Header Ads

Perempuan Merempit. Jantung Tak Kuat Jangan Baca

Selesai berentap dengan Nissan Skyline GTR Asmahani berhenti di Shopping Complex Mydin Gopeng. Mahu mencari fashion pakaian jubah dan kebaya. Nasibnya kurang baik. Beli on-line sajalah fikirnya.

Skyline Road Bully Tapi Aku Pun Tak Boleh Tahan Maa...

Sebelum meninggalkan bilik Hotel, Asmahani terlebih dahulu mengemas mana yang patut. Dia juga meninggalkan sedikit wang tip di atas meja dengan nota bertulis “Terima Kasih.”



5-Star-Hotel-Room

Dari Paradigm Mall, Asmahani mengambil beberapa jalan pintas melalui Taman Mayang dan terus ke tol Damansara. Pemanduannya santai. Tak perlu laju atau gopoh gapah.

Masa masih panjang. Dia mahu menikmati pemanduan jarak jauh. Pulang ke Penang. Sengaja tidak mengambil flight.

Episod terdahulu No. 16: Anak Pintar, Soleh dan Solehah Atau Kurang Ajar Itu Semua Satu Kebetulan?

Tak Suka Road Bully Tapi Aku Pun Terikut Juga

Tiba-tiba… VROOM… sebuah Nissan Skyline memintas secara kurang ajar. Mencilok. Darahnya menyirap. Hatinya panas. Semangat ayahnya Pak Samad tiba-tiba menerjah masuk.

“Cheese… mentang-mentang hang bawa Skyline ingat boleh potong orang ikut suka ka? Tunggu sat.” Asmahani menurunkan gear dan bermain dengan clutch.

Ditekannya butang turbo. Enjin mengaum dan pick-up membenamkan tubuhnya ke dalam kusyen.
Nissan-Skyline-GTR-34
Gambar: Nick Walker


Menjeling ke side mirror, line clear.

Pedal minyak ditekan sehingga rapat dan kereta meluncur bagaikan roket.

Sekelip mata dia sudah berada di belakang Skyline tadi. Dia tidak mahu memotong tapi mahu mencucuk.

“OK… meh tengok setakat mana hang boleh pi.” Dia masih berada ditahap gear 4 supaya enjin akan memberi response serta merta apabila pedal minyak ditekan.

Skyline dihadapannya seperti perasan sedang diekori rapat.

Kelihatan kepulan habuk keluar dari exzos 4 serombong Skyline. Menandakan gear juga diturunkan ke tahap rendah.

“Ya… dia juga mula memecut. Sudi berentap nih.” Asmahani berbisik dalam hatinya.

Pada tahap gear 4, keretanya tidak memerlukan moment untuk pick-up, terus saja menerjah laju. Instantaneous response.




RPM sudah berada pada tahap 4,000. Masih banyak ruang untuk enjin menghamburkan horsepowernya.

Jalan lapang dihadapan. Asmahani mahu menunggu masa dan tempat yang sesuai untuk memotong.

“Kasi ajar sikit ini Skyline. Kereta tua pun. Masih ada power, mungkin model tahun 2002 kot.” Dia tahu tidak lama lagi akan sampai di selekoh lanjut sebelum perhentian R&R Rawang.

Terus mengekori dari jarak 20 meter di belakang Skyline. Sekarang berada pada tahap gear 5 dan pedal minyak masih ada ruang untuk dilenjan.

Seolah-olah diminta dan dirancang, jalan lapang untuk mereka berdua. Kini masanya sudah tiba untuk Asmahani memacu pada top speed. Selekoh lanjut sudah sangat hampir.

Gear diturunkan pedal minyak ditekan. Bunyi turbonya menderum. Kereta meluncur tak sabar bagai orang mahu masuk tandas sakit perut nak terberak.

Badannya terbenam dikusyen akibat daya tarikan.

Dengan bantuan slipstream (sedutan angin) dari Skyline dihadapan, Asmahani memintas pada selekoh lanjut. Tayar belakangnya dengan kelebaran 295mm mencengkam jalan.

Tak perlu risau kalau gelincir. Dia tahu bunga tayar masih tebal.

“Hmm… ambik hang. Ingatkan terror sangat.” Puas hati Asmahani selepas memotong Skyline. Dia kini berada pada tahap hampir pada kelajuan maksima.

Kalau ada polis buat speed trap… sah memang kena punya.




