Air Kelapa Muda Di Pinggiran Sawah - CrazyDuck -->

Header Ads

Air Kelapa Muda Di Pinggiran Sawah

Isteri Ah Matt mula meluahkan isi hatinya yang dipendam selama ini. Suasana sangat sesuai untuk dia bertanya akan perkara apa yang membawa perubahan pada Ah Matt. Yang juga membawa lebih kebahagiaan dalam rumah tangganya.

Kerepek Belalang Goreng

Angin sepoi-sepoi bahasa meniup dedauan pokok kelapa yang berderetan. Suasana tenang dan nyaman.

Isu tentang rasuah memenuhi kotak pemikirannya. 

Tenang bersendirian dengan handphonenya melayari internet.

Dia membaca artikel yang disimpannya semalam sambil terus melayan fikiran. 

Ingatan ketika bergelumang dengan rezeki dan dosa rasuah sentiasa segar.

Suasana tenang itu tiba-tiba terganggu. 

Anak bongsunya datang dengan membawa seekor belalang sebesar ibu jari.


“Seronoklah abah kat kampung macam ni.”
.
“Apa adik nak buat dengan belalang tu?  Nak goreng?”

“Eh… boleh dimakan ke belalang ni abah?”

“Kalau kau nak tau waktu zaman abah kecil-kecil dulu, inilah sumber kerepek kita orang. Goreng rangup-rangup macam kerepek kentang tu.”

“Eeee… abang ni merepek betul lah… ada ke belalang dibuat kerepek?  Pelik betul.”  Isteri Ah Matt mencelah dari kejauhan sambil berjalan ke tempat Ah Matt berehat.

“Pelik tak pelik macam ni lah emak nyer… kalau zaman kita kecik-kecik dulu kita cakap aku kat tepi sawah pun boleh dapat maklumat dari luar negara."

"Nak maklumat apa… semua boleh dapat kat hujung jari jer.”

“Agak-agak pelik tak waktu tu?  Sekarang?”

“Tak ada WIFI kat rumah nak hantar mesej atau SMS lebih teruk dari kena PMS.”

“Betul lah… Dulu pelik sekarang biasa. Sekarang pelik tapi dulu... itu jer benda yang ada. Ha ha ha…” isteri Ah Matt ketawa menutup kata-kata.
.

Straw Batang Padi

“Dahaga la abah… jom kita balik.”

‘Kejap cuba pergi tanya abang kau… dia orang ada bawa parang ke atau golok tak?”

“Nak buat apa abah?”

“Tu… kan ada kelapa muda yang rendah saja.  Minum air kelapa baik untuk kesihatan.”

“Oh… OK-OK… adik pergi tanya abang eh.  Minta-minta dia orang adalah bawa parang.”

Si abang dan kawan barunya dengan kecomotan selut tersengeh-sengeh datang membawa jaringan yang berisi ikan sawah. 

Sungguh bangga dengan pencapaian barunya.

Kawannya menghulurkan golok pada Ah Matt, sambil menuding pada pokok kelapa milik keluarganya.

Disekitar situ ada sebatang galah yang digunakan khas untuk mengait kelapa muda.  Beberapa biji kelapa muda diturunkan.

“Haaa… ini ada soalan cepu emas.  Siapa dapat bagi jawapan dia dapat hadiah."

"Soalan apa tu abah?”  Tanya si adik."

“Kat sawah ni mana kita boleh dapat straw?”

Anak saudara Ah Zam cuba mengangkat tangan tapi Ah Matt cepat-cepat memberi isyarat mata supaya tidak menjawab.

Dia memahami kehendak Ah Matt untuk mencuba survival skill anak-anaknya.

“Mana ada straw kat sawah ni abah. Hadiahnya apa pulak?” Si abang mencelah.

“Tak ada straw tak boleh nak minum air kelapa lah jawabnya.  Dahaga teruslah kamu semua.”

Siadik membuat muka masam menyebek sambil menarik-narik tangan ibunya.

“Adik nak straw eh… tu nampak pokok padi yang tinggi satu tu. Buah dia dah habis burung makan. Nah ambik parang ni dan potong pokok padi tu kemudian bawa kemari.”

Siabang menemani adik dan membawa batang padi yang sudah dipotong. Dia sudah mendapat jawapan dari mana straw akan didapati.

“Abang dah tahu…” katanya sambil tersenyum. Ah Matt memberi isyarat supaya berahsia.

