Punya Ijazah Pilih Kareer atau Kasih Terhadap Ayahnya - CrazyDuck -->

Header Ads

Punya Ijazah Pilih Kareer atau Kasih Terhadap Ayahnya

Memiliki Ijazah, antara kareer dan kasih kepada ayah adakah Asmahani rela mengorbankan keinginannya? Ayahnya pula merasa tidak adil kepada anak yang baik ini. Tidak ramai gadis yang boleh mencapai kejayaan sama seperti anaknya.

Kasih Ibu Sepanjang Hayat Kasih Ayah Sepanjang Jalan Kasih Anak?

Asmahani meneruskan kehidupan bersama ayahnya dikampung. Rumah sewa di sebuah flat telah diserahkan semula kepada pemiliknya.

Setiap hari 5 kali seminggu dia berulang alik dari Kuala Kurau Ke Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas.

Episod terdahulu: Dilema Si Anak Dara Berijazah Kejuruteraan

Masa yang dihabiskan tidak kurang dari 3 jam sehari dalam kereta. Jika ada jem diperjalanan boleh mencecah sehingga 4 jam.

Ada Malang Yang Berbau dan Ada Malang Yang Tidak Dapat Dihidu

Asmahani sudah dapat membaca pergerakkan trafik. Dia tahu bila masa sesak dan perlu dielakkan.

Namun ada kalanya perkara yang tak dijangka berlaku boleh berlaku.

Terperangkap dan Terkandas Dalam Banjir Kilat

Suatu petang sewaktu pulang hujan ribut sudah menyerang.

Kelaluan yang biasanya lancar menjadi perlahan. Ada takungan air di atas jalan raya akibat masalah pembentungan dan perparitan.

Kawasan yang masih dalam pembaikkan. Aliran air tidak lancar. Banjir kilat sedang berlaku.

Dalam kekalutan sebuah kereta sudah mati enjinnya. Asmahani yang berada dibelakang kereta itu tidak boleh berbuat apa-apa. Dibelakangnya juga ada kereta.

Tiba-tiba enjin keretanya juga mati.

“Aduh… bagaimana ini?” Asmahani menggelabah.

Dia tidak dapat melihat apa yang ada di hadapan. Cermin penuh dengan air. Wiper tak larat. Bateri kereta semakin lemah selepas cubaan start beberapa kali.

Short circuit juga mungkin sudah berlaku. Sebagai seorang Electrical Engineer ini yang terlintas difikirannya.

Dia bertambah panik.

Dipendekkan cerita, orang ramai yang berada di kawasan itu membantu menolak beberapa kereta yang sudah mati ke tempat yang selamat.

Ini memudahkan kereta lain untuk bergerak.

Kereta tidak dapat dihidupkan dan Asmahani terpaksa menunggu bantuan dari mekanik berdekatan. Ditolong-panggilkan oleh seseorang yang baik hati.

Dia tidak dapat menghubungi ayahnya kerana handphonenya sudah kemasukan air.

Malang sudah bertimpa.

Dia mahu meminjam telefon orang lain tetapi belum berjaya. Public phone pula sudah tidak berfungsi. Hanya ada kotak dan tiangnya sahaja.

Dia risau akan ayahnya…

Ayah Asmahani Tertunggu-Tunggu

Kebiasaannya waktu ini mereka sudah makan malam bersama. Tetapi Asmahani belum pulang. Dan tiada apa makluman yang diterima ayahnya.

Telefon berdering… si ayah mengangkat dengan penuh harapan. Benar suara itu dari Asmahani.

Keretanya sedang diperbaikki oleh mekanik yang juga meminjamkan telefon. Sedikit masa perlu diambil untuk mengeringkan distributor yang sudah terkena air.

Ayahnya merasa lega. Asmahani juga lega kerana dapat memberitahu apa yang sedang berlaku.

Sejam kemudian Asmahani sampai di rumah. Kepenatan dan kelaparan.

Selesai mandi, makan, dan solat Isya… dia terus tertidur di atas sejadah.

Ini merupakan malam pertama Asmahani dan ayahnya tidak berbual. Dia terlalu kepenatan. Dan ayahnya memahami.

Sayu, Gusar, dan Runsing

Asmahani meneruskan rutin paginya menyiapkan masakan dan bersarapan dengan ayahnya sebelum pergi.

Pada waktu yang sama ayahnya memandang Asmahani dengan rasa sayu. Tiada perkataan yang terluah.

Selepas bersalaman dan mencium tangan ayahnya Asmahani pergi.

“Moga hari ini tidak berlaku lagi kekalutan di tempat semalam.” Fikirnya.
Pak Samad termenung. Tidak keruan dan tidak tahu apa yang mahu dilakukan.

Hatinya gusar. Fikirannya runsing.

Dia mengambil motor dan pergi ke sebuah kedai kopi. Bukan kebiasaannya makan di luar.

Memuliakan Pelanggan

“Lama tak nampak Pak Mad?” Tegur pemilik kedai bernama Halim.

“Saja laa… nak tengok kedai hang ni. Ada apa pepagi ni yang sedap?” Pak Samad menjawab seolah-olah dia belum bersarapan.

