Anak Pintar, Soleh dan Solehah Atau Kurang Ajar Itu Semua Satu Kebetulan? - CrazyDuck -->

Header Ads

Anak Pintar, Soleh dan Solehah Atau Kurang Ajar Itu Semua Satu Kebetulan?

Kehidupan ini tidak mempunyai asal usul penciptaan dan manusia tidak kembali ke mana-mana selepas mati. Setiap orang itu hanyalah sebahagian dari kotoran / tanah / debu selepas mati. Tamat. Permainan sudah berakhir. Terima kasih dan selamat tinggal.
Cat-playing-with-a-baby-in-a-bathtub-Kucing-dengan-baby

Kewujudan Manusia Serta Sekelian Makhluk Di Alam Ini Hanyalah Satu Kebetulan?

Kehidupan Ini Hanya Satu Kebetulan. Itulah pandangan, pendapat dan pegangan mereka; golongan Atheist. Kehidupan ini tidak mempunyai asal usul penciptaan dan manusia tidak kembali ke mana-mana selepas mati.
Selepas mati, setiap orang itu hanyalah sebahagian dari kotoran / tanah / debu. Tamat. Permainan sudah berakhir. Terima kasih dan selamat tinggal.
Belimbing Buloh sangat masam - FB Nur Diyana
Kemanisan, kemasaman, keenakkan, kesedapan, kandungan zat dan khasiat buah-buahan untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan semuanya kebetulan.

Pedasnya cili itu satu kebetulan.

Buah yang bergetah dan beracun itu satu kebetulan. Kuman dan penyakit itu satu kebetulan.

DNA dan genetic code yang terdapat di dalam biji benih yang kemudian tumbuh menjadi pokok dan mengeluarkan buah yang lembut sedap mewangi juga satu kebetulan.

Tidak ada konsep penciptaan (design & engineering)… pada mereka semuanya kebetulan.

Episod terdahulu No. 15: Manusia dan alam ghaib

Produk Research and Development Tak Pula Satu Kebetulan

Buat research (R&D), cipta barang macam computer & smartphone tu, masukkan programming & source codes, buat testing, test market response… barang laku keras sales berjuta berbilion… semua tu kebetulan?

Tidak pula mahu mengaku. Itu kami punya teknologi lah… kepandaian kami. Kehebatan kami. Teknologi produk tu kami yang menciptanya.

Tidak ada yang kebetulan dalam proses kejadian. Ianya satu penciptaan yang tersangat menakjubkan. Sesuatu yang hidup. Mempunyai roh, feeling, kecerdikan, kepercayaan, emosi, sikap, dan sifat.

Manusia boleh mencipta juga namun ciptaan yang tiada roh. Seperti robot, mesin, computer… dan lain-lain.

Membaca dan Mengamalkan Itu Tidak Sama

Pemahaman terhadap konsep dan erti surah Al-Alaq ini (dari episod lalu pada pautan) sangat penting bagi Asmahani dalam mengamalkan ayat dan doa tertentu sewaktu hamil nanti.

Melakukan amalan bukan kerana kebetulan dia akan termengandung. Tetapi kehamilan yang dirancang. Setiap perlakuan itu ada objektif dan nilainya.

Malah apa saja yang dilakukan setiap waktu setiap hari.

Ada niat, ada tujuan, ada cara perlaksanaan. Kalau perlu… ada pemantauan (monitoring). Dapatkan feedback dan jika perlu buat pembetulan.

"Doa dan amalannya mesti diiringi dengan tindakan yang selari. Barulah ada hasilnya apa yang diharapkan. Bukan sekadar berimpian dan berharap akan terima nasib baik. Mana mungkin." Asmahani mengingatkan dirinya sendiri.

Asmahani mengumpulkan ayat atau surah yang mudah dahulu. Sangat banyak doa dan surah yang boleh dibaca dan diamalkan.

Terlalu banyak nanti langsung tak terbuat. Tak boleh tamak walaupun dalam hal mencari ilmu.

Nanti jadi information overload. Tak tahu mana satu nak cekau. Tangkap lepas tangkap lepas.

“Mulakan yang mudah dan senang dulu. Dapatkan momentum yang berterusan. Lepas tu yang berat pun jadi senang” Fikirnya.

Senarai Doa dan Ayat Quran Yang Baik Diamalkan Oleh Ibu Mengandung

1. Surah Al-Fatihah sangat banyak khasiat dan kejaibannya. Menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan adalah sebahagian dari manfaatnya.

