Jalan dan Pintu Rezeki Yang Dibukakan - CrazyDuck -->

Header Ads

Jalan dan Pintu Rezeki Yang Dibukakan

Makan Malam Di Restoran Ahmad Ikan Bakar


 specialgear-box-mutton-or-beef-soup-with-crispy-fried-onion
“Ayah-ayah…” tiba-tiba Ah Matt dikejutkan oleh anak sulungnya.

“Oh… mana Pakcik Zam?”

“Dia kat luar masjid… ya… tu dia sedang pakai kasut.”

“OK-OK… jom.  Dah lapar ni.  Mak kamu dan adik dah keluar belum?”

“Dia orang semua ada kat luar dah.”

“So… macamana kita.  Nak terus ke Homestay atau cari makan dulu?”  Tanya Ah Matt pada Ah Zam pula.
“Ha…kita makan dulu lah.  Tapi kau janji dengan owner Homestay tu macamana?”

“Dia kata tak apa… nak sampai nanti dia kata mesej kat dia.”

“Aku dah tanya tadi, dia cakap ada kedai makan dekat sebelah kanan simpang kita masuk."

"Nama kedai tu Restoren Ahmad Ikan Bakar."

“OK lah … jom.”

Lima minit kemudian mereka sampai ke restoren dan masing-masing mengambil tempat duduk. 

Pelayan sedia tersenyum mengambil pesanan dalam bahasa loghat Kelantan / Selatan Thailand.

“Saya nak tambah lagi satu pesananlah”, Ah Zam bersuara ketika pelayan mahu berundur dengan set juadah yang dipesan tadi.

“Ye abe… nok tamboh gapodia lagi, saya terlupo ke tadi?”

“Oh tak-tak… adik tak terlupa apa-apa.”

“Saya cuma nak tambah order sup yang dalam gambar tu”, sambil Ah Matt menunjukkan kepada gambar sup tulang di dinding kedai.

“Boleh-boleh”, dan dia pun berlalu sambil memberi peringatan pesanan juadah dijangka siap dalam masa 20 minit. 

Keajaiban Rezeki Dari Allah – Yang Penting Usaha Kita

“Eh Matt… tadi saya nampak kau macam khusyuk jer dengar tazkirah Uztaz Bakhry tu?"

“Tak da lah… sekadar menghayati apa yang dia cakap jer. Dan kau macamana pula?” Sambut Ah Matt sambil mengajukan soalan. 

“Saya tersentuh betul bila dia cakap pasal keajaiban rezeki tadi.”

“Yang bahagian mana tu ya?” Tanya Ah Matt lagi.

Bank-Akaun-Maybank-dan-Bank-Islam-SRIRJ“Pasal bangunan rumah yang baru dibeli dan perlu dibuat renovasi untuk ubah jadi sekolah. Itu memerlukan perbelanjaan sebanyak RM 300,000.00.”

“Disamping tu setiap bulan perlu ada sekurang-kurangnya RM 30,000 untuk kos pentadbiran, guru dan sebagainya.” Jelas Ah Zam.

“Oh… bahagian tu.  Ya... saya ingat.”

“Cuma yang bestnya dia cakap masa setuju beli rumah tu dulu dia orang bukan ada cukup duit pun.”

“Tapi dengan keluar berdakwah sambil mengumpul dana macam yang dibuat tadi, dia orang dah berjaya kumpulkan lebih kurang separuh dari yang diperlukan.” Balas Ah Matt.

“Kau tau… kalau saya sendiri pun nak cari cash RM 300,000 dalam masa 3-4 bulan… pergh tergugat ooo.”

“Tapi itu lah… Ustaz tu cakap yakin pada pertolongan Allah. Akan dibuka dan dipermudahkan jalan."

"Buat kerja kerana Allah, bukan kerana lain-lain. Bukan kerana nak tunjuk kita ada itu ini.  Ikhlas saja dan penuh yakin akan pertolongan Allah.” Sambung Ah Zam pula.

“Yang penting… kita kena bergerak dan mencari.”

“Banyak mana kita boleh dapat itu urusan Allah nak bagi.  Kita buat saja. Unsur sedih atau stress tolak tepi.”

“Selawat banyak-banyak.  Allah dan Malaikat pun berselawat kepada Nabi. Dan sesiapa yang berselawat ke atas Nabi Allah akan selawatkan pula keatasnya 10 kali.” Sahut Ah Zam dalam nada persetujuan.

“Kau hulur banyak mana tadi?” Tanya Ah Matt pula.

“Adalah sikit – tapi elok kalau kita war-warkan benda dengan kawan-kawan lain atau masuk dalam internet ke.”

“Permudahkan kerja Ustaz ni untuk dia berdakwah.  Bantu dia supaya tak pening mana nak cari duit.  Saya ada ambil flyer sekolah tu” Jawab Ah Zam.

“Aku nak jumpa kawan nanti minta dia post dalam blog atau media sosial pasal Sekolah Rendah Islam Raudhatul Jannah ni.”

“Mudah-mudahan dana yang diperlukan akan cepat terkumpul dan Uztaz Bakhry lebih mudah kerjanya dalam menguruskan hal pentadbiran sekolah ini.”

“Flyer tu kau bagi aku lah ya.”

Dalam hati Ah Matt… memang sungguh apa yang Ustaz Bakhry tu cakap. Ini hati Ah Zam pula sudah terbuka untuk membantu.  

Dia sendiri akan berjumpa dengan kawannya untuk buatkan artikel dalam blog. 

Dalam diam dia teringatkan ungkapan-ungkapan tazkirah tadi tentang keistimewaan berselawat ke atas Nabi.

Hikmah Dan Keistimewaan Berselawat Ke Atas Nabi (SAW)

1. Sesiapa yang berselawat ke atas Nabi Muhammad (SAW), bererti ia telah melaksanakan perintah Allah ta’ala di dalam firman-Nya:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. (QS. Al-Ahzab: 56)

2.   Berselawat ke atas Nabi Muhammad (SAW) merupakan salah satu sebab terkabulnya akan doa seseorang. Ini berdasarkan hadis sahih dari Anas bin Malik (RA):-

كُلُّ دُعَاءٍ مَحْجُوبٌ حَتَّى يُصَلِّي عَلَى النَّبِيِّ
-       Setiap doa itu terhalang hingga ia berselawat kepada Nabi (SAW)

3. Sesiapa yang berselawat ke atas Nabi (SAW) satu kali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali.  Ini berdasarkan pada hadis sahih dari Abu Hurairah (RA):- 

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ عَشْرًا

4.  Sesiapa yang berselawat ke atas Nabi (SAW) sepuluh kali di pagi hari dan sepuluh kali diwaktu petang, maka ia berhak mendapatkan syafa’at Nabi Muhammad (SAW) pada hari kiamat. Hadis sahih berikut adalah dari Abu Ad-Darda (RA) yang menyebut:-

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ حِينَ يُصْبِحُ عَشْرًا وَحِينَ يُمْسِي عَشْرًا أَدْرَكَتْهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

5.   Berselawat kepada Nabi satu kali akan menghapuskan 10 dosa kesalahan dan meninggikan 10 darjat. Ini diambil dari hadits sahih Anas bin Malik (RA), bahawa Rasulullah (SAW) bersabda: 

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطَيَاتٍ وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ


Layan Fikiran Sebelum Layan Juadah

Ah Matt terus melayan fikirannya sementara menunggu hidangan sampai. Apakah dia sedang memikirkan akan sup tulang yang baru dipesan?


Sebelum pergi tu. Jom tekan butang LOVE ni. Terima kasih. Jumpa lagi ek.


No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.