Dia perlukan seseorang yang sudi mendengar atau bertukar fikiran tentang sesuatu.

“Biasa saja Pak Mad oi… nak saya buatkan roti special yang Pak Mad selalu bungkus tu?”

“Boleh lah… tapi aku tak nak bungkus, makan di sini saja lah.”

Halim dapat merasa kelainan pada Pak Samad pagi ini. Tidak pernah atau jarang sekali dia makan di situ.

Setiap kali membeli hanya untuk dibungkus dibawa pulang.

Beberapa orang yang sudah selesai makan dan membayar lalu pergi. Tinggal Halim dan Pak Samad saja. Ini peluang Halim untuk berbual dengan Pak Samad.

Sebahagian dari rutin Customer Relationship. Pak Samad sebagai regular customer perlu dilayan sebaik mungkin.

Tak Teringin Nak Kahwin lagi?


“So Pak Mad… dah lama membujang. Tak teringin ka naik kahwin lain?” Tanpa merancang atau mempunyai niat tertentu soalan itu terpacul dari mulut Halim.

“Tak boleh laaa… anak aku si Asmahani tu pun tak kahwin lagi. Selagi dia tak kahwin aku tak mau fikir pasal diri aku nak kahwin lagi.”

“Payah Pak Mad kalau dia dok ulang alik pi bulan balik bulan… tak ada peluang dia nak bertemu jodoh dengan bakal laki dia.”

“Orang kampung ni memang payah sikit laa nak masuk. Depa takut tak sepadan dengan kelulusan dan pangkat dia yang besaq tu.”

“Betoi kata hang tu Lim oi.” Pak Samad menjawab sambil menyambut pinggan berisi roti canai sardine yang dibawa oleh pembantu Halim.

“Lagi satu aku risau juga pasal anak aku tu. Semalam kereta dia terkandas dalam ayaq bah, kat jalan yang depa dok repair tu. Nasib baik lah enjin tak rosak. Pandai pomen tu buat.”

“Awat tak cari rumah sebelah Penang saja. Pak Mad pi laa duduk dengan dia. Dia tak penat ulang alik. Masa pun tak banyak dihabiskan atas jalan. Peluang nak cari laki pun lebih cerah.” Usul Halim tanpa berselindung.

Pak Mad termenung mendengar cadangan Halim. Dia tahu itu cadangan yang ikhlas.

“Pak Mad risau pasal bendang ayam itik kucing semua tu ka?” Tanya Halim lagi.

Ayam-Serama-Cantik-Ekor-Panjang
Gambar: FB Ceek Juara
Pak Mad terus diam sambil angguk-angguk.

“Alaa… Pak Mad cari lah rumah kampong kat belah Penang tu. Mesti ada punya. Boleh laa bawa sekali ayam serama kesayangan Pak Mad tu.”

“Kucing pun tak susah nak bela. Duk rumah flat sungguh laa payah… tempat berak depa pun kena istimewa. Lebih mahal harga pasir dia dari roti sardine ni.”

Adilkah Aku Pada Si Anak Ini?

“Pasal bendang dan kebun nyoq Pak Mad tu ada ja orang yang boleh uruskan. Tak perlu Pak Mad risau. Bulan-bulan dan musim-musim terima duit saja.”

“Apa susah?”

Selesai makan dan membayar Pak Mad pun pergi. Ada benarnya pendapat dan usul dari Halim tadi fikirnya.

Kalau cepat Asmahani kahwin… dia pun boleh kahwin lagi sekiranya dia mahu. Biar anaknya bebas dengan keluarganya sendiri.

Dia tahu Asmahani akan menurut apa juga katanya. Dia seorang anak yang baik. Yang mahu membahagiakan ayahnya. Sekali pun kemahuan sendiri tidak tercapai.

Tapi itu tidak adil kata hati kecilnya.

Dia sedar bukan ada beberapa orang pun penduduk dari kampung itu yang anak gadisnya berjaya mendapat Ijazah Kejuruteraan dan menjadi Engineer di kilang electronic Multi National.

Bergaji besar.

Duit Bukan Ukuran

Sungguhpun dia mampu untuk menyara Asmahani dari segi wang ringgit walau apa pun yang diminta, dia tidak boleh menyekat cita-cita dan aspirasi anaknya.

Malah cucunya nanti juga akan mengikut jejak langkah Asmahani atau suaminya.

Kalau Asmahani berkahwin dengan orang sawah… sangat besar kemungkinan cucunya nanti akan jadi orang sawah juga.

Bagilah peluang itu pada orang kampung yang tidak berkelulusan tinggi.

Kecualilah kalau mengusahakan sawah bendang dan kebun kelapa setaraf perladangan komersial. Memang perlukan kemahiran pentadbiran yang bagus.

Pak Samad terus melayan fikiran dan sampai di rumah.

Telefon berdering… Asmahani memaklumkan akan pulang awal hari ini. Ada berita gembira yang mahu diceritakan. Bersambung... Silakan tekan butang LIKE kat bawah ya... TQ!!!