Boleh buat carian tentang cara perlaksanaan untuk tujuan tertentu. Banyak artikel yang berkaitan dengan fadhilat Surah Al-Fatihah dalam internet. Cara perlaksanaan bermaksud berapa kali pembacaan dan ketika mana ianya dilakukan.

2. Perlindungan untuk ibu dan anak dari gangguan yang bukan-bukan. Amalkan setiap malam sebelum tidur.
- Surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq, dan Ayat Kursi.

3. Doa memohon kerahmatan dan hati yang tidak berbolak-balik. Doa ini sering dibaca dengan beberapa doa lain setelah selesai solat.
- Ali Imran, ayat 8
(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)".

4. Doa untuk mendapatkan zuriat yang baik (soleh dan solehah)
- Ali Imran, ayat 38
Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa".

5. Agar anak yang dilahirkan peka dengan keadaan sekelilingnya, terutama terhadap ibu-bapa. Bersikap rajin dan berdisiplin (membawa erti kesyukuran)
- Surah Al-Nahl, Ayat 78
- Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.

6. Doa agar anak rajin mengerjakan solat juga memohon keampunan untuk diri dan kedua ibu-bapa.
- Surah Ibrahim, Ayat 40-41

- Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
- Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)".

7. Doa agar ibu-bapa kepada si anak dan anak itu patuh kepada perintah Allah
- Surah Al-Baqarah, Ayat 128
Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami.

Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

8. Doa agar diberikan zuriat yang memberikan ketenangan hati
- Surah Al-Furqan, Ayat 74
Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

Mengerti Akan Doa dan Ayat Yang Dibaca

Maksud "mengerti" ialah memahami dan menjiwai. Apabila ianya diungkapkan kita seperti berbicara dengan Allah. Meminta dengan bersungguh-sungguh. Spesifik apa yang diminta.

Bukan sekadar mengeluarkan bunyi di bibir atau bisikan dalam hati tetapi tidak tahu apa yang diungkapkan.

Jika ini berlaku samalah seperti burung kakak tua yang menyebut “selamat datang” kepada sesiapa sahaja yang lalu dihadapannya.

Samada pencuri atau pelawat… semuanya diucapkan selamat datang kerana tiada kefahaman dan pengertian. Nak disembelih pun katanya selamat datang juga.

Selain doa pendek yang boleh dihafal dan dimengertikan sedalam-dalamnya, banyak lagi surah yang boleh dibacakan selalu untuk anak yang bakal dilahirkan.

Membaca Surah Yusuf agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya.

Manakala Surah Maryam untuk memudahkan si ibu bersalin dan mendapat anak yang taat dan penyabar.

Memohon kerahmatan dan kemurahan rezeki (hujan): Surah Luqman Ayat 31-34:-
إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
➤ Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat.

➤ Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung).
 
➤ Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati.

➤ Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.

Kesimpulan: Tidak Ada Yang Kebetulan Dalam Hidup dan Dalam Mendapatkan Apa Yang Kita Mahu

Muhammad-Fatih-ZaidinManusia itu sebaik kejadian. Sungguhpun manusia boleh mencipta apa mahunya namun dari sudut kerohanian manusia itu hidupnya kosong tanpa konsep ketuhanan. Dengan iman dan akal manusia boleh memacu jasadnya untuk:-

Doa - Memohon hidayah dan petunjuk (dalam berbagai bentuk) untuk memudahkan seseorang itu menerajui jalan penghidupannya.

Usaha - Berdoa tanpa usaha ibarat nasi dan hidangan sudah dihadapan tetapi masih berdoa supaya kenyang.

Ikhtiar - Mencari jalan jika usaha yang dilakukan tidak membuahkan hasil. Berguru, bertanya, dapatkan mentor, mengambil tempat dalam seminar atau sesuatu program. Pokoknya tambah ilmu dan kemahiran.

Tawakkal - Dah habis buat apa yang perlu dibuat pada ketika yang sesuai bersama orang-orang tertentu dengan peralatannya... maka berserahlah pada Allah. Lagi apa boleh buat? Usaha kita punya hasil Dia yang bagi...

Bersambung... 

Kita lihat nanti apa nak jadi dengan si budak Asmahani ni selepas dia balik ke Penang. Bagaimana hubungannya dengan Rosli? Stay tuned eh...