Mak Ayah Awak Masih Ada Sangat Beruntung - CrazyDuck -->

Header Ads

Mak Ayah Awak Masih Ada Sangat Beruntung

Imbauan wajah ibunya bermain difikiran. Alangkah seronoknya jika ibunya masih disisi. Tempat bermanja dan meluahkan segala kekusutan. Juga berkongsi kegembiraan. Dan dapat makan masakan dari tangan ibu yang sedap-sedap.

Mahu Mengulangi Zaman Kegemilangan Bisnes Restoren Ayah Bondanya

“Bukan saya yang punya laa. Saya bantu dari sudut pengurusan saja. Mak-ayah saya yang punya.”

“Mak-ayah punya… itu lebih kurang sendiri punya lah. Dan… untung awak. Masih ada mak-ayah. Saya ni anak yatim tau. Mak saya sudah tak ada. Meninggal akibat penyakit kencing manis.”

Doa-ibu-pembuka-pintu-syurga
Gambar: FB Al Munir

Tanpa disedarinya perkataan “tuan” sudah berubah kepada “awak”.

“Oh ya ka… I am very sorry to hear that.” Tiba-tiba terpacul bahasa speaking dari mulut Rosli.

Episod terdahulu No. 8: Bisnes dan Keseronokkan Dalam Berbisnes

“Terima kasih.” Ringkas jawapan Asmahani dan dia terdiam agak lama.

Imbauan wajah ibunya bermain difikiran. Alangkah seronoknya jika ibunya masih disisi.

Tempat bermanja dan meluahkan segala kekusutan. Juga berkongsi kegembiraan. Dan dapat makan masakan dari tangan ibu yang sedap-sedap.

“Jauh ngelamun… teringat kat mak ka?”

“Pandainya awak… Ya… memang. Saya sangat merindui mak. Saya tak sempat lama dengan mak.”

Jauh Berasingan Dari Mak

“Selepas darjah 6, saya masuk sekolah asrama penuh. Sampailah tamat Universiti. Saya terus berjauhan dengan mak.”

“Kemudian bila saya kerja di Penang Island, saya sewa rumah di sana. Hanya sekali sekala dia dan ayah datang. Saya pula sekali atau 2 kali setiap bulan balik kampung di Kuala Kurau.”

“Oh… orang Perak Utara rupanya. Tapi bahasa sama standard sini juga. Loghat utara.”

“Kat Kuala Kurau tu kalau tak salah saya ramai orang Banjar. Awak orang Banjar ka macamana?”

“Campur. Mak saya keturunan Melayu Kedah. Tu… Kampung Kedah mari.”

“Ayah saya memang keturunan Banjar, tapi saya tak pandai bercakap Banjar pun.”

Si Pemuda Yang Punya Wawasan

“Awak dulu belajar kat Universiti mana?” Asmahani mengumpan dengan soalan.

Padanya Rosli seperti seorang yang berpelajaran tinggi dan punya wawasan. Dia seperti tahu apa yang dia mahu.

“Oh… saya dulu belajar di UUM Sintok. Business Administration.”

“Patutlah… saya nampak awak ni lain sikit.” Ujar Asmahani.

Rosli tersipu-sipu. Mungkin malu pun ada. Ada Ijazah tapi jadi penjual satay.

Membahagiakan Ibu Bapa

Pada Rosli, dia bukan hanya sekadar mahu membantu ibu-bapanya membangunkan semula perniagaan restoren yang jatuh tersepuk akibat perbuatan khianat orang dalam.

Akibat kelalaian sendiri dan terlalu mempercayai… Satu pengajaran yang sangat berharga tetapi memeritkan.

Padanya, lebih baik berhati-hati daripada 100% mempercayai membuta tuli lalu ditipu dan dikhianati.

Dia mahu membangkitkan semula dan membesarkan perniagaan sehingga dapat sama taraf seperti beberapa restoren terkenal. Itu saja cara terbaik baginya untuk membalas jasa ibu ayahnya.

Dan membahagiakan mereka.

Menebus kembali maruah dari kejatuhan dalam perniagaan. Menutup mulut-mulut puaka dan mendiamkan mereka.

Tapi… dia perlu belajar selok belok dan tendang terajang perniagaan makanan ini terlebih dahulu. Banyak cabaran dan halangan untuk maju.

Berkuli dirumah sendiri. Memahami rentak dan kesukaan pelanggan.

Tapi tidak mengapa… ayah dan ibunya memiliki kemahiran memasak makanan kesukaan ramai. Hanya perlu pembaikan dari sudut receiving & delivery, customer service, pengurusan tenaga, dan kawalan aliran keewangan.

Dia mahu menggunakan POS System ini sebagai alat memudahkan pengurusan aliran tunai dan operasi. Customer service yang cekap tersangat penting.

Hal kemanusiaan ialah satu lagi aspek yang sangat mencabar. Terutama kesabaran berurusan dengan karenah manusia.

“Saya respect dengan orang yang macam awak ni. Berani. Ada wawasan. Tak mengharap dengan gaji tetap. Sanggup ambil risiko.”

“Berniaga bukan senang. Bukan ada jaminan untung. Kecuali rugi.”

“Ada masa turun ada masa naik. Yang sakitnya bila turun cepat ja, nak naik lambat nak mampus.”

“Macam-macam hal yang boleh bagi kepala sakit. Terutama dengan staff yang banyak alasan dan suka curi tulang. Atau juga curi duit dan barang.” Asmahani memberhentikan bebelannya.

“Pergh… awak ni terror betul. Patutlah Amoi hari tu panggil awak “Boss.”

Saya tengok di pintu bilik yang awak keluar tertulis perkataan “Branch Manager.” Sambut Rosli menghentikan percakapan dalam fikirannya tadi.

“Tajam pemerhatian awak ya…"

Kecurian Wang Tunai Di Premise Perniagaan Satu Perkara Lumrah

"Anyway… Apa yang saya nak cakap ni… aisay man… terlupa dah.” Balas Asmahani.

“Oh… ya. Pasal curi duit. Terutama duit dari laci. System POS ini senang nak detect staff mana yang jujur dengan duit bila dibagi tugas duduk kat cash register.”

“Betul… kalau satu hari collection ada ribu-ribu bila dia ambil RM 50 pun kita tak perasan. Saya cuma kekadang tu umpan dengan taruk extra. Tengok lepas kira nanti sama dengan jumlah dari resit atau ada lebih.”

“Dapat detect ja… saya ubah dia pergi bertugas kat tempat lain. Dan tak boleh dekat dengan cash register atau berurusan dengan duit.” Sambut Rosli.

“Ya... POS System ini akan banyak mengurangkan beban yang tak sepatutnya berlaku. Balas Asmahani.

“Oh… dah nak lewat ni. Saya kena gerak sekarang. Lambat nanti masuk peak hour jalan jam pula. Risau ayah kat rumah tu nanti.”

“OK-OK… nanti bila nak datang dengan Technician dan System Engineer bagi saya tau awal-awal. Takut saya tak ada di sini waktu depa sampai.”

“Tapi hari ni nasib ‘kita’ baik. Awak sampai saya pula ada.”

“Baiklah…” Jawab Asmahani.

Tapi dalam hatinya memang sengaja dia tidak memaklumkan kedatangan terlebih dahulu.

Nak buat spot check sekali. Sebab dia punya interest bukan sekadar mahu menjual POS System … lebih dari itu. Menjual CINTA.

Bersambung...

Like & Share lah ya.