“Ha… adik dah tahu macamana nak dapat straw?”

Si adik mengangguk tetapi dengan 50-50 kepastian.
.

Sudu Bontot Kelapa

Ah Matt memotong sisi bontot kelapa untuk membuat sudu sebelum memotong bahagian tempurung.

Air kelapa memancut kerana tekanan dari dalam. 

Dia mengambil batang padi yang mempunyai beberapa ruas itu dan menjadikannya straw.

“Nah… adik minum dulu. Kongsi lah dengan abang tu.”

Selesai memotong kelapa untuk isteri dan dirinya sendiri Ah Matt membelah buah kelapa yang airnya sudah diminum. 

Isi kelapa muda yang halus lembut dicungkil menggunakan sudu bontot kelapa.

Semuanya diam membisu menikmati keenakkan kelapa muda segar di tepi sawah. 

Sepelepah selesai dikerjakan mereka.

“Abang balik lah dulu dengan abang tu… nanti ikan tu habis mati kepanasan.  Mandi dan basuh seluar baju nanti tengahari kalau uncle Ah Zam kata kita balik, kita kena balik.”

“Adik ikut abang sekali ya abah?”

“Hmm… ya lah…”

Isteri Ah Matt Menuntut Kebenaran Dari Suaminya

Ah Matt dan isterinya ditinggalkan berdua-duaan di atas pangkin di bawah pokok mangga.

“Abang ingat lagi tak suatu hari abang balik dari kebun dengan tangan kosong.”

“Ya … abang ingat.”  Jawab Ah Matt ringkas.  Dia juga masih ingat akan perbualan mereka dua minggu lepas sewaktu makan tengahari dengan ikan sepat goreng dan masak asam pedas ikan haruan.

“Semenjak abang rajin ke masjid dan lepas jual motor tu dan juga kita jual mana-mana alat kelengkapan dalam rumah yang abang rasa tak nak guna, rasanya hidup kita lebih bahagia lah.”

“Maksud mama?”

“Dulukan gaji abang tak besar. Kita sekadar pakai kereta proton biasa-biasa saja.”

“Balik kampung pun jarang.  Segalanya sederhana.”

“Kemudian abang dapat naik pangkat dan selalu kena keluar outstation – dan pendapatan kita pun semakin bertambah.”

“Tapi hubungan kekeluargaan selepas tu semakin renggang. Anak-anak kita sediakan pelbagai gajet yang melalaikan.”

“Masing-masing bawa haluan sendiri.”

Isteri Ah Matt mula meluahkan isi hatinya yang dipendam selama ini. 
.

Pemilihan Masa Yang Sesuai

Suasana sangat sesuai untuk dia bertanya akan perkara apa yang membawa perubahan pada Ah Matt – yang juga membawa lebih kebahagiaan dalam rumah tangganya.

“Kemudian satu hari tu abang balik dari kebun dengan tangan kosong. Hari itu juga abang mula ke masjid.”

“Lama-kelamaan abang jarang buat kerja outstation tetapi banyak ke kebun bila hari cuti atau hujung minggu.”

Ah Matt hanya mendengar dan mengangguk. 

Dia membiarkan isterinya mengeluarkan isi hati yang sudah sekian lama terpendam. 

Bukan mudah untuk mereka dapat berdua-duaan begini dengan suasana yang amat sesuai untuk perbincangan hati ke hati.

Memang benar kini Ah Matt mendapat kenaikan pangkat dengan gaji yang lebih besar. Jika dulu ianya satu pembohongan tetapi kini satu kenyataan. 

Bukan sesuatu yang diminta tetapi mungkin dari kesungguhan dia bekerja timbul keberkatan dari apa saja usaha yang dilakukannya.

“Kemudian abang jual motor besar dan tak mahu mengikut gerombolan lagi. Ini abang cakap gerombolan buat kali terakhir.”

“Hari tu abang kata nanti abang nak cerita… so...hari ini ialah harinya bang.” Isteri Ah Matt meminta untuk mendengar penjelasan Ah Matt.

Ah Matt dengan berbesar hati menceritakan segala apa yang telah berlaku kepada isterinya... klik tajuk ini: "Suasana Romantik di Atas Batas Sawah."

Sebelum pergi... Jom tekan salah satu dari butang kat bawah ni. Terima Kasih!!!

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.