Polis Bersekongkol Dengan Sindiket Judi Dan Pelacuran di Puchong
Solidariti Rakyat Memerangi Rasuah (SRMR) Dan Salah Guna Kuasa
Salam buat semua rakyat marhaen, ini merupakan pendedahan mengenai KEGIATAN HARAM PERJUDIAN DAN PELACURAN YANG DILINDUNGI OLEH PEGAWAI POLIS BERPANGKAT ASP.
Polis Ambil Mudah – Serbuan Sekadar Lakunan Sandiwara
Saya merupakan salah seorang penduduk di kawasan Perumahan Saujana Puchong rasa terpanggil untuk membuat pendedahan ini kerana saya melihat pihak PDRM di kawasan ini mengambil mudah masalah berkaitan perjudian ini walaupun sebelum ini ada diantara penduduk Saujana Puchong telah menyampaikan rasa tidak puas hati melalui aplikasi whatsapp kepada KP Daerah Subang Jaya ACP Yahya.
Selepas perkara tersebut sampai kepada pengetahuan KPD, dalam 2-3 hari dapat dilihat pegawai polis sibuk melakukan operasi.
Seakan-akan mahu membanteras aktiviti tersebut tetapi malang sekali kerana tindakan tersebut hanyalah sekadar mahu menunjukkan dimata penduduk disini bahawa pihak polis ada melakukan serbuan.
Apa yang saya kesali selepas seminggu saya dapat lihat kedai-kedai mesin judi ini kembali beroperasi seperti biasa tanpa ada rasa perasaan takut dikalangan pemilik premis.
Saya Menjadi Penyiasat Persendirian (PI)
Saya mula rasa curiga dengan keadaan ini dan mula rasa ingin tahu apakah yang terselindung disebalik kegiatan ini.
Jadi saya pun memulakan sedikit siasatan untuk mencari punca-punca yang menyebabkan kedai mesin judi ini masih dibiarkan beroperasi.
Jadi saya pun memulakan sedikit siasatan untuk mencari punca-punca yang menyebabkan kedai mesin judi ini masih dibiarkan beroperasi.
Saya cuba menyamar menjadi salah seorang pelanggan dan memasuki kedai-kedai mesin judi di sekitar kawasan Saujana Puchong.
Ternyata kedai-kedai di kawasan tersebut amat susah untuk dimasuki dengan kawalan keselamatan yang ketat menggunakan cctv dan juga pintu masuk automatik.
Ternyata kedai-kedai di kawasan tersebut amat susah untuk dimasuki dengan kawalan keselamatan yang ketat menggunakan cctv dan juga pintu masuk automatik.
Setelah melihat keadaan kedai-kedai judi di kawasan Saujana Puchong, saya pun cuba meluaskan kawasan siasatan saya.
Hampir setiap kedai di kawasan Saujana Puchong, Pekan Batu 14 Puchong, Taman Puchong Utama berhampiran pasaraya AEON BIG dan kawasan Perindustrian Puchong Utama (Maju Jaya) telah saya jelajahi untuk mengesan kegiatan-kegiatan haram tersebut.
Saya yakin banyak lagi kedai-kedai judi yang belum saya temui.

Sindiket Jenayah Terancang
Sehinggalah saya dapat berjumpa dengan beberapa orang lelaki berbangsa cina yang bergelar PR (Public Relation) untuk setiap kedai mesin dan rumah-rumah pelacuran di kawasan Puchong.
Salah seorang daripada mereka bernama Kelvin (bukan nama sebenar). Beliau memberitahu saya beliau telah lama menjadi PR dan belum pernah ditangkap.
Beliau memberitahu saya setiap bulan beliau akan membayar wang perlindungan mencecah ribuan ringgit kepada seorang pegawai berpangkat Ketua Polis Balai Bukit Puchong bernama ASP Harikrishnan untuk melindungi setiap kedai mesin judi dan rumah pelacuran dibawah jagaan beliau.
Beliau berkata pegawai tersebut tidak mengambil wang tersebut dengan sendirinya.