Dia lalu melepaskan tekanan kaki di pedal dan memasuki lorong kiri.

“Cukup lah.” Kata hatinya.

Lalu menyambung semula pemanduan berhemah. He he… berhemah?

Asmahani membiarkan Skyline memotong sambil melihat pemandunya yang membuka cermin dan mengangkat tangan memberikan isyarat LIKE.

“Haaa… tau pun hang. Hang ingat perempuan semua penakut nak bawa macam racer ka?” Asmahani bercakap sendirian.
Jangan jadi road bully sekiranya anda juga tak suka dibuli. Kereta besar kuasa besar taruk emblem (lencana) bukan memberikan hak kepada anda untuk jadi pembuli jalanan.

Road Block - Adakah Dia Menjadi Mangsa Kesalahan Sendiri?

“Ooppss… ada kereta sebelah sana bagi headlight. Ada roadblock speed trap apa ka?” Hatinya berdebar.




“Nasiblah… kalau kena, memang patut pun. Belasah lenjan sampai nak habis meter. Tapi hati puas.” Fikirnya sambil terus memandu dibawah 120 km/jam.

Skyline sudah tidak ada dalam pandangan. Mungkin sudah sangat jauh meninggalkannya.

“Aahhh… memang ada roadblock ni.”

Asmahani sampai dikawasan di mana semua kereta bergerak perlahan. Selepas kawasan R&R Tapah.

“Betullah isyarat dari flash lampu headlight tadi. Harap-harap tak kena lah.”

Semua kereta memasuki satu lorong. Mana-mana kereta yang sudah kena speed trap diarahkan ke pinggir.

Tiba gilirannya seorang polis menahan. Hatinya bergetar tetapi Asmahani buat muka seposen seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Lagi pun Tapah dengan Rawang sangat jauh dan berlainan daerah kepolisian. Dia yakin tidak akan kena sambil menurunkan cermin kereta.

Pegawai polis itu hanya melihat roadtax dan memberi isyarat supaya teruskan perjalanan. Hah… lega… tapi debaran jantung masih belum reda.

Ya lah… yakin macamana pun kalau sudah buat salah, tetap tak akan boleh berselindung dengan diri sendiri. Dengan orang lain boleh jer buat muka confident seposen.

Kelihatan Skyline tadi berada di tepi jalan. Pemandunya berada diluar dengan sambil tangan gawang-gawang atas bawah.

Mungkin sedang berunding atau apa dengan abang polis yang menahannya.

Dari cermin pandang belakang Asmahani sempat melihat pemandu itu membuka penutup emblem pada bahagian depan kereta.

“Oh… patut pun bawa kereta macam nakharam. Ada emblem. Somebody yang bersangkut dengan politik kot. Undang-undang bukan untuk mereka. Boleh beli atau kawteam.”

“Biarlah…” Fikirnya dan terus memandu secara santai. Nasib masih menyebelahinya… terima kasih pada yang bagi isyarat lampu tinggi tadi.

Sekurang-kurangnya dia tidak tertekan pedal minyak melebihi had kelajuan. Pasang auto cruise saja. Kalau tidak senasib dengan pemandu Skyline tadi.

“Dia tak apa lah ada emblem. Aku? Nak nego macamana?” Pemanduan santai diteruskan.

“Eh… nak singgah Mydin Gopeng lah.” Terlintas dihatinya. Mahu mencari sesuatu untuk diri dan juga ayahnya sekiranya ada. Juga untuk ambil rehat.

Asmahani merayap-rayap dalam Shopping Complex Mydin. Teringat akan dia baju kebaya yang dilihat dalam gambar di Facebook. Juga beberapa jenis fesyen wanita yang lain.

Sangat menarik baginya.

Luxurious-and-stylish-Muslimah-fashionLuxurious-and-stylish-Muslimah-hijab-clothing
Gambar: FB Ummie Hani & Izzna Izat



Beautiful-and-stylish-Kebaya-fashionKebaya-fashion
Gambar: FB Hasrina Rosli

“Hmm… salah tempat ni. Tak apa lah…” Fikirnya

Jenis pakaian yang dicari tidak ditemui setelah memasuki beberapa kedai pakaian.

“Mungkin kena contact direct dengan yang menjual dalam FB/IG tu. Beli on-line pun boleh.” Bisiknya lagi sambil terus ke kawasan tempat makan.

Bersambung… apa ada kat tempat makan? Bagaimana hubungannya dengan Rosli?


Lagi Artikel Menarik