Ibu Mengandung Baca Ini - 10 Kategori Makanan Yang Baik Untuk Bayi Anda
Ladang Kurma-Dates Estate Plantation Orchard
Sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai 2 kategori pemakanan yang baik untuk ibu mengandung telah diceritakan pada artikel sebelum ini - siri ke 13 iaitu:-
Jenis Makanan Yang Perlu Diambil Oleh Ibu Mengandung
Artikel ini menyambung dari kategori ke-3 sehingga ke-10. Termasuk juga disenaraikan keistimewaan dan khasiat buah kurma. Selamat membaca dan semoga ianya memberikan anda manfaat.3. Ubi
Kentang, lobak merah (carrot), dan ubi keledek mengandungi carbohydrate, vitamin A, fiber dan folic. Pucuknya pula, terutama keledek merah boleh membantu sebagai milk booster.“Hmm, kat rumah ada ruang tanah yang boleh tanam ubi keledek merah. Mudah ja ni untuk hidup. Ayah mesti tau macamana nak jaga. Kalau beli, selalunya ubinya saja, jarang terjumpa daun ubi keledek dijual.” Ngomel Asmahani sendirian.
4. Bijirin
Selain dari nasi yang bijirinnya beras sebagai makanan ruji, terdapat beberapa bijirin lain yang patut dimakan.Pulut hitam, jagung, oat, barley, brown rice, dan gandum, yang belum diolah kepada produk lain seperti tepung sangat baik dan berkhasiat untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.
Tepung gandum dan yang seangkatan dengannya kebanyakannya telah melalui proses pemutihan (bleaching) meggunakan bahan kimia seperti peroxide.
5. Kekacang
Semua jenis kacang mengandungi protein. Antaranya yang biasa digunakan dalam bubur ialah seperti kacang hijau, kacang dal dan kacang merah.Kacang jenis yang dimakan begitu saja (selepas direbus) seperti kacang tanah, kismis, kacang badam (almond) juga sangat baik untuk perkembangan bayi, terutama bahagian otak.
Untuk ibu yang berpuasa Ramadhan pula amalan memakan kacang gajus dan buah tin ketika sahur dan waktu berbuka sangat disarankan.
Dua jenis makanan ini sama seperti kacang badam, baik untuk otak dan mengandungi banyak fiber. Perut akan terasa kurang lapar ketika berpuasa.
Bagi yang menyusukan baby, dua makanan ini membantu supaya kandungan susu tidak menurun akibat puasa.
Kurma juga… tapi boleh dikategorikan dalam kacang tak? Sila lihat di bahagian penghujung artikel ini tentang keistimewaan kurma.
Kacang Badam Baik Untuk Ingatan Yang Kuat
Kanak-kanak timur tengah terutama para penghafal al-Quran menjadikan kacang badam sebagai makanan wajib. Ia sangat membantu memperolehi daya ingatan yang kuat.Dan daya ingatan merupakan salah satu faktor kebijaksanaan, kepandaian dan kecerdikan.Manakala kacang jenis sayuran seperti kacang buncis, kacang panjang, bendi dimasak bersendirian atau dicampur dengan bahan lain seperti daging, ayam dan ikan.
Dalca ialah contoh terbaik. Oohhhh… sedapnya…
“Untuk kuah satay, Rosli guna kacang tanah… Kalau dia guna kacang badam dan gajus… lagi sedap apa ka? Lain sikit dari kebisaaan.” Tiba-tiba dia teringat akan satay Rosli yang sedap tu.
Seperti ada ketagihan pula…
“Mmm… nanti balik nak ajak ayah pergi lah… ayah mesti suka nak tengok bakal menantu dia. Heh... berangan lebih aku ni. Orang tu tak ada apa aku yang syiok sendiri.” Asmahani tersenyum.
6. Daging – Lembu, Ayam, Kambing
Selain membekalkan protein seperti ikan dan kekacang, daging sangat baik untuk pertumbuhan bayi dan penyusuan.Sebaiknya lemak daging dibuang dahulu.
Kulit ayam mengandungi peratusan lemak yang tinggi. Lemak ini pula menyimpan hormone yang disuntik untuk mempercepatkan pembesarannya.
Ayam kampung yang real kampungan… tak apa. Tak ada suntikan hormone atau bahan makanannya yang mengandungi unsur bukan asli.
Tapi perlukan masa yang lama untuk dagingya empuk. Tak macam ayam bandar.
Gunakan pressure cooker bagi mempercepatkan proses memasak.
7. Telur
Cukup amalkan 2 biji telur setiap hari. Lebih sangat kuat kentut dan menggemukkan.Sangat baik untuk pembentukkan dan perkembangan otak. Ia mengandungi 12 jenis vitamin dan sesetengahnya diperkayakan dengan Omega-3.
8. Susu dan Makanan / Minuman Berasaskan Susu
Susu dari lembu atau kambing mahu pun unta memang tidak ada persoalan lagi tentang kebaikkannya untuk kesihatan.Susu Kambing: Mohd Faisal Basri@Pak Faisal KS |
Cuma pada yang mempunyai alahan (lactose intolerance) susu dan produk yang diperbuat dari susu boleh mengakibatkan sakit perut, cirit birit, bengkak dan kegatalan.
Bengkak dan gatal pula di bahagian yang sensitive…Uwaaa!!!
Dutch Lady, Marigold, dan Hi-Goat adalah antara brand yang dikenali untuk produk susu lembu dan kambing.
