Memang Seronok Berbisnez Bila Untung, Rugi Macamana? - CrazyDuck -->

Header Ads

Memang Seronok Berbisnez Bila Untung, Rugi Macamana?

Duduk lah dulu. Kalau sudi, boleh kita sembang biznes atau hal lain. Takkan ajakan nak sembang bisnez mahu ditolak. Lagi pun dia juga ada sikit hati sama ini pemuda. Dasyat lah awak ni, muda-muda macam ni dah jadi Manager. Multi National Company pula tu. Eleh, awak pun apa kurangnya. Konon meniaga satay saja, tapi kedai ni keseluruhan dia yang punya.
lilin-penghalau-hantu

Datang Tanpa Makluman Awal

“Err... bagi saya Teh Ais. Encik Rosli ada tak?” Asmahani membuat pesanan dan bertanya apabila dia ditegur mahu minum apa oleh salah seorang pelayan restoren.

“Ada-ada… sat saya contact dia. Kat belakang rasanya dengan Hilux dia tu. Turunkan barang.”

“Terima kasih…”

“Assalamu’alaikum…” Satu suara dari belakang kedengaran. Suara yang pernah didengari. Jantungnya tiba-tiba berdegup pantas.

Ini Rosli kot ni. Fikir Asmahani lalu mengalihkan pandangan ke arah datangnya suara itu.

Episod terdahulu No. 7: Mata Bertentangan. Jantung Berdebar. Apa Yang Turun Ke Hati?

“Awat mai tak habaq?”

“Tak kan orang nak mai kedai pun kena habaq kat tuan kedai.” Asmahani berseloroh cuba menghilangkan rasa gemuruhnya.

Toyota-Hilux-Priceprice.com
Gambar hiasan: Toyota Hilux-Priceprice.com

“Betul juga noh… ha ha … maaf. Salah soalan.”

“Sibuk tak sekarang ni?” Tanya Asmahani.

“Tak berapa dah… baru siap turunkan barang sat tadi.” Jawab Rosli sambil meletakkan dua gelas Teh Ais ke atas meja.

Kenapa Ada Rasa Berdebar?

“Proposal dan Quotation yang Tuan nak dah siap. Saya ada bawa sekali ni. Perlukan penerangan untuk Tuan faham sefaham-fahamnya.”

“Cantik… err…jom kita duk dalam sana. Kurang sikit gangguan. Sejuk pun sejuk.”

“Hmm... ya lah. Sejuk pun sejuk. Supaya senang faham sefaham-fahamnya.” Asmahani berseloroh lagi.

Entah apa pasal dia sendiri tak faham kenapa kali ini gementarnya lain macam. Padahal dia selalu saja berjumpa top-top echelon company besar-besar.

Dia juga berharap jenakanya membantu supaya Rosli tidak begitu kekok atau malu untuk bertanya. Sebatang lilin yang dinyalakan memberikan inspirasi kepadanya.

"Aku harap aku boleh perform macam lilin ni... kena tiup angin pun tak padam. Asap wangi pula tu." Dia membisikkan kata semangat kepada dirinya.

CCTV online dengan HandPhone?

Mereka berbincang dari satu tajuk ke satu tajuk.

Antaranya seperti faktor keselamatan duit tunai yang masuk. POS akan mengira semua jualan tunai dari berbagai jenis makanan dan minuman yang dijual.

Menyusun (sort) ikut kategori supaya senang mengenali jenis makanan apa yang paling popular dan bila. Ia boleh terus dijadikan graf.

Hasil kutipan tunai sebenar akan dibandingkan secara rahsia dengan hasil jualan. Dari sini admin POS akan tahu jika ada wang tunai yang hilang.

Boleh tahu cashier mana yang jujur atau tidak.

“Apa tujuan sebenarnya Tuan mahu POS ini.” Antara soalan yang dkemukakan oleh Asmahani.

“Untuk memudahkan saya dari segi pengurusan wang ringgit.”

“Dan feature seperti membuat pesanan menggunakan handphone terus masuk system dan sampai kepada bahagian dapur sangat membantu supaya pesanan tidak disalah hantar.”

“Persiapan pun boleh dilakukan dengan cepat.” Jawab Rosli.

“OK… satu lagi feature yang kita masukkan dalam software ini ialah Tuan tak perlu berada di kedai untuk tahu berapa jualan setiap hari.”

“Maklumat dari POS ini boleh terus masuk ke handphone tuan dan tuan boleh tengok carta dan jumlah jualan secara on-line. Di mana saja tuan berada.”

“Wah bestnya…” Rosli dengan teruja menerima saranan Asmahani.

Kebanyakan Restoren Besar Menjadikan POS System Sebagai Standard - Wajib Ada

“Sekarang ni dah jadi standard untuk restoren yang besar-besar. Toke dia mana ada kat situ. Dia monitor dari jauh. Kerja utamanya membangunkan bisnes. Bukan duduk dalam bisnes.” Terang Asmahani lagi.

“Kalau nak best lagi… pasang CCTV buat on-line dan tuan boleh tengok operasi tak kira berada di mana. Di oversea pun boleh nampak apa yang berlaku di sini.”

“Hanya melalui handphone yang tuan guna sekarang ni.”

“Tapi itu package lain. Kita bagi settle yang ini dulu.” Asmanahi membuat upsellnya secara halus.

Ia memberikan pengaruh psychology akan kehebatan POS dan on-line electronic system yang dibangunkan dan dijual oleh syarikatnya.

“Biar dia makan yang ini dulu. Lepas tu umpan lagi dengan package CCTV. Short intro tadi dia dah nampak faedahnya.” Asmahani berbisik dalam hatinya.

Dipendekkan cerita… Rosli bersetuju dengan package premium yang ditawarkan oleh Asmahani. Dan membayar 10% cengkeram sebagai tanda jadi.

Baki akan dibayar mengikut progress seperti penghantaran, pemasangan, latihan dan commissioining, performance guarantee dan terakhir serahan hak.

Product and Service Engineering Department

“Dalam sehari dua lagi Technician dan System Engineer dari Product and Service Engineering Department akan datang ke sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.”

“Maklumat ini akan digunakan untuk buat customized software khas untuk kedai ini.” Asmahani menjelaskan kepada Rosli.

“OK lah… dah selesai urusan bisnes kita. Boleh saya balik sekarang?” Tanya Asmahani.

“Ermm… masih awal ni. Customer pun tak ramai.”

“Malam baru banyak orang. Sebab memang kita fokus untuk operasi sebelah malam saja. Siang macam ni hanya menu simple-simple dan minuman saja.”

“Duduk lah dulu. Kalau sudi... boleh kita sembang hal-hal lain.” Pujuk Rosli.

Asmahani serba salah… dia baru saja dapat order confirmation.

Tak kan ajakan nak sembang mahu ditolak. Lagi pun dia juga ada sikit hati suka sama ini pemuda.

“Dasyat lah awak ni… muda-muda macam ni dah jadi Manager kat Branch Butterworth. Multi National Company pula tu.” Rosli memulakan sessi dialog hal-hal lain.

“Eleh… awak pun apa kurangnya. Konon meniaga satay saja… tapi kedai ni keseluruhan dia yang punya.” Balas Asmahani menukar arah tajuk perbualan.

Bersambung...