Adakah Aku Sedang Dilamun Cinta? - CrazyDuck -->

Header Ads

Adakah Aku Sedang Dilamun Cinta?

Ini mesej dari siapa pula ni? Harap-harap dari awek semalam tu lah. Nombor ni aku tak kenal. Ya lah… aku pun tak ambil nombor dia semalam. Segan. Nanti dia kata aku nak mengorat dia pula.

Senyuman dan Lambaian Itu Akan Ku Ingat Sampai Bila-Bila

Rosli melambaikan tangan sewaktu Asmahani melintasi jalan sambil berpaling kepadanya. Lambaiannya disambut mesra.

“Hai… satu macam ja senyum? Awek mana tu? Comel lote lah.”

“Comel lote hang kata… smart nak mampus tu hang tau.” Rosli menjawab teguran dari salah seorang staffnya. Sambil cuba menyembunyikan kegirangan.

Hatinya sudah berbunga. Bunga-bunga cinta seakan berputik...

Episod terdahulu No. 9: Kedai Makan Milik Mak dan Ayah.

Bukan Syiok Sendiri

“Macamana perjumpaan hang dengan budak satay tu?” Soalan pertama Pak Samad sebaik saja Asmahani membuka pintu keretanya.

“Wah… ayah ni macam bercinta pulak.”

“Ya lah… ayah memang suka dengan budak tu. Baik. Nampak pandai. Macam serasi dengan hang.”

“Pandai ayah teka. Tepat. Dia memang budak U. Universiti Utara Sintok nun. Bidang bisnes juga. Nama dia Rosli.”

“Tak tahu lah ayah… kakak tak berani nak kata apa lagi. Masih terlalu awal. Tapi System POS yang kakak jual tu, dia dah setuju beli. Dah bayar 10% deposit pun.”

“Cuma kakak rasa dia belum ada girlfriend lagi.”

“Pasal apa hang kata macam tu?” Pak Samad agak teruja.

“Ya lah… zaman sekarang dengan handphone yang sentiasa di tangan."

"Orang kalau ada boyfriend atau girlfriend dan sedang di alam percintaan, handphone tu tak berhenti bergetar.”

“Dia tak pula macam tu. Handphone letak kat depan saja tapi dia tak kisah nak perati.”

“Selama lebih dua jam kami bincang sekali pun tak ada message masuk.”

“Ada panggilan pun cuma hal bisnes. Orang order satay kat dia untuk jamuan.”

“Tapi kan ayah… kakak rasa dia pun suka juga kat kakak.”

“Ni hang main teka ka atau syiok sendiri?” Tanya Pak Samad.

“Hari tu masa dia pi kat ofis, lepas keluar dari kedai… assistant kakak Cheryl tu kata dia toleh belakang.”

“Kemudian tadi masa kakak nak balik dari kedai dia, dia hantar sampai ke kereta.”

“Bila kakak lintas jalan, toleh ke arah dia… dia lambai dulu. Padahal kakak cuma nak pastikan jalan clear. Selamat untuk melintas.”

“Dia ingat kakak toleh kat dia. Kakak pun lambai lah balik.”

“Heh… macam-macam lah theory hang ni. Dah terpaut hati lah tuu… OK… ayah nak pi mandi. Sat lagi nak pi masjid. Maghrib dah nak dekat ni.”

“Baik ayah…”

Tak Boleh Tidur

Rosli merenung handphone ditangannya. Ada gambar dia dengan Asmahani.

Diambil curi oleh salah seorang staffnya ketika dia dengan Asmahani asyik dalam perbincangan tentang POS System.

Masih terbau-bau padanya minyak wangi yang dipakai oleh Asmahani. Lembut. Sangat memberi keselesaan.

“Eh… apasal dengan aku ni? Tak pernah aku aku syiok kat mana-mana perempuan pun sebelum ni.” Rosli menyoal dirinya sendiri.

Semalam rezekinya murah. Sataynya habis awal tapi sangat sibuk.

Harapannya bila POS system nanti sudah beroperasi urusan customer service akan jadi bertambah cekap.

Dalam kepenatan dia terlena.

Ketika separuh malam dia terbangun. Entah mimpi atau igauan apa. Tapi matanya tidak mahu lelap. Ingatan terhadap Asmahani terus bermain di kepalanya.

Keesokkan Hari

“Oh… lambat lagi ka dia nak datang ni. Bila lah service engineer tu nak mai. Aku harap dia ikut serta nanti.” Rosli bercakap sendirian.

