa ni seperti personalized. Orang tu saja yang datang. Mesti ada SOP ni.”

“Setiap pelayan memastikan meja yang mereka serve mendapat layanan memuaskan. Ada ownership.” Asmahani bercakap sendirian dalam hati.

Dalam waktu yang sekejap pelayan tadi datang membawa dua gelas air suam. Yang diminta hanya satu, dibawanya dua.

“Bagus lah kedai ni… tak berkira. Aku memang nak air suam tapi tadi tak sempat nak order. Mee kari ni sedap sangat.” Asmahani membebel lagi secara sendirian.

“Macamana Pakcik... puas hati tak dengan satay saya ni?” Pemuda yang menyambut kedatangan mereka tadi datang menegur.

“Sedap. Lembut. Wangi. Aroma satay dan kuah… terbaik punya. Pedas sangat pun tak. Rasanya tak berubah macam yang saya makan minggu lepas.” Asmahani memberi komen sambil menunjukkan jari LIKEnya.

“Terima kasih. Dan ini bill keseluruhan. Boleh bayar pada saya atau kat kaunter sana.”

Sambil Pak Samad mengeluarkan dompet dan wang, Asmahani sempat melihat wajah pemuda itu dan meneliti perwatakannya.

“Handsome juga mamat ni. Macam orang jenis baik-baik.” Fikirnya.

Mereka pulang dengan kekenyangan. Hati puas.

Bukan sekadar hidangan yang sedap. Service baik dan pantas. Mesra. Tak berkira. Teratur. Meja tak ada yang bertapuk dengan pinggan kosong. Nak bayar tak perlu beratur buang masa.

“Macamana budak tu?” Tanya Pak Samad mengusik anak daranya.
“OK… boleh tahan. Nampak macam orang baik-baik.” Jawab Asmahani.

Bersambung...
Like & Share lah ya.
Cendol-Durian-ABC-Ehmed-Sobri‎
Cendol Durian ABC Ehmed Sobri‎