Nak Bagi... Bagi Jer lah Kenapa Perlu Syarat? - CrazyDuck -->

Header Ads

Nak Bagi... Bagi Jer lah Kenapa Perlu Syarat?

Lelaki busuk itu sedang tersenyum kepadanya. Ada yang beredar kerana tidak tahan akan bau yang menusuk. Mungkin juga mereka terlalu geli untuk berdekatan dengan dua lelaki ini. Si isteri bingung tetapi tidak berupaya untuk bergerak kecuali kekal dalam barisan.

Totota Lexus ke Nissan Infiniti?

 "Amboi… romantik sungguh depa noh. Jalan siap pegang-pegang tangan lagi.”

“Wooo… kalau muda sikit kita kata baru kahwin pun orang percaya, tau!!!”

Gambar: FB Kedah Darul Peace
Dengan ikhlas sambil berseloroh Mak Long Munah menegur ketika Ah Matt dan isterinya menghampiri pintu pagar rumah.

"Saja pun, kalah orang baru kahwin tu.” Balas Ah Zam berseloroh menambah perisa.

Tiba-tiba sebuah kereta Toyota Lexus, eh bukan… Nissan Infiniti sampai dan memasuki pintu pagar. 

Ah Matt dan isterinya tercegat sebentar kerana memberi laluan kepada kereta itu.

Dia kenal logo Lexus dengan bentuk L-nya...  so dia yakin ini memang Infiniti dari Nissan.

Pemandunya membuka cermin dan memberi salam kepada Ah Matt. Mereka pun bersalaman.
Nissan Infinity sport utility wagon
Nissan Infiniti
"Ini abang saya. Dia baru sampai dari KL dalam perjalanan mahu melawat mertuanya di Kulim.”
.
“ Kebetulan saya ada di sini dan dia juga sudah lama tak datang rumah Mak Long Munah ni."

"So, dia ambil kesempatan untuk singgah dan ramaikan lagi majlis yang tak dirancang ini.” 

Ah Zam memperkenalkan Ah Zim kepada Ah Matt setelah Ah Zim sekeluarga keluar dari kereta.

Ikan Sepat Masak Sambal Cabai (Cili) Kering

.
Gambar: kakinakl-wordpress
“Abang duduk lah dulu kat sini… dia orang sedang siapkan air minuman tu.”

“Mak Long cakap dia masak ikan sepat sambal cabai kering. Dia tau itu abang punya favourite.  Ikan fresh baru naik dari sawah."

"Mesti abang dan akak suka. Sepat Siam besar punya.”

“Hari ni memang abang langkah kanan – Sepat Siam kegemaran abang dah siap dimasak.  Budak-budak ni pagi tadi depa pi tangkap di telaga kat bendang nuh.”


Gambar: FB Anjang Acik
Ujar Ah Zuan sambil menuangkan air kelapa muda untuk abang pupunya Ah Zim.

Alhamdulllah… rezeki yang tak disangka-sangka. 

Saya ada sebut semalam – memang nak cari Sepat Siam kat pekan Kulim… tau-tau sampai sini dah siap dimasak. 

Menu favourite pulak tu – masak sambal cabai kering

Perghh…” Ah Zim membalas penuh kegembiraan.

“OK… tengahari ni kita makan sambil berkelah. Redup dengan angin bertiup macam ni best ooo.  Mesti ada yang terlentok lepas makan nanti.”  

Ah Zuan menghampar tikar di atas lantai pondok sambil menyusun periuk, pinggan, dan mangkuk berisi bermacam lauk dan ulam kampung.

Suasana sepi… masing-masing menguyah dan menelan makanan.  Ada yang terbeliak biji mata akibat pedas tapi sedap. 

Ada juga yang berpeluh membasahi dahi dan baju.

Keenakkan masakan kampung resepi original Mak Long Munah sungguh tidak terperi.  Hanya kadang-kadang kedengaran sudu berlaga dengan pinggan. 

Nikmat sungguh!!!.

Eh... korang yang baca ni tak terliur ke ek?  Ha ha ha... nanti gua pun mau cari juga ini masakan kampung.

Penulis dan Penceramah Bebas

"Abang kau Ah Zim ni buat kerja apa?” 

Tanya Ah Matt pada Ah Zam selepas selesai makan sambil meminum kopi dan tersandar di dinding pondok. 

