Peluang Terbuka Ayah Pula Sedia Menerima - CrazyDuck -->

Header Ads

Peluang Terbuka Ayah Pula Sedia Menerima

Peluang tidak datang setiap hari. Sikap menunggu, beralasan dan bertangguh sangat mudah untuk diamalkan. Tidak memenatkan. Tetapi faedahnya langsung tak ada. Malah membahayakan. Hasil kerja meningkat bila kelengkapan cukup. Sikap “go get it” mesti ada untuk mendapatkan hasil yang lumayan.
Bawal goreng kicap cili padi - cookpad.com

Peluang Kerja Sudah Terbuka Kini Hati Ayah Pula Dibukakan

“Macam ni, pagi tadi si Halim tu ada bagi cadangan supaya kita cari ja rumah dekat-dekat dengan tempat kerja hang. Kalau kat Butterworth tu lagi lah senang nak cari rumah.”

“Errr… maksud ayah, kalau dapat rumah yang sesuai ayah nak ikut pindah duduk sekali dengan kakak kat area Butterworth?”

Asmahani cuba bersuara dengan se-selamba yang boleh untuk tidak menunjukkan keterujaannya.

Dalam perut… “Yeay… ayah setuju nak pindah ikut aku!!! Woohooo…”

Episode terdahulu No. 4: Kelihatan Letih Disuruh Balik Awal

“Mmm… macamana pulak dengan bendang, kebun nyoq, ayam, itik, kucin semua tu?” Asmahani cuba menduga ayahnya.

“Tu laa… kita cari rumah macam rumah kampung yang ada halaman. Senang ayah nak bela dan jaga depa tu.”

“Pasal bendang dan kebun nyoq… Halim kata ada ja orang yang boleh uruskan. Tiap bulan dan tiap musim mai kutip duit.”

“Dia tau siapa yang boleh dipercayai. Orang-orang tu selalu makan kat kedai dia.”

“Lagi pun setiap bulan ayah boleh agak berapa banyak buah nyoq yang boleh dikait. Harga pasaran pun kita tau. Depa tak boleh nak kelentong punya.”

“Tinggi rendah hasil waktu kemarau dan musim hujan pun ayah dah boleh agak.”

“Sama juga dengan bendang… setiap musim hasil yang kita dapat dah boleh agak kalau tak ada cuaca buruk atau serangan penyakit.”

Selepas Perluang Terbuka Ada Lagi Rezeki Yang Tak Disangka-sangka

Asmahani senang hati mendengar kata-kata ayahnya. Syukur Alhamdulillah… rezeki yang tak disangka-sangka rupanya.

Musibah terkandas dalam banjir kilat semalam membuka ruang dan peluang hari ini. Juga untuk esok-esok dan hari seterusnya.

Pulang ke rumah, senyap-senyap Asmahani melakukan solat syukur sebelum melakukan solat Asar dan hal-hal yang lain.

Masa masih ada. Lagi satu jam masuk lah waktu Maghrib. Dia mahu memasak sesuatu yang istimewa untuk ayahnya.

Dia memasak Bawal Goreng ala Restoren Kari Corner. Dia tahu itu kegemaran ayahnya. Dengan ulam bendi rebus. Dan gabungan sambal dari Restoren Kari Corner yang dibungkusnya tadi.

“Bill kata kalau kakak rasa tak nak pi ofis esok, ambik ja cuti.” Asmahani memberi tahu ayahnya ketika makan malam.

“Hang nak buat apa kalau tak pi kerja esok? Tidoq?” Tanya Pak Samad.

“Kalau ada depa kait nyoq kakak nak pi tengok. Boleh?” Pinta Asmahani.

“Buat apa… pacat banyak kat sesetegah kawasan.” Balas Pak Samad.

“Eleh… pacat apa takut. Boh ayaq tembakau ayah tu settle lah. Dia tak mai hinggap aih.”

“Suka hati hang lah… tapi esok memang ada depa nak kait pun.”

Selesai solat Isya’ Asmahani masuk bilik. Dan sebelum tidur dia menghantar WhatsApp kepada Bill memberitahu dia tidak datang kerja esok.

Ayahnya sekejap lagi akan pulang dari masjid, tapi pintu sudah dikunci dari luar oleh ayahnya. Asmahani boleh terus tidur semahunya.

