Benarkah Kebijaksanaan Seseorang Terbentuk Sejak Ibu Mengandung? - CrazyDuck -->

Header Ads

Benarkah Kebijaksanaan Seseorang Terbentuk Sejak Ibu Mengandung?

Manusia itu lahir, jalani kehidupan, dan mati. Hanya individu itu yang mampu mengawal arah kehidupannya (ikhtiar) tanpa ada konsep doa, tawakkal, dan Qada & Qadar. Selepas mati, setiap orang itu hanyalah sebahagian dari kotoran / tanah. Tamat. Permainan sudah berakhir. Terima kasih dan selamat tinggal.

Mendapatkan Anak Yang Baik Dalam Banyak Hal Melalui Amalan Rohaniah

Otak-Manusia-adalah-sebaik-penciptaan
Gambar: overatedallan.blogspot.my

Manusia adalah sebaik penciptaan. Selain akal dan fikiran manusia dianugerahkan dengan satu hal yang ghaib… ia itu roh.

Manusia juga disuruh beriman dan beramal. Mempercayai perkara yang tak nampak dan setengahnya tak boleh dibuktikan dengan akal fikiran. Orang Islam sangat berbeza dengan Atheist. Percaya kepada Alam Ghaib ialah satu dari asas keimanan.

Pada Atheist yang tak percayakan Tuhan, manusia itu lahir, jalani kehidupan, dan mati. Hanya individu itu yang mampu mengawal arah kehidupannya (ikhtiar) tanpa ada konsep doa, tawakkal, dan Qada & Qadar.

Episod terdahulu No. 14. 10 Kategori Makanan Yang Baik Untuk Ibu Mengandung

Pada mereka, selepas mati, setiap orang itu hanyalah sebahagian dari kotoran / tanah. Tamat. Permainan sudah berakhir. Terima kasih dan selamat tinggal.

Pada mereka lagi, kewujudan manusia serta sekalian makhluk di alam ini hanyalah satu kebetulan. Tidak mempunyai asal usul penciptaan dan tidak kembali ke mana-mana selepas mati.

Apatah lagi mempercayai hari kiamat dan kebangkitan semula.

Sama seperti konsep penjagaan makanan. Iaitu mengelak yang tak elok dan berbahaya lalu memilih yang baik dan bermanfaat. Semuanya atas usaha sendiri.

Juga… makanan yang dimakan berakhir dengan menjadi najis masuk paip dan disimpan dalam kumbahan. Habis cerita.

Tidak ada konsep keberkatan. Tidak ada konsep memohon doa dalam penjagaan diri dan bayi ketika mengandung.

Brain-Cactus
Image: Magriet Conradie.
Lalu tersentuh dihati Asmahani… “Sekiranya aku hanya berteraskan amalan pemakanan untuk dapatkan anak yang sihat dan cerdik… aku tak ubah seperti orang Atheist ni.”

Hatinya meronta untuk mencari dari sudut rohani apa yang perlu dibuatnya ketika hamil nanti. Masanya akan tiba juga.

Ini sebagai persediaan awal. Mental preparation.

Memang… dia tahu dari pemerhatian dan ingatannya. Emaknya selalu menzikirkan anak kecil (sepupunya atau saudara rapat) yang masih dalam buaian.

Dia hanya melihat dan tidak mengerti apa-apa ketika itu. Yang kebiasaan dilihatnya, anak kecil yang dizikirkan ibunya akan menjadi tenang dan terus tertidur.

Baginya itu perkara biasa dan tidak ada apa-apa keistimewaan. Hanya sebahagian dari kebiasaan ibunya mungkin.

Tetapi hari ini sesuatu yang berbeza meruntun jiwanya. Tertanya dalam hatinya, jika zikir itu digantikan dengan lagu… adakah anak kecil itu akan jadi tenang dan boleh tertidur?

Tidak ada jawapan… dan dia terus menggodek handphone dan menaip beberapa keywords. Antaranya:-
• Doa amalan ibu mengandung.
• Doa semasa hamil dan amalan semasa mengandung.
• Amalan ibu mengandung menurut Islam.
• Doa, zikir, dan amalan semasa mengandung.
• Amalan doa dan zikir semasa mengandung dan memudahkan bersalin.
• Doa-doa khusus untuk anak dalam kandungan.
• Surah Al-Quran untuk ibu mengandung.

Anak Cerdik dan Surah Amalan

“Wah… terlalu banyak ayat-ayat dan doa yang disarankan sebagai amalan.” Fikirnya selepas membuat imbasan (scan) satu persatu artikel yang keluar.

