Kebahagiaan Hakiki Datang Dari Dalaman Bukan Dari Perhatian dan Pujian - CrazyDuck -->

Header Ads

Kebahagiaan Hakiki Datang Dari Dalaman Bukan Dari Perhatian dan Pujian

Teruja Dan Rasa Bahagia Apabila Dipuji


Dua ayat dari Dr. Richard Teo yang menceritakan tentang konsep kebahagiaan terkena tepat pada muka Ah Matt. 

Semenjak terlibat dengan “kerja sampingan” sememangnya setiap kali balik kampung dia akan pergi melawat saudara-mara ayah, ibu dan sepupunya. 
.
a-surgeon-who-enjoys-helping-others-near-his-death

Dia juga sering mengajak teman sekolah untuk pekena teh tarik.

Bukan tujuannya untuk merapatkan silaturrahim, tetapi untuk menunjuk dan menayang kemewahannya.

Ah Matt rasa bahagia dan teruja apabila dia dipuji dan disebut bernasib baik kerana berpangkat besar dan bergaji tinggi.  

Hidup senang dan mewah mahu apa semua boleh didapati.

Ayat di atas juga mengingatkan Ah Matt akan satu mutiara kata berbunyi:-
.

“Sesungguhnya adalah lebih mulia bagi seorang yang miskin berjalan dengan penuh integriti daripada sikaya yang kaki menipu dan mengambil apa yang bukan haknya.” 

Ya itu dulu… ketika dia tersesat dek egonya sendiri dicampur pula dengan ajakan kawan. 
Entah bagaimana video dikaca TV [KLIK sini untuk lihat] itu dapat mempengaruhinya untuk berubah. Itulah hidayah Allah gamaknya. 
.

“Instead of worshipping God, we worship wealth. It’s just a human instinct. It’s just so difficult to get out of it. We are all professionals, and when we go into private practice, we start to build up our wealth – inevitably.”
.

Bertuhankan Wang dan Kekayaan

.
success-and-inner-peace-Robin-Sharma
Sampai kepada ayat ini, mata Ah Matt bergelinangan.  

Memang pernah pada satu ketika dulu diwaktu kemewahan tidak terlintas padanya bahawa rezeki itu dari Allah. 

Sungguh benar, dia bertuhankan kekayaan dan menjadi hamba duit.  

Rezeki padanya hanya bergantung atas usaha sendiri. 

Tiada konsep keberkatan tetapi kebijaksanaan mencari, mengumpul dan mengurus.

Sekali-sekala apabila terpaksa mengikut rombongan ke majlis keagamaan atau Solat Jumaat ungkapan yang mengandungi salah satu dari ayat berikut sering didengarnya.

“Bahawa rezeki itu ada dimana-mana. Allah tidak akan membiarkan hambanya terus berada dalam kesusahan."

"Setiap ujian musibah itu Allah mengangkat darjat penerimanya."

"Selepas setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan. Barang siapa yang bertawakkal kepada Allah dia akan didatangkan rezeki yang tidak disangka-sangka”
                 
                              … dan bermacam lagi.

Pada Ah Matt ungkapan ini hanyalah dendangan seperti dendangan lagu-lagu yang berkumandang.  

Tiada inti tiada erti.  Hanya bait-bait puisi perlipur lara mengisi sepi. 

Hakikatnya tiada keyakinan dihatinya walaupun sekelumit.  

Yang ada ialah, aku usaha kuat dan berusaha dengan smart berurusan dengan orang yang punya kuasa dan pangkat pastinya akan membuahkan hasil.  

Yang lebih penting aku mesti tahu membodek dan mengipas orang-orang tertentu. 

Begitulah Ah Matt satu ketika dulu dimana harta kekayaan dijadikan sebagai pengukur akan kejayaan dan kebahagiaan.  

Walaupun dia sudah berubah jauh, namun masyarakat disekelilingnya terus mengamalkan konsep duit boleh memperbetulkan apa jua permasalahan mahu pun kesalahan.

Ada duit semua boleh jadi. Biasa dengar, kan?

