Dari Pelanggan Biasa-Biasa Bertukar Menjadi Pelanggan Besar
Pelanggan Kecil Itulah Yang Mula Sekali Bagi Support
“Satu hal lagi tentang pembeli yang kecil-kecilan ni. Akan ada satu masa mereka akan bertukar jadi pembeli borong.”
“Kau buatlah flyer atau promote macamana. Supaya dia orang tertanam kat kepala yang kau boleh ambil order kuantiti besar.”
“Dia orang akan start dengan sikit dulu sebagai percubaan. Kalau kau boleh handle permintaan yang diberikan dan maintain quality, maka kau akan menjadi pilihan pertama dia orang.”
“Ya lah… Abang cakap ni memang senang. Nak membuatnya tu satu hal yang lain.
“Dan sekiranya kau tak yakin kau boleh maintain taste dengan volume yang nak kau keluarkan, nasihat Abang, jangan sesekali ambil risiko. Jangan tamak."
"Bila rasa berubah orang akan belah. Sekali orang belah, mereka tidak akan datang lagi. Nak harap pelanggan baru setiap hari?"
"Heh... kau sendiri tahu jawapannya, kan?”
Gambar hiasan: http://recipes.howstuffworks.com |
“OK bang, saya terima idea tu. Tadi kata tak reti business… bagi idea bernas jer.”
“He he he… sikit-sikit tu boleh laa Eddy oi.”
Nota: Kisah ini adalah sambungan dari
dan episod terakhir untuk siri ini.
Penjenamaan
“So, apa plan kau selanjutnya? Macamana pula dengan branding? Tanya Abang Lucky bila suasana hening seketika.
Eddy melayan fikirannya tentang cadangan dan pandangan Abang Lucky.
“Perjalanan saya masih sangat jauh lagi bang. Tapi… entahlah. Saya nak bisnes saya ni berkembang macam Nasi lemak Antarabangsa Kampung Baru KL, Nasi Lemak Royalle Alor Star, atau pun banyak lagi jenama lain yang popular.”
“Saya sekarang buat pun hanya bersendirian. Buka jalan dan ambil faham selok belok dan tendang terajang bisnes ni dulu.”
“Hari tu pun dah nak ter-give-up sekejap. Abang punya komplen campur dengan ingatan yang saya ini dilahirkan di Malang membantu saya naik semula.”
“Naik semula dan membesar itu dua perkara yang berbeza. Naik ibarat mendaki bukit, ada tempat pautan. Atau cari sesuatu buat tangga. Membesar ibarat berenang dengan Jerung. Silap hari bulan jadi bahan makanan.”
“Bila dah masuk skala besar macam jenama kat atas tu, game plannya sudah tak sama. Budget dah lain. Kaki tangan kena cukup dan beramanah. Kena ada SOP dan system yang mantap.”
“Setakat sekarang orang memang ramai yang sudah kenal dengan Nasi Lemak Teruna Malang ni.”
“Biar saya kukuhkan betul-betul apa yang ada. Kemudian baru boleh masuk tahap penjenamaan dengan lebih serius. Tak nak silap langkah macam dulu lagi. Silap langkah yang ini rosak jenama rosak business.” Balas Eddy panjang lebar.
Masa Untuk Berpisah – Redahlah Dengan Ilmu
“Hmm… bagus rancangan kau tu. Biar namanya Malang tapi nasib kau terus menerus bagus. Kau masih muda trang-tang-tang. Jalan bisnes ini banyak berliku dan tinggi rendah. Redah boleh tapi redahlah dengan ilmu.”
“Abang umur dah meningkat dan tak ada pengalaman dalam berbisnes. Abang dibesarkan dengan doctrine makan gaji tu selamat dan ada pencen. Kaya tak boleh tapi hanya sekadar cukup dan bersyukur dengan apa yang ada.”
Dari cerita kau tadi, kau ni bukan jenis tak sekolah punya orang. Entah-entah lulusan Universiti tak?”
“Abang tabik atas keberanian kau jadi usahawan dan tolak tepi kertas Ijazah tu. Abang yakin kau ni memang lulusan Univerisiti. Tak ramai orang yang berani macam kau ni.”
"Abang harap sangat untuk melihat kejayaan kau ni. Bukan sesuatu yang mudah. Buka bisnes sesiapa pun boleh buat. Untuk survive, grow and grow... itu suatu hal yang sangat mencabar."
"Ramai orang kecundang separuh jalan."
Apabila kau dah berjaya nanti ramai orang yang kau boleh tolong. Tapi buat masa sekarang... nilai (rasa sedap tu) itu yang perlu kau maintain dulu. Itu priority kau. Jangan fikir terlalu jauh sangat."
"Take things easy one step at a time. Don't rush and don't get greedy. It will kill your business."
"Kau bagi nilai yang bagus, you will be paid handsomely." Kata-kata penamat dari Abang Lucky untuk Eddy si Teruna Malang.
Setelah mengucapkan terima kasih, Eddy minta diri dan mereka berpisah. Hatinya puas dapat meluahkan apa yang terpendam.
Bukan mudah mahu mendapatkan nasihat ikhlas tanpa ada agenda tersembunyi seperti ini, fikir Eddy. Nasihat dan pandangan Abang Lucky akan diusahakannya.
OK... cerita Eddy stop sini dulu. Ada perkembangan terbaru gua taruk lagi cerita pasal si Malaun yang kononnya Malang ini ya. Kesemua 5 episod boleh di lihat di sini: Teruna Malang Yang Berjaya.
Sebelum pergi tu, ringankan jari sket please... tekan butang LIKE kat bawah ni ya.
Bukan mudah mahu mendapatkan nasihat ikhlas tanpa ada agenda tersembunyi seperti ini, fikir Eddy. Nasihat dan pandangan Abang Lucky akan diusahakannya.
OK... cerita Eddy stop sini dulu. Ada perkembangan terbaru gua taruk lagi cerita pasal si Malaun yang kononnya Malang ini ya. Kesemua 5 episod boleh di lihat di sini: Teruna Malang Yang Berjaya.
Sebelum pergi tu, ringankan jari sket please... tekan butang LIKE kat bawah ni ya.
Thank you for your comments