Beliau menggunakan orang perantaraan (anggota bawah jagaan beliau atau kawan beliau) dan ada juga di tempat-tempat lain (kedai-kedai mesin judi dan rumah pelacuran lain) wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun bank yang bukan milik pegawai tersebut.
Ini bagi mengelakkan wang perlindungan (wang rasuah) ini dari diketahui oleh pegawai-pegawai atasan yang lain serta pihak SPRM.

Beliau memberitahu pegawai tersebut memang telah mengetahui tentang semua kegiatan-kegiatan perjudian dan pelacuran di kawasan Puchong ini.
Kata beliau lagi serbuan dan tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis hanya untuk memenuhi syarat dan menunjukkan bukti pihak polis membuat kerja tetapi sebaliknya yang berlaku.
Kata beliau lagi serbuan dan tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis hanya untuk memenuhi syarat dan menunjukkan bukti pihak polis membuat kerja tetapi sebaliknya yang berlaku.
Saya bertanya kepada beliau tidak adakah pegawai-pegawai yang datang membuat serbuan ke atas kedai judi dibawah jagaan beliau.
Beliau memberitahu saya sekiranya ada serbuan atau tangkapan melibatkan kedai mesin judi pasti mereka akan membawa barang-barang perkakasan mesin judi dari kedai-kedai ke Balai Bukit Puchong.
Kemudian mereka akan menghubungi PR dan meminta PR untuk membayar sejumlah wang bagi mendapatkan semula peralatan tersebut.
Kemudian mereka akan menghubungi PR dan meminta PR untuk membayar sejumlah wang bagi mendapatkan semula peralatan tersebut.
Tangkap, Jamin, Lepas – Bisnes Judi & Pelacuran Berjalan Seperti Biasa
Kemudian beliau (PR) akan pergi ke Balai Polis Bukit Puchong dan bejumpa dengan ASP Harikrishnan dan membayar wang jaminan sehingga mencecah ribuan ringgit.
Barulah pegawai tersebut akan melepaskan tangkapan dan perkakasan mesin judi tersebut dan dibawa balik dan kemudian meneruskan perniagaan seperti biasa dengan membayar wang perlindungan bulanan kepada ketua polis tersebut.
Begitu juga dengan keadaan rumah-rumah perlacuran. Katanya mereka akan membuat cara yang sama bagi menuntut bayaran dari PR dan kemudian akan membebaskan kesemua pelacur-pelacur untuk menjalankan kegiatan seperti biasa.
Katanya juga rumah pelacuran dibawah jagaannya juga terpaksa membayar wang perlindungan kepada ketua polis tersebut sama seperti kedai mesin judi.
Apa Guna Buat Lapuran Polis – Mereka Sendiri Yang Melindungi Penjenayah
Saya berasa tidak percaya dengan apa yang saya lihat dan dengar sendiri.
Masih lagi wujud pegawai-pegawai polis yang sanggup mementingkan duit poket dari melaksanakan tanggungjawab mereka.
Masih lagi wujud pegawai-pegawai polis yang sanggup mementingkan duit poket dari melaksanakan tanggungjawab mereka.
Setelah selesai siasatan saya yang memakan masa yang agak lama, saya meminta pendapat daripada sahabat-sahabat saya tentang perkara ini.
Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak berhubung dengan mana-mana pegawai polis dari Balai Polis Bukit Puchong, IPD Subang Jaya atau pun dari IPK Selangor.
Kerana saya yakin beliau mempunyai ramai kenalan berpangkat pegawai atasan yang boleh dibayar (dirasuah) untuk menutup semua kegiatan dan kesalahan beliau ini.

Saya masih teringat kata-kata dari Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sewaktu beliau mula menjawat jawatan TPM yang beliau akan memerangi aktiviti perjudian 100%.
Apakah TPM DS Ahmad Zahidi Akan Memegang Janjinya?