“Awat hang ni Rosli… berangan sakan nampaknya” Tegur ibunya.

“Eh… mak. Tak berangan apa aih. Cuma penat. Semalam ramai sangat pelanggan mai serentak. Satay habis awal. Dah tu saya tak boleh tidoq pulak.”

“Eh… pelik. Sejak bila hang tak boleh tidoq? Hang ni jenis letak kepala tang mana pun boleh lena.”

“Hang teringat kat budak pompuan tu apa ka?”

“Tak da la mak…”

“Hang tak payah nak selindung laa… hang tu dari kecik sampai besaq ni dengan mak. Mak tau sangat perangai hang.”

“Sat mak naa… tu lori kayu arang dah sampai.” Rosli mengelak usikan ibunya pasal Asmahani.

Dia terselamat dengan ketibaan lori pembekal kayu arang.

“Aku tau laa… hang dah syiok dengan budak pompuan tu. Tak payah nak lari pi sibuk-sibuk layan lori kayu arang tu buat apa.” Ibunya bercakap sendirian.

Namun hatinya turut rasa gembira. Rosli belum pernah berkawan secara serius dengan mana-mana perempuan.

“Hmm… kalau sungguh dia suka kat budak pompuan tu… aku nak suruh dia kahwin saja. Cepat sikit aku dapat cucu.”

“Budak tu pun comel lote juga. Nampak macam orang baik-baik.” Ibu Rosli berangan lagi.

Tak Ikut Service Engineer

“Zzttt…zzttt…zzttt…” Telefon Rosli bergetar.

“Eh… mesej dari siapa pula ni?” Rosli tertanya dan dadanya berdebar.

“Harap-harap dari awek semalam tu lah…” Rosli mengharapkan mesej itu datang dari Asmahani.

“Nombor ni aku tak kenal. Ya lah… aku pun tak ambil nombor dia semalam. Segan. Nanti dia kata aku nak mengorat dia pula.” Bisik hati Rosli.

“Assalamu’alaikum… Tuan Rosli. Ini ada lampiran PDF. Mengandungi beberapa set soalan yang perlu dijawab supaya Engineer kami dapat buat coding untuk POS tuan tu.”

“Selepas semua soalan ini dijawab barulah boleh kami setkan dalam system apa yang perlu dan bagaimana kegunaannya nanti.”

“Jika lebih mudah untuk menjawab secara lisan saya akan aturkan Technician kami untuk ke tempat tuan.”

“Tuan boleh tanya dan berbincang apa-apa yang Tuan tidak berapa faham atau mahu tambahkan selain yang sedia ada dalam soalan yang disenaraikan.”

Terima kasih… Assalamu’laikum.”

Pendek mesejnya… 100% tertumpu kepada bisnes. Tak ada lencongan apa-apa.

“Hmm… tak ada pula dia sebut kata dia nak datang. Technician dia ja.” Rosli membebel bersaorangan.

Dia meneliti senarai soalan yang yang dilampirkan.

Memang… ada beberapa bahagian yang kurang difahaminya.

“Tersalah jawab nanti jadi lain macam pulak. Lain yang aku nak lain yang depa faham lain yang aku dapat.”

Rosli membuat keputusan supaya Technician datang untuk membantunya menjawab dan bertanya beberapa soalan penting. Tak boleh ada keraguan. Silap nanti susah.

Fikirnya.

“Terima kasih atas lampiran.”

“Saya sudah baca dan ada diantaranya saya kurang faham.”

“Sekiranya Cik Asmahani dapat menghantar Technician untuk membantu saya menjawab soalan-soalan ini dengan betul, sangat saya hargai.”

“Terima kasih.” Agak ringkas jawapan Rosli kepada Asmahani. Juga straight to the point. Business is business.

Dia penuh berharap agar Asmahani datang bersama dengan Technician nanti.

“Tapi… tak kan Manager nak buat kerja Technician?” Katanya dalam hati.

Telefonnya bergetar lagi…

“OK… kalau macam tu saya akan aturkan Technician datang berjumpa dengan En. Rosli. Paling cepat dua hari lagi.”

“Nanti akan saya maklumkan semula untuk confirmation. TQ.” Mesej dari Asmahani sebagai penutup bicara.

“OK… Terima kasih. Roger.” Rosli juga mengakhiri mesejnya.

Bersambung...

Like & Share lah ya... Terima kasih

Gambar: FB BabyZz Ninie

Senyuman dan Lambaian Itu Akan Ku Ingat Sampai Bila-Bila