Di masjid Pak Samad bertemu dengan Halim dan menceritakan apa yang berlaku petang tadi di Restoren Kari Corner.

Halim bersetuju untuk membantu Pak Samad.

Dia berjaya menghubungi orang yang boleh dipercayai bagi menguruskan sawah dan kebun kelapa Pak Samad.

Mereka akan bertemu esok di kebun kelapa tempat orang mengait.

Langkah seterusnya ialah mencari rumah sewa di persekitaran Butterworth.

“Bukit Mertajam, Bukit Tengah, Bukit Minyak, Juru, Sungai Dua… semua tu banyak rumah kampung.” Ujar Halim.

Dia mempunyai ramai kenalan dari sekitar Butterworth yang sering ke warungnya.

Mereka adalah pemborong ikan di Jetty Kuala Kurau selain di beberapa Jetty lain dibahagian Perak Utara dan Seberang Perai.

Pak Samad senang hati dengan pertolongan Halim. Orangnya baik dan ikhlas. Nak dibayar sagu hati cover duit telefon pun tak diterimanya.

Gentlemen’s Agreement

Pak Samad dan orang yang dicadangkan oleh Halim bertemu. Beberapa orang pengait kelapa juga sudah memulakan kerja mereka.

Selesai dengan persetujuan mereka ke warung Halim untuk membuat perjanjian. Dengan Halim sebagai saksi. Tidak ada janji bertulis yang dibuat. Hanya perkara-perkara asas yang mudah diingati.

Ianya lebih kepada gentlemen’s agreement.

Buat agreement tebal-tebal lengkap dengan pemati setem bayar duit lawyer… kalau orang nak tipu dia tetap boleh tipu juga.

Kejujuran dan keikhlasan lebih penting kalau nak bertahan lama.

Sessi Mengait Kelapa

Sementara itu Asmahani melihat kecekapan pengait menurunkan buah kelapa.

Tidak ada kelapa yang separuh matang diturunkan. Hanya yang layak dibuat santan atau kelapa kering sahaja.

Itulah ilmu dari pengalaman.

Tidak ada buku yang ditulis mengajar bagaimana mengait buah kelapa dan memastikan tidak ada kelapa muda yang terkait.

Kecuali yang khas untuk pasaran kelapa muda. Tetapi ianya dua pasaran yang berbeza.

Asmahani memerhati dari jauh. Dia melihat dengan teliti. Sambil membuat penganalisaan. Bukan sengaja tetapi memang sudah habitnya begitu.

Otak engineer memang suka membuat pengamatan dan menganalisa bila melihat sesuatu.

Teliti dan detail.

Tanpa disedari fikirannya mengaitkan apa yang dilihat dengan keadaan kehidupannya sekarang.

Terutama dengan apa yang berlaku sejak semalam dan hari ini.

Kemahiran Datang Dari Perlakuan Bukan Sebagai Penonton

Sebenarnya untuk menurunkan satu demi satu tandan kelapa yang sudah matang bukanlah mudah.

Pertama galah perlu ditegakkan dan dikawal dengan baik. Ia memerlukan kekuatan pada tangan dan kesimbangan pada kaki dan badan.

Lengoh ditengkok kerana sentiasa mendongak mungkin sudah tidak dirasai lagi. Kerana kebiasaan.

Memasukkan mata pisau ke tandan perlu menerusi ruang pelepah yang sempit dan boleh tersangkut.

Mengait-buah-kelapa-setinggi-60-kaki
Mengait buah kelapa setinggi 60 kaki

Tetapi kelihatan amat mudah si pengait memindahkan mata pisau dari satu tandan yang sudah dikait kepada tandan lain yang mahu dipotong.

Ketinggian pokok ada yang mencecah sehingga hampir 20 meter. Namun tidak sampai 10 minit setiap pokok siap dikait.

Pastinya pengait sudah melalui tahap sukar memahirkan diri dengan pengawalan galah dan mengelak risiko dari ditimpa buah atau pelepah yang terbang jatuh dengan laju.