Kata-kata beliau "BUKAN SEKADAR AMARAN, MANA-MANA PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS, INDIVIDU, NGO, ATAU KUMPULAN TERTENTU YANG MEMBERIKAN PERLINDUNGAN KEPADA RUMAH-RUMAH JUDI TIDAK AKAN PERNAH TERLEPAS DARI TINDAKAN".
Jadi saya sebagai rakyat marhaen tidak suka dengan cara pegawai polis berpangkat yang bergelar Ketua Polis Balai Polis Bukit Puchong yang seakan-akan tidak menghormati dan mempedulikan langsung arahan yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri.
Saya berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bolehlah melakukan siasatan ke atas pegawai polis yang berpangkat ini dan saya juga meminta kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya di peringkat Bukit Aman untuk mengambil tindakan sewajarnya ataupun buat penukaran serta merta ke atas pegawai polis yang berkenaan bagi memulihkan nama baik PDRM.
Saya rasa tidak perlu untuk pihak PDRM memberikan jawatan atau melindungi mana-mana pegawai polis yang hanya mementingkan duit poket sendiri dari keselamatan awam.
Saya rasa sekiranya kegiatan perjudian tiada lagi maka jenayah pun mungkin akan berkurangan kerana majoriti kejadian ragut dan samun terjadi disebabkan oleh manusia terdesak untuk mendapatkan wang bagi tujuan tertentu.
Sekiranya saya mengambil tindakan dengan melaporkan sendiri perkara ini kepada pihak PDRM atau SPRM mungkin hanya akan dipandang sebagai kes yang ringan dan diambil mudah kerana ia melibatkan pegawai polis berpangkat tinggi.
Lapur Dimedia Sosial Sebagai Pengganti Lapuran Polis?
Artikel ini dipindahkan dari WordPress |
Jadi saya mengambil tindakan untuk post di facebook kerana saya yakin kuasa rakyat di media sosial lebih hebat dari segalanya.
Biar satu Malaysia tahu akan pendedahan mengenai kegiatan perjudian dan pelacuran serta salah guna kuasa dan amalan rasuah oleh pegawai polis yang berpangkat ini.
Saya berharap dengan kuasa media sosial ini tindakan yang tegas dapat diambil oleh pihak PDRM dan SPRM terhadap pesalah.
Semoga menjadi iktibar buat semua pegawai-pegawai yang berpangkat Ketua Polis di luar sana agar perkara yang sama tidak berulang lagi.
Kami rakyat sentiasa memerhatikan tingkahlaku anda sebagai pegawai-pegawai kerajaan yang diberi amanah.
Rasuah – Apakah Harapan Bagi Rakyat Masih Ada?
|
Jalankan tugas yang telah diamanahkan kepada anda dengan jujur dan ikhlas.
Jika dengan kuasa media sosial ini juga pihak PDRM dan SPRM tidak mampu untuk mengambil tindakan, saya sendiri akan cuba untuk berjumpa dengan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan memberi surat bertulis serta bukti bergambar kepada beliau.

Supaya beliau sendiri akan mengambil tindakan ke atas pegawai polis tersebut yang menyalah gunakan kuasa dengan mengambil wang perlindungan bagi menutup kegiatan judi dan pelacuran yang berleluasa ini.
Saya berharap dengan pendedahan saya ini tiada lagi pegawai-pegawai polis yang akan melindungi sebarang kegiatan jenayah termasuk kegiatan perjudian dan pelacuran ini. Integriti amalan kita tapi dimanakah integriti dalam hal sebegini.
Suara saya tidak melibatkan mana-mana parti politik mahupun NGO. Saya hanya insan biasa yang ingin melihat kedaulatan undang-undang.
Silakan share post saya ini jika anda rasa tindakan saya ini betul dan supaya tindakan dapat diambil ke atas pesalah tersebut. Meh tekan butang LOVE ni.
#AmarMaarufNahiMunkar
#BeraniKeranaBenar
SRMR (Solidariti Rakyat Memerangi Rasuah Dan Salah Guna Kuasa)
Thank you for your comments