Selena Gomez Dan Erti Kehidupan Dari Sebotol Coca Cola
Kehidupan di Kuala Lumpur - Tak Jem Tak Sah
Beginilah kehidupan di kota metropolitan Kuala Lumpur. Dan tak ada kena mengena dengan Selena Gomez. Tapi, di penghujung tulisan ini ada...
Hujan sedikit jalan sudah jem. Masing-masing mengambil kesempatan potong que. Sangat kurang budaya sopan (courtesy) di jalan raya.
Hujan sedikit jalan sudah jem. Masing-masing mengambil kesempatan potong que. Sangat kurang budaya sopan (courtesy) di jalan raya.
Kecuali dalam keadaan terpaksa sebab takut kena saman dan denda.
Konsep mereka — siapa follow the rule wait in line tinggal dibelakang.
Konsep mereka — siapa follow the rule wait in line tinggal dibelakang.
Disiplin yang sering aku lihat dalam filem atau baca dalam majalah tentang kehidupan orang Jepun sangat sedikit di Malaysia.
Dalam manusia asyik rush sana rush sini konon nak cepat ambil kesempatan, negara ni tak pula maju macam Jepun.
Aku melayan fikiran ketika tersekat di federal highway.
Apa halnya Abang Noh nak cerita pasal “COKE” ni? Coca cola bahasa standardnya.
Tak kisahlah… apa pun ianya penyebab untuk aku dijemput ke Intekma Resort esok. Dapat jumpa Noor Arfah. Nasib baik Abang Azim minta coke tadi.
Dengar sajalah apa yang dia nak cerita. Orang senior macam dia yang penuh pengalaman tentang hal kehidupan nak bagi nasihat. Baik aku dengar dan belajar apa yang patut.
Tak payah pergi seminar bayar ribu riban. Bukan ada personal attention pun kat seminar tu. Kita jer yang perlu attentive. Kalau tak pay attention pergi kosong balik pun kosong juga.
Aku sampai rumah agak lewat... beginilah kehidupan kat Klang Valley ni. Tak mau jam dia orang cakap pergi duduk hutan.
Belasah Minyak Wangi Kawan
Alamak!!!
Minyak wangi dah habis. Hari ni Ahad mana ada kedai buka awal sekali pun dia orang berbisnes.
Tak pakai minyak wangi nanti jenjalan bawah panas matahari berpeluh bau hapak pula.
Boleh juga Noor Arfah teruskan syioknya dengan aku langsung tawar hati.
Abam busuk katanya nanti. Tak mau kawan.
Oh... tak boleh jadi.
He he he ... nasib baik. Ayub kawan bilik sebelah ada stok.
Wooo... wanginya. Hmm... brand De' Xandra. Sexy Men pulak tu.
Patutlah... selalu aku tengok GF si Ayub ni dok ngendeng rapat. Wangi rupanya si Ayub ni.
Hmmm... sedap baunya.
Cerita Pasal Coca Cola Minumnya Teh Tarik
"Dah lama sampai?" Tetiba Abang Noh menyapa aku.
"Baru sekejap. Sorang saja ka?" Aku bertanya.
"Ya... Kak Mar dengan Noor Arfah pi ambik dua beradik tu. Sat lagi depa sampai lah."
"Err... jom kita dudok kat hujung sana."
"Haa... semalam abang cakap nak cerita pasal coca cola. Mesti best tu." Aku terus direct kepada tajuk.
Tak nak merewang tak tentu pasal.
Senang dia habis cerita bila Noor Arfah sampai dia tak ada alasan nak sekat aku lagi.
Pelayan tetamu datang... dan kami pesan teh tarik saja.
"Abang sekarang tak minum atau beli coca cola. Lama dah. Sejak peristiwa Israel bom Palestine dulu nih."
Aku mendengar dengan teliti setiap ungkapan yang keluar. Tak mahu ganggu konsentrasinya. Biar dia luahkan segalanya.
"Abang nak cerita pasal coca cola ni bukan apa. Ini adalah sejarah perjalanan kehidupan abang. Pelajaran dalam mengharungi kegawatan 1997 dan bangkit semula.
"Selepas biness sangkut, abang hanya ada sebiji lori. Kereta habis jual semua. Tapi ini bukan cerita pasal bisness."
"Tetapi pasal kehidupan. Pasal musibah. Pasal kehidupan yang susah. Pasal hikmah bila kita tabah dan istiqamah."
Kalau Kena Tanya Harga - Maknanya Tak Mampu
Sewaktu bisnes abang melonjak pada tahap maksima, duit ringgit langsung tak jadi hal. Nak beli apa — main sambar saja. Tak tengok price tag pun.
