Sales Tak Menjadi Bisness Down Jiwa Kacau… Bungkuskan
Bungkusan Untuk Abang Lucky
“Eh… masuklah.” Jemput Kak Peah isteri Abang Lucky.
“Ini Kak… ada bungkusan tangan. Buah tak ada. Nasi lemak saja.”
“Alhamdulillah… terima kasih.”
“Minggu lepas nasib Abang kau tak berapa lucky. Katanya nasi lemak kau habis kena borong. Nasib baik roti canai Pak Abu ada lagi hari tu.”
“Ya lah kak… hari tu rezeki Pak Abu nak dapat duit Abang. Ada putaran rezeki keluar masuk untuk semua orang. Allah tu sangat adil.”
“Disebabkan minggu lepas dia tak berapa bernasib baik, hari ni saya bawa something special. Tengoklah nanti apa ada kat dalam, ya.”
Asal Usul Nama Nasi Lemak Teruna Malang
Selesai breakfast dengan nasi lemak yang dibawa oleh Eddy bersama dengan bungkusan istimewa, Abang Lucky mengajaknya keluar.
Ada pondok wakaf di halaman. Boleh sembang santai di situ.
“Eh Eddy… boleh kau cerita sikit macamana kau dapat nama Teruna Malang ni?” Soal Abang Lucky memulakan bicara.
“Mmm… macamana nak start ek?”
“Ok... macam ni.”
“Satu hari tu saya rasa sangat down. Sudah seminggu lebih sale tak menjadi. Dari pagi sampai petang tak habis juga.”
“Saya mengalami kerugian yang berterusan. Terasa seperti nasib saya tersangat malang.”
“Banyak pembaziran. Nak bagi kat orang pun, barang dah tak berapa elok. Boleh mencemarkan lagi ada, bukan membantu.”
“Ya lah… kalau kita bagi sedekah kat orang barang yang sudah lama, kesedapan rasanya sudah hilang.”
“Nanti itu pula jadi penghalang untuk dia orang datang beli. Atau jadi buah mulut kata nasi lemak saya basi ke atau tak elok macamana.”
“Betul juga. Habis tu apa kau buat?”
Penjagaan Resepi
“Abang ingat lagi tak beberapa bulan lalu Abang pernah komplen pasal nasi lemak saya tak sesedap macam dulu-dulu.”
“Abang cakap rasa nasi lemak tu berbeza dari hari ke hari.”
“Ada harinya terlebih pedas, ada sambalnya cair, ada ikan bilisnya yang keras, yang lembut, yang lembik, yang kurus yang gemuk… yang bermacam yang lagi.”
Wajah Abang Lucky berubah. Apakah Eddy terasa hati dengan komplennya itu? Dia diam tidak berkata apa-apa, hanya mengangguk dan tunduk.
“Tapi kan bang… dengan sebab komplen abang itu lah pelan-pelan pelanggan yang dah lari datang balik.”
Abang Lucky mengangkat kepalanya memandang Eddy kehairanan. Macamana komplennya buat orang datang semula?
“Heh… Abang pening ek?”
“Tapi sungguh pun. Nasi lemak kau sekarang dah tak sama macam dulu tu. Sekarang abang beli bila hari pun rasanya sama saja. Consistent.”
“Dan itu yang abang nak, kan? Juga sama dengan pelanggan lain.”
“Setiap pelanggan tu dia mesti beli nasi lemak kat merata tempat. Lain tempat lain rasanya. Masing-masing unik. Orang gian akan keunikan rasa tu selain mahu isi perut.”
“Saya sangat berterima kasih atas komplen Abang tu sebenarnya. Selepas dari hari tu saya susun cara dan jadual kerja.”
Pemilihan dan Penjagaan Bahan Mentah
“Bahan mentah pula saya pilih betul-betul atau buat booking siap-siap dengan supplier apa jenis yang saya mahu. Tak boleh main tangkap muat apa ada main sambar.”
“Contohnya cili.”
“Lain cili lain tahap kepedasan dan texture sambalnya.”
“Ikan bilis pun serupa. Bermacan jenis yang ada.”
“So… saya pilih hanya satu jenis bagi setiap bahan mentah. Lepas tu baru saya dapat maintain rasa yang saya mahu dan yang pelanggan suka.”
“Sekadar apa yang saya mahu tapi kalau pelanggan tak suka pun tak guna juga.”
“Orang datang beli sekali dan bila kali kedua pada mereka rasa sudah lari… mereka pun lari juga. Kalau rasa sama saja akan ada kali ketiga dan seterusnya.”
“Jumlah pembeli kat kawasan ini terhad. Kalau setiap orang hanya datang beli sekali… sampai masanya tidak akan ada pelanggan lagi.”
“Saya hampir nak jadi macam tu. Komplen abang tu membantu saya bangkit dari kesilapan yang saya tahu tapi tak sedar.”
Sambal Istimewa Untuk Abang Lucky
“Macamana dengan nasi lemak yang saya bawak tadi?”
“Oh… ya. Abang memang nak tanya, tapi terlupa. Ia mengingatkan Abang waktu mula-mula beli nasi lemak kau.”
“He he he… Abang punya taste memory ada power laa.”
“Saya buat tu sebab masih ingat Abang punya komplen. Penyebab utama Abang datang beli kali kedua dulu tu ialah sambalnya. Bila saya ubah suai resepi sebab nak jimat kos rasanya jadi lain."
"Dan Abang pun terus komplen. Lama juga Abang tak datang beli lepas tu, kan?”
“Tapi hari ni saya cari balik component resepi tu dan buat khas untuk Abang, saja nak tengok apa reaksi. Kalau menjadi, saya nak buat semula macam tu. Buat second package, tapi harga lain.”
“So… nampaknya menjadi lah ek?”
“Ya... Abang suka dengan sambal tu. Lain sikit dari yang kau buat sekarang. Bukan yang sekarang tak sedap tapi yang ini ada kelainannya. Memory taste melekat boleh buat orang gian woo.”
“Kejap lagi saya cerita bagaimana perasaan malang yang saya alami menjadi nama warung nasi lemak saya.”
Heh heh… syiok juga dengar cerita kau ni, Eddy.
Ada sambungan? Ya… silakan Klik tajuk ini: Malang Saya Malang Bernama.
Tapi LIKE lah dulu sebelum pergi tu, ek. Terima kasih.
Thank you for your comments