Ketika itu Ah Zim sedang membantu mengangkat pinggan mangkuk masuk ke dalam rumah.

"Oh… dia kerja sendiri tapi banyak terlibat dengan Universiti dan Kolej sebagai pensyarah jemputan. Dia ambil pencen awal dan selalu menulis untuk majalah dan juga akhbar."

"Sebagai penulis dia tak guna nama betul, tapi nama pena.”

“Aku sendiri pun tak tahu apa nama pena dia – saja dia rahsiakan dan aku tak tau kenapa.” 

Jelas Ah Zam tentang abangnya itu yang kelihatan membawa hidangan buah mempelam – pembasuh mulut.

"Relax laa Abang Zim… perut kenyang jalan-sana jalan sini nanti semput pulak kang…”, tegur Ah Matt sambil menyambut pinggan berisi mempelam yang sudah siap dipotong. 

Hanya perlu disuap ke mulut saja.

"Tak pa… kita dah biasa buat kerja macam ni tak da kesah punya. Makanlah pelam tu… sedap lemak manis.”

“Mak Long cakap buah tu dari pokok yang hang lepak pagi tadi. Dah 3-4 hari simpan dalam peti ais.” Jawab Ah Zim.

"Berapa hari nak stay sini?  Saja balik ka atau ada projek khusus?” Tanya Ah Matt pula.

"Oh… saya sebenarnya on the way nak balik kampung isteri saya di Kulim.”

“Dah lama tak balik.  Masa kami atas highway kat area Ipoh tadi Ah Zam bagi tau yang dia ada di sini… so saya pun drop by lah.”

“Lagipun dah lama tak datang rumah Ah Zuan ni. Kebetulan pula Mak Long Munah ada di sini."

"Highway?"  Ah Matt teringat akan nama satu skim cepat kaya Highway Group yang buat scam baru-baru ini.  

Dia hampir-hampir terjerumus dengan pujukan dan umpan yang tidak masuk akal tetapi terlalu sedap untuk didengar. 

Nasibnya baik.  Kalau tidak lingkup!!!

Penulisan Itu Seni Pertukangan - Craftmanship

Ah Matt: Ah Zam cakap abang ni freelance speaker dan writer, ya?

Ah Zim: Ya. Betul.  Cuma orang kenal saya lebih sebagai speaker – selalu dapat jemputan bagi talk tentang motivasi dan hal yang berkaitan. 

Tentang penulisan, tak ramai yang kenal saya tapi dia orang tahu nama pena saya. Sengaja saya rahsiakan nama sebenar saya.   

Bila guna nama pena dalam penulisan senang nak dapatkan kritikan direct dari kawan-kawan sebab dia orang tak tau yang dikritik itu ialah saya sendiri. 

Mudah untuk kita memperbetulkan kesilapan dari sudut kehendak audience.

Ah Matt: Sangat betul tu. Kita menulis tapi kalau tak ada siapa nak baca – sia-sia saja.  Menulis pula bukannya satu kerja mudah.  Ianya satu seni craftsmanship

Kalau hasil seni dan pembuatan kita panggil workmanshippenulisan pula ialah wordmanship.

Penyusunan kata-kata dan ayat yang menangkap emosi, boleh mengubah cara orang berfikir dan mempengaruhi mereka untuk bertindak menghasilkan sesuatu.

Ah Zim: Wow... itu satu komen yang baik dan bernas. En. Ah Matt suka menulis ka?

Ah Matt: Menulis tu saya tak suka. Cuma dari segi mengedit minit menyuarat tu adalah juga sekali sekala. Tapi itu tulisan dari jenis pengumuman atau pemberitahuan.

Saya memang suka membaca, tambah-tambah lagi cerita yang berkaitan dengan sikap dan keperibadian manusia. 

Penulisan yang membangkitkan semangat. Menghadapi cabaran untuk mencapai cita dan cinta. 

So, your latest writing tentang apa?

Baca sambungan episod seterusnya "Beratur Nak Beli Makanan kat McDonald's Ada Orang Busuk Kat Belakang." Kat sini sebenarnya cerita pasal nak bagi bagi jer lah... sekarang baru nak warm-up.

Sebelum pergi tu... mau minta belanja LIKE dan SHARE boleh eh?  Sure boleh punya... Jom tekan butang bawah ni.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.