Dari segi perlakuan dan kelakuan duit itu sudah dianggap Tuhan.  

Hanya ianya tidak disyahadahkan begitu – tetapi itulah sebenarnya apa yang berlaku.  

Jangan hanya dengar apa orang itu cakap tapi lihatlah perlakuannya – Ah Matt pernah diberi nasihat sebegini.
.

Settlekan Dosa Dengan Umrah?

Berjaya-Sports-Toto-and-KWSP
Gambar: King Jason FB
Gambar ini sebagai contoh yang sangat jelas. 

Apa hukumnya bila guna wang EPF untuk Umrah dan Haji — termasuk 100% dividennya? 

70% sumber dividen EPF bukanlah dari sumber yang halal (patuh syari'ah).  

Eleh sikit jer… macam taik cicak masuk dalam kolah. Air tu tetap boleh diguna untuk ambil wuduk. 

Oooo… Gitu, ek? 

Maka tak hairanlah ramai yang guna duit rasuah atau sumber yang tak jelas untuk dibawa ke Umrah setahun sebanyak 2 kali. 

Ada seorang teman tu sudah 28 kali buat Umrah – sangat berbangga lagi.  

Setiap kali pergi akan buat kenduri maka hebohlah sekampung – bukan sebab ibadah umrah itu tetapi kemampuan pergi banyak kali – sehingga berpuluh kali.


UMNO-people-and-UMRAH
Kerana itu benar sangatlah apa yang dikatakan oleh Richard Teo, “Instead of worshipping God, we worship wealth.”

Sekiranya pahala yang dikejar dan Redha Allah yang dicari, sangat benar apa yang tertulis pada gambar di sebelah.

si-miskin-yang-berhati-muliaTidak perlu berjauh-jauh ke Mekah.  Di sekeliling kita ramai yang sangat memerlukan.

Contoh yang diberikan dalam artikel sebelum ini ialah seperti Sekolah Rendah Islam Raudhatul Jannah: Akaun Bank Islam - 020 570 100 32592

To worship God you don’t have to be in Mecca – alangkah baiknya jika Dr. Richard Teo menulis begini, kan? 

Tak apa… disebabkan dia tak tulis tak apa biar saya yang tulis… ha ha ha … sekali lagi - To worship God you don’t have to be in Mecca!!!
.

Soalan penutup bagi episod ini dan JUGA INI:-

1. Agaknya berapa orang yang akan terkesan dengan tulisan ini? Iaitu, memililki segala yang kita impikan bukan sebenarnya kunci kebahagiaan.

Memang betul segalanya memerlukan wang dan ketiadaan wang itu amat mudah menimbulkan stress dan pelbagai masalah termasuk masalah rumah tangga. 

Sport-cars-racing-at-Sepang-Race-Circuit-on-the-weekend

2. Kenapakah semakin mudah seseorang itu membuat duit degan cara yang tidak halal atau kurang beretika, semakin sombong sikapnya?  

Hati mereka menjadi keras dan sikap peri kemanusiaan semakin hilang.  

Cer tengok gangster, perompak dan yang seangkatan dengan mereka... camana perangai?

Kepentingan diri menjadi keutamaan dan menunjuk-nunjuk menjadi kebiasaan. 

Anda orang yang begini?  Kalau baca sampai sini… saya yakin tak lah gitu orangnya.

3. Memang segalanya memerlukan wang walau pun wang itu bukan segalanya.  

Rasanya ayat ini seperti sudah tidak relevant lagi di zaman ini.  

Kerana sangat ramai yang meletakkan wang itu sebagai ukuran dan sebagai penyebab untuk melakukan sesuatu.

Tanpa wang tak ada benda yang boleh digerakkan.  

Wang sudah dianggap seperti tuhan kerana ianya adalah segala-galanya. Ada wang semua boleh jadi.  Astaghfirullah-al-Adzim…

Baca sambungan episod seterusnya "Air Kelapa Muda Di Pinggiran Sawah"

Ada rasa nak tekan butang ni tak?. Jom laa tekan butang LOVE ni.


No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.