Juara dan Kejuaraan Itu Hanya Sementara - CrazyDuck -->

Header Ads

Juara dan Kejuaraan Itu Hanya Sementara

Kuasa Tanpa Sedar Oleh Sang Juara

Semasa bergelar juara Ah Matt seakan pernah mengecapi erti dan nilai apa itu mempunyai kuasa. 

Permintaannya sering dipenuhi dan cakapnya didengari. So... nak buat apa lagi... just enjoy the moment while it still lasts. I could have done the same. Wouldn't you?



Namun kuasa yang disalah gunanya kini tidak dapat memberi erti kebahagiaan hakiki yang dicari.

Sewaktu persekolahannya di kampung, Ah Matt seorang pemain bola yang handal dan mewakili sekolah.

Dia juga aktif dengan aktiviti sukan lain. Dia banyak membawa pulang medal kemenangan pada setiap kali musim sukan. 

Dia dikenali sebagai seorang juara di kampung dan di sekolahnya.

Selepas menamatkan STPM Ah Matt mendapat kerja di Kuala Lumpur. Sebagai seorang pegawai pertengahan di sebuah jabatan.  

Mulanya Ah Matt sangat berbangga kerana telah mendapat pekerjaan.  Lebih awal berbanding dengan kawan-kawannya yang masih belajar.

Jabatan di mana Ah Matt bekerja berurusan dengan orang awam.  Melalui pakaian seragam dan lencananya dia punya kuasa untuk penguat-kuasaan undang-undang. 

Ada ketikanya Ah Matt memberikan kerjasama terhadap mereka yang melanggar peraturan. Melepaskan mereka kerana rasa simpati dan ihsannya. 

Berterima kasih terhadap kebaikannya, ada di antara mereka yang menghadiahkan samada wang atau barangan. Ah Matt menolak dengan baik pemberian mereka.  

Dia tahu mereka berterima kasih terhadap keperihatinan dan kebaikannya.

Selang beberapa tahun, kawan-kawan Ah Matt yang sebelum ini masih belajar sudah mula bekerja.  Ada yang terlibat dengan perniagaan sendiri sebagai usahawan berjaya. 

Ada yang menjawat jawatan tinggi di syarikat-syarikat besar dan jabatan kerajaan.

Kejuaraan diperingkat sekolah tidak berterusan sehingga keperingkat pekerjaan bagi Ah Matt.

Tercalarlah Ego Seorang Jagoan


Setiap tahun terutamanya pada Hari Raya Ah Matt pulang ke kampung.  Keadaan kini sudah berubah. 

Kalau dulu dia memakai kereta kawan-kawannya hanya bermotosikal.  Kini mereka mempunyai kereta yang lebih hebat.  Pakaian dan handphone mereka juga lebih canggih dan dari jenama mahal.

Ah Matt merasa dirinya jauh ketinggalan dari segi harta benda berbanding dengan kawan-kawannya.  Dulu dia memandang rendah kepada mereka kerana tidak mampu menyaingi kehebatannya.

Egonya mula tercalar. Bruised ego Mat Saleh cakap.

Satu hari Ah Matt melawat rumah teman sekerjanya bernama Ah Bee. Sungguh terkejut dengan kemewahan yang ada.  Dia kehairanan, tetapi sesuatu terdetik difikirannya. 

Sambil berborak, Ah Matt mengorek rahsia kemewahan Ah Bee. 

Tanpa segan silu, Ah Bee memberikan tip. Katanya, “tempat dan jenis kerja kita ni lubuk duit kalau kau pandai guna kuasa yang ada."

"Kau faham maksud aku?” 

Sahlah apa yang Ah Matt menyangka. Tetapi padanya tip yang diberikan oleh Ah Bee bertentangan dengan pendiriannya selama ini. 


policeman-taking-bribe-from-motorist

Padanya rasuah itu sesuatu yang kotor.

Barulah dia faham kenapa Ah Bee sering mengelak untuk berpasukan dengannya kerana dia sering menolak hadiah apabila diberi oleh pesalah laku.

Ah Bee menyedari persoalan dibenak fikiran Ah Matt.  

Dia mengajak Ah Matt untuk mengikutnya bertemu dengan kawan-kawannya.  

Dengan merekalah Ah Bee selalu menghabiskan masa dihujung minggu. 

Ah Matt bersetuju.

Minggu berikutnya, Ah Bee memperkenalkan Ah Matt kepada kawan-kawannya.  Kesemua mereka memiliki motorsikal berkuasa tinggi. 

Termasuk jenis Harley Davidson.  Yang berharga mencecah ratusan ribu ringgit. 

Dalam kumpulan itu terdapat ramai usahawan yang berjaya. Juga mereka yang berjawatan tinggi. 

Mereka sering bergerombolan ke tempat-tempat peranginan dan resort.

Sungguh Ah Matt tidak menduga. Kawan sekampungnya juga ada.  Sekali lagi egonya tercalar.

Kumpulan ini dijadikan sebagai jaringan perniagaan.  Pada yang makan gaji kumpulan ini tempat meletakkan status. Sebagai orang berjaya dan berada — kerana kuasa.

Motorsikal-Harley-Davidson-Motorcycle

Ah Bee bertanya pada Ah Matt, “Macamana? Best tak join group ni?"

Ah Matt mengangguk.  Dia memang meminati dan teringin sangat untuk memiliki motor besar berkuasa tinggi.

Selama ini dia hanya pendamkan saja keinginan itu.  Tambahan pula setiap kali balik kampung dia diperli dengan perkataan “jagoan” oleh kawan-kawan lama. 

Kali ini dia hanya mampu memendam rasa dan terpaksa membiarkan egonya terus tercalar. 

Tiada siapa yang merendahkan statusnya. Tetapi hanya rasa dalaman dan keegoan yang membuatkan Ah Matt tercabar.

Orang Baik dan Jujur Boleh Membahayakan

Suatu hari, Ah Bee mengajaknya membuat kerja-kerja menguat kuasa.  Alasan Ah Bee ialah teman sekerja yang sepatutnya bersama terpaksa mengambil cuti.

Ah Matt bersetuju.

Dibenak fikiran Ah Bee, Ah Matt bukan sahaja boleh membahayakan kerjayanya. Terpenting sekali punca pendapatannya yang selama ini menjadi rahsia. 

Tersilap langkah, Ah Matt boleh menjadi orang yang membocorkan rahsia. Memusnahkan