Merujuk kepada apa yang dikatakan oleh ayahnya tengahari semalam sewaktu makan di Restoren Kari Corner dan juga komen dari Bill Bossnya sewaktu di pejabat:-
  • Musibah terkandas dalam banjir kilat semalam sebagai pembuka jalan yang membawanya ke kebun kelapa hari ini. Juga mendapat persetujuan ayahnya untuk berpindah.
  • Dalam kesusahan ada kenikmatan dan hikmah. Tetapi susah itu jangan lah pula sengaja ditempah.
  • Tidak ramai gadis dari kampong itu yang mendapat kelulusan Ijazah Kejuruteraan. Kerana ia satu bidang yang dikuasai oleh kaum lelaki. Satu bidang yang susah dan berat
  • Tidak mudah mengalah dalam menghadapi cabaran. Hasilnya dia menjadi staff yang sangat dihormati. “THE GEM in this company” kata Bill, bosnya.
  • Menghasilkan kerja yang berkualiti sehingga setiap lapurannya menjadi rujukan bagi ramai orang merupakan satu skill yang sangat istimewa.
  • Skill itu sesuatu yang boleh dipertingkatkan dengan belajar dan mempratikkan apa yang dipelajari.
  • Buat berulang kali sehingga menjadi. Kesilapan itu perkara biasa dan kegagalan itu penting untuk mencipta kejayaan. Orang yang tidak pernah gagal adalah kerana dia tidak pernah mencuba.
  • Kerja menjadi mudah kerana skill teknikal yang dipelajari digabungkan dengan skill kemanusiaan.
  • Kemahiran mengait kelapa itu tidak bergantung kepada usia. Tetapi kepakaran.
    • Sama juga dengan jawatan Manager yang di tawarkan kepadanya pagi semalam. Umur bukan ukuran tetapi kepercayaan pihak syarikat akan kebolehannya.
  • Sekarang kualiti kerjanya sudah menurun kerana fokusnya terganggu akibat badan yang keletihan.
    • Masa banyak terbuang dijalanan tanpa hasil. Fokus itu seperti pengait fokus kepada menjatuhkan tandan kelapa.
        Hanya badan yang sihat fikiran yang tenang tanpa gangguan (emosi, keletihan, atau pun bunyi notification dari handphone) boleh memberi ruang untuk otak fokus.
    • Setiap pekerjaan ada risikonya yang tersendiri. Kenalkan risiko itu terlebih dahulu dan siapkan jalan selamat (escape route) jika risiko itu menjadi kenyataan.
    • Memindahkan mata pisau itu seperti melakukan perbincangan (negotiation).
      • Kepetahan bercakap siap dengan bukti dan fakta dicampur dengan unsur kemanusiaan memudahkan kita untuk mendapat apa yang kita mahu. 
          Tanpa ada rasa kerugian dan kekalahan bagi satu pihak yang lain.
      • Untuk memotong pelepah dengan mudah, pisau yang tajam sangat membantu. Perlu direntap baru tandan itu putus.
          Begitu juga dengan hasil kerja. Alat mesti mau lengkap dan sikap “go get it” itu mesti ada untuk mendapatkan hasil yang lumayan.
      • Sikap menunggu, beralasan dan bertangguh sangat mudah untuk diamalkan. Tidak memenatkan. Tetapi faedahnya langsung tak ada. Malah membahayakan.
      • Hanya belum berkahwin, tetapi Asmahani sudah hampir mencapai definasi kejayaan, ia itu:-
      Dapat melakukan apa yang disukai, bila melakukannya, di mana, dengan siapa dan dilakukan sekerap yang mungkin.

      Setiap Orang Punya Kemahiran Tersendiri

      “Hang perati apa tu asyik sangat?” Tiba-tiba Asmahani ditegur oleh Halim yang datang bersama Pak Samad.

      “Oh… Pakcik Halim. He he… seronok tengok depa kait nyoq tu. Nampak macam simple saja.”

      “Tapi Hani tau ianya sangat susah. Saya langsung tak reti nak kawal galah tu. Nak turunkan buah… lagi lah. Mustahil untuk saya lakukan.”

      “Saja pun… depa pula kalau hang offer buat kerja yang hang duk buat kat kilang tu…. Mampus depa tak berani. Bukan kata nak cuba, dekat pun depa tak mau.”

      “He he … ya lah Pakcik Halim… betul juga tu. Semua orang ada kepakaran tersendiri, kan?”

      Dalam hati Asmahani… “I am the architect of my life through the guidance of doa. Insya'Allah...”

      Bersambung...
      Sebelum pergi, silakan tekan butang bawah ni ek.