Keju (cheese) yang telah melalui proses pasteurization lengkap, yogurt, dan dadih adalah contoh produk hiliran dari tenusu.
Ibu mengandung disarankan mengambil produk tenusu ini setiap hari. Ia membekalkan calcium untuk pembentukan tulang dan gigi bayi.
Rujukan lanjut:
➤ Risiko berat akibat kekurangan calcium ketika mengandung.
➤ Pregnancy and childbirth.
Bukan itu sahaja… kekurangan calcium ketika mengandung boleh mengakibatkan gigi ibu cepat reput dan kehilangan kepaduan pada tulang.
Selalunya dikenali dengan penyakit osteoporosis.
Calcium juga dibekalkan dengan memakan sayuran hijau seperti bayam, kacang badam (almond) dan jus oren yang diperkayakan dengan calcium.
9. Makanan Dari Laut (Seafood)
Sama seperti telur, kebanyakan ikan segar mengandungi Omega-3 dan DHA. Sangat baik untuk otak bayi. Omega-3 dan DHA dikenali sebagai perangsang untuk bayi menjadi pintar.Ikan yang sudah diproses (terutama sardine dalam tin) elok dielakkan kerana berkemungkinan besar sudah mengandungi bahan pengawet.
Manakala ikan air tawar seperti haruan sangat baik untuk selepas bersalin. Sehinggakan dibuat pati ikan haruan.
10. Vitamin dan Multi Vitamin
Ini untuk mereka yang tak sempat memasak sendiri atau mahu jalan ringkas lagi tepat. Banyak rujukan dan juga iklan tentang vitamin dan multi-vitamin untuk ibu mengandung.Senang sangat nak cari… dan Asmahani tidak terlalu berminat dengan aspek ini.
So… tak perlu diperturunkan dalam artikel ini. Dia nak yang ori saja bukan synthetic atau bahan makanan yang sudah di proses.
Songel juga si Asmahani nih… dah Lady Boss cakap macam tu… kita ikut jer lah.
Hatinya puas dapat bersendirian tanpa gangguan apa-apa atau dari sesiapa.
Bagus juga sekali-sekala dapat keluar macam ni. Semua kerja sudah di-serahkan (delegate) dan Asmahani boleh menyendiri sepuasnya sebelum balik ke Penang.
Setakat ini maklumat yang didapatinya ialah dengan pengamalan makanan. Lebih tertumpu kepada yang zahir. Yang fizikal. Yang boleh disentuh.
Dan yang boleh dibuktikan secara sains atau pemerhatian.
Perkara Yang Zahir vs Hal Yang Ghaib
Cerita tentang Asmahani dan dunia percintaan serta kareernya bersambung lagi… dengan hal yang ghaib pula.Yang tak nampak tapi ada dan boleh dirasai. Eleh... macam graviti dan angin. Nampak? Tak nampak tapi ada. Kalau tak ada... kita semua pun sudah tak ada dah.
Keistimewaan Buah Kurma
Ini bukan dari Asmahani punya cerita, tetapi penulis tambah sendiri.Kurma mengandungi zat-zat yang memberikan banyak manfaat kepada tubuh manusia. Di sini disenaraikan 18 manfaat utama buah kurma. Ianya hasil dari perkongsian oleh Tuan Razali Ishak dalam status facebook beliau.
- Mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mencegah saluran darah dari tersumbat.
- Mencegah barah usus besar serta mencegah penyakit buwasir. Mengurangkan risiko pembentukan batu hempedu. Untuk ibu hamil, kurma mengandung serat (fiber) dan gula serta mudah untuk penghadaman.
- Ia mengandungi fluorine yang mencegah kerosakan gigi.
- Mencegah keracunan kerana mengandungi natrium (sodium), gallium dan vitamin C.
- Membantu menstabilkan kandungan darah merah hasil dari zat besi, tembaga, vitamin B-2 yang terdapat dalam buah kurma.
- Menguatkan tulang kerana kurma kaya dengan kalsium, fosfor, dan vitamin A.
- Membantu meningkatkan selera makan dan membantu seseorang untuk fokus terhadap apa yang dilakukan kerana zat gallium.
- Magnesium dan tembaga dari kurma membantu mengurangkan perasaan gemuruh akibat debaran jantung (nervous).
- Kandungan Boronnya membantu mengawal / mencegah penyakit pada sendi dan otak.
- Boron dan Vitamn A juga mencegah mati pucuk atau kelemahan tenaga batin.
- Selenium sebagai anti-barah (kanser).
- Melembabkan kulit dan mata. Vitamin A dari kurma ini mengurangkan rabun malam. Cornea mata cukup kelembapan.
- Vitamin B1 merawat usus dan ruang penghadaman.
- Perawatan untuk rambut gugur dan stres mata serta selaput lendir rongga mulut serta inflamasi bibir karena mengandung vitamin B-2.
- Vitamin niacin merawat inflamasi kulit.
- Vitamin C dari kurma ini baik untuk penyembuhan kudis. Penyakit sesak nafas (asma) juga dihindarkan dari pengamal kurma.
- Vitamin C ini juga merawat penyakit gusi dan memberi kekuatan pada otot lain.
- Kandungan klorin, natrium (sodium) dan gallium dalam buah kurma juga merawat sakit perut.
Butang ini jangan dibiarkan kesepian ya... TQ.
LIKE and Share lah...
Thank you for your comments