Ada perbezaan antara amalan dan bacaan. Memang dia selalu membaca al-Quran, tetapi membaca sekadar membaca. Untuk ketenangan jiwa dan tentunya mencari redha Allah.

Juga doa-doa yang selalu dibawa selepas solat.

Tetapi yang dicarinya kini khusus untuk ilmu dan pengetahuan semasa hamil.

Dan untuk anak yang bakal dikandung dan dilahirkannya nanti. Suatu hari nanti… entah bila. Insya’Allah… ada rezeki pertemuan jodoh... akan adalah tu.

Banyak sebab kenapa orang membaca.
• Mahukan hiburan.
• Nak tahu berita terkini.
• Mencari maklumat teknikal.
• Mahukan panduan selesaikan masalah.
• Mahu mencari barangan tertentu.
• Mahu membeli pada harga murah.
• Suka-suka kerana memang dah punya sikap suka membaca.
• Peminat setia terhadap seseorang penulis
• Sementara ada masa baca sajalah… apa-apa pun...

Atau...

• Mahu mempelajari ilmu yang khusus.

Nak tanya sikit… jawab dalam hati pun tak apa, tapi kalau jawab dalam ruangan komen lagi bagus. OK... Soalannya ialah:-
• Apa yang membuatkan anda membaca artikel ini?. Jawab dalam hati ya. OK... sambung lagi pasal Asmahani punya kisah... lepas tu taruk jawapan dalam ruangan komen.

Asmahani masih ingat satu ketika diwaktu sekolah menengah, salah satu surah yang diajarkan kepadanya… ia itu:-
Surah Al-Alaq, Ayat 1-5.
(1) Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan
(2) Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
(3) Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah
(4) Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
(5) Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

Kalam – apa sahaja medium penulisan yang boleh digunakan untuk mengajar dan belajar.

Zaman atuknya dulu orang guna papan kalam dengan pensil batu. Hari ni kalamnya warna warni. Main sentuh tolak-tolak jer dengan jari.

Pokoknya… baca. Dan rajin membaca. Tak kisahlah apa juga medium yang digunakan.

Baca dan Terus Membaca

Membaca membuka pintu ilmu pengetahuan. Yang baik atau buruk. Tetap juga pengetahuan.

Bergantung kepada individu dalam memilih bahan bacaan.

Melalui pembacaan, ilmu pengetahuan yang bermanfaat mencerahkan kegelapan dan menghindari kebodohan.

Membaca perkara yang melalaikan menjadikan kita lagha membuang masa atas perkara sia-sia.

Dalam mencari ilmu pengetahuan dan supaya ianya ada keberkatan… ikut saja perintah Allah untuk memulakan setiap pembacaan dengan menyebut nama-Nya.

Supaya jalan kebaikan untuk kita terus dibuka oleh Rabb yang mencipta.

Dan terus mengajar kita akan hal-hal yang tidak kita ketahui.

Inilah iman, ketika kita meyakini bahwa segala sesuatu itu sudah bermula sebelum kelahiran, lahir dan menjalani penghidupan yang diakhiri dengan kematian, kemudian kembali kepada-Nya.

Bersambung... ya... cerita seterusnya akan menyentuh tentang doa dan ayat Quran yang khusus (atau untuk rujukan) bagi ibu-ibu yang mengandung atau bakal mengandung.

Macamana nak jadi ibu kalau tak mengandung.. ek?

Penutup... sementara mahu ke sana:-

Pengertian ringkas dari Surah Al-Baqarah selepas Surah Al-Fatihah:
Sesungguhnya inilah Kitab (iaitu Al-Quran) yang tiada keraguan di dalamnya. Hidayah (petunjuk, idea, bayangan, mimpi, perkara live yang dipertontonkan) bagi orang yang bertaqwa.

Maksud orang yang bertaqwa itu ialah mereka yang beriman dengan perkara ghaib, mendirikan solat, dan dari apa-apa rezeki yang diberikan kepada mereka, mereka infaqkan (sedekah, zakat perkongsian ilmu, nasihat dan sebagainya... malah senyuman yang memberi ransangan dan semangat).

Mereka inilah golongan yang beruntung kerana tetap mendapat petunjuk dari Tuhan.

Maka berdoa dan amalkanlah ayat-ayat atau surah tertentu ketika mengandung. Insya'Allah akan lahirlah anak yang baik pekerti dan yang berbakti kepada kedua ibu bapanya.

Butang ini sedang menunggu untuk disentuh... sentuh lah ek.. TQ!!!