"Orang putih kata, 'If you have to ask for the price then you cannot afford it.'"
"Anak isteri abang pun macam tu. Kehidupan sangat mewah ketika tu."
"Anak-anak develop sikap sombong. Pandang orang lain rendah. Mungkin depa perasan mungkin tak — yang depa punya sikap meninggi diri."
"Tapi abang nampak semua tu."
"Tak boleh nak kata apa. Kita pesan jangan sombong depa buat boddow saja. Sebab depa tak merasai dan mengerti apa itu susah. Apa nak depa belasah saja."
Berpindah Memulakan Kehidupan Baru
"Langit tak selalunya cerah. Bila bisnes dah jatuh rumah pun abang jual juga. Untuk bayar hutang."
"Abang hantar anak isteri balik duduk kampung di Negeri Sembilan."
"Tapi abang teruskan berniaga dengan lori sebiji yang tinggal. Pendapatan ngam-ngam untuk belanja disamping pelan-pelan habiskan baki hutang."
"Waktu tu memang ikat perut habis."
"Abang sangat bersyukur dapat isteri yang baik."
"Cuma abang rasa sangat ralat bila abang jatuh miskin saudara kandung abang sendiri memandang jijik pada abang. So... hang jangan jadi miskin. Ia pelajaran yang sangat mahal untuk abang."
"Nasib abang sangat baik. Kak Mar hang walaupun dia pernah mewah tapi bila abang jadi miskin dia ikut saja apa abang kata. Makan lauk dengan kicap dan telur saja pun dia tak kisah."
"Kalau dengan perempuan lain yang tak penyabar, mungkin rumah tangga abang dah hancur berkecai."
"Dia didik anak-anak jadi penyabar dan bertolak ansur. Nasib baik anak-anak pun mahu mengikut. Entah psychology [baca sini] apa dia guna abang tak pasti."
"Yang pasti dia memang terror baca Qur'an. Adalah tu konsep ketuhanan dan keimanan yang dia terapkan kot pada anak-anak."
"Sejak kesusahan dengan anak-anak dia kuat membebel bagi nasihat. Tapi dia tak naik angin. Tu yang best."
"Abang sewa bilik di JB. Seminggu sekali abang balik. Pelan-pelan perniagaan meningkat maju semula. Ada kawan-kawan yang tolong. Pertolongan dalam bentuk bagi bisnes atau buka channel dapatkan pelanggan baru."
"Satu hari tu abang kena travel balik sebab mak-ayah Kak Mar nak pi Mekah. Waktu tu bisnes belum recover lagi. Duit pun selalu tak cukup."
"Abang balik ke rumah mertua abang di Kedah naik lori. Abang balik dengan lori untuk cari peluang bisnes transport di Kedah pula. Ada seorang kenalan di Kawasan Perindustrian Mergong bagi jalan."
"Bukan apa... abang kesian dengan Kak Mar hang yang tersisih dengan keluarga abang sendiri. Dia tak tahan telinga orang kata macam-macam. So abang nak cari tempat baru untuk tinggal dan berniaga."
Kenangan Kehidupan Lampau - Sebotol Coca Cola Dikongsi 5 Orang
"Sampai di kawasan rehat Gurun abang berhenti untuk solat dan ke tandas. Kami makan bekal yang kak Mar masak. Makan kat bawah satu pondok."
"Entah macamana, saja nak dijadikan cerita kakak kepada dua beradik kembar tu ternampak sorang budak minum coca cola."
"Mungkin dah lama sangat dia tak minum coca cola rasa gian dia timbul. Dan meminta-minta dengan kak Mar."
"So abang pun pi beli — tapi hanya mampu untuk satu botol kecil. Kami kongsi 5 orang."
Pelajaran Tentang Kehidupan Dari Sebotol Coca Cola
"Oh... ini mesej dari kak Mar hang. Sat lagi depa sampai."
"Tak apa lah... abang rumuskan cerita pasal coca cola ni dan kenapa sekarang abang dah tak minum coke ni lagi."
- Walaupun si kakak tadi yang meminta saya untuk membeli, dia tidak claim semuanya untuk dia. Dia offer kat mak dia terlebih dulu.
- Mak kemudian offer pada yang lain-lain. Masing-masing menolak untuk jadi taster pertama. Tak berebut. Depa bagi peluang kat orang lain. Dan depa tak takut ayaq coca cola tu kena perabih oleh orang lain.
- Peranan ibu sangat penting dalam pendidikan anak-anak. Terutama dari sudut hormat menghormati antara sesama sendiri. Dan berkongsi benda yang sedikit. Sama-sama merasai.
- Kenapa coca cola ni jadi pilihan anak saya? Padahal dia sudah pun minum ayaq bekalan? Bukannya dahaga sangat. Gian. Ketagih. Taste memory.
- Begitu juga dengan berniaga. Nak dapat customer berterusan kita kena buat orang register rasa kehilangan bila depa lama tak berurusan dengan kita. Biar ada rasa gian. Depa dok teringat kat kita. Tak kiralah bisnes apa pun. Brand hanya akan bertahan jika quality sentiasa terjaga.
- Resepi coca cola ni hanya ada tak sampai 15 orang yang tau. Pepsi cola spent puluh juta entah billion kot nak tiru. Tapi tak boleh. Kalaulah orang yang tahu resepi ni tak jujur, mudah saja dia balun duit rasuah dan jadi kaya raya. Bocorkan rahsia resepi tu. Berniaga ni business secret penting untuk dijaga.
- Brand coca cola ni nilainya melebihi 5 billion US Dollar. So... hang esok bila dah start meniaga business workshop hang tu... develop brand workshop tu sungguh-sungguh.
- Keberkatan rezeki. Satu botol kecik pun cukup untuk kongsi 5 orang. Bila masing-masing redha. Kalau tamak pentingkan diri sendiri... pakai gaduh laa jawabnya.
- Tidak wujud perebutan siapa nak minum dulu kerana ada sikap keihkhlasan dan saling mempercayai. Walaupun depa tu budak-budak lagi.
- Nak cari bini hang kena cari yang macam Kak Mar hang tu. Dia pandai bela, jaga dan didik anak-anak.
- Kita orang lelaki sibuk kat luar cari rezeki. Sesekali tu adalah masanya dengan anak-anak. Tapi masa tu ialah untuk anak-anak bermanja, lari dari leteren mak depa. Bukan masa nak kena tengking kena marah. Ha ha ha.. tapi sungguh. Mak Zul pun kuat beletiaq, kan?
Berhenti Membeli Coca Cola Kerana Abang Support Palestine
"OK... itu pasal lessons tentang kehidupan yang abang dapat kongsikan. Hanya sebab sebotoi coca cola kena kongsi dengan 5 orang."
"Semalam masa Abang Ah Zim tanya nak minum coke... abang tak kata apa. Dia punya pilihan nak minum apa pun. Tapi abang dah tak beli coca cola ni sebab company ni penyokong kuat Isreal."
"Setiap sen yang kita belanja untuk beli coca coala ni... ada percentage dia yang disalurkan ke Yahudi sana. Kita tak boleh berjihad perang, jihad kecik control nafsu pun jadilah. Tak mati aih tak minum coke nih."
Apakah Noor Arfah Calun Isteri Yang Baik?
Artikel ni dulu di WordPress. |
Aku mengangguk dan bersalaman mencium tangan abang Noh. Tak sangka itu yang diceritanya. Ia memberi gambaran yang aku berada di soft spot hatinya.
Alhamdulillah... nampaknya aku sudah mendapat restu dari penjaga Noor Arfah. Dia memahami.
Tinggal aku saja lagi macamana nak jalankan tugas meyakinkan Noor Arfah. Mungkin dia akan jadi isteri yang baik seperti kak Mar.
Apakah dia menganggap aku akan jadi suami yang baik? Itulah kehidupan. Tak adil kalau soalan hanya satu arah.
Calun sudah ada depan mata. Aku harap wangian De' Xandra yang aku pau kawan punya akan membantu.
Apa Kaitannya Selena Gomez Dengan Cerita di Atas?
Selena Gomez www.instagram.com/p/BHF4NdhhOmc/ |
- Gambar Instagram ini di KLIK sebanyak 4 juta kali oleh peminat Selena Gomez. Dia mempunyai seramai 89 juta followers. Wallau-wei…
- Ini ialah iklan coca cola yang tidak disebut sebagai iklan.
- Botol yang dipegang berbentuk botol coca cola tetapi tulisannya berbunyi, “You’re the spark.”
- Caption pada gambar Instagramnya hanya bertulis, “When your lyrics are on the bottle.”
- Tak payah nak teruk-teruk tulis content untuk marketing.
Pemasaran ialah kerja gila. Kerja curi emosi orang dan ambil peluang. "Better be crazy but we are not stupid." Mesti ada yang tau dari mana quote ni datangnya, kan?
Kerana orang mahukan idola, hero dan mengimpikan sesuatu seperti idola mereka. Jual impian yang laku produk.
Logik dan sains tak boleh pakai. Yang boleh pakai termasuk engineering ialah dalam membangunkan teknologi dan applikasi tarik emosi orang.
⇓ ⇓ ⇓ Tekan satu dari butang yang sederet ni.... boleh, kan? Terima kasih!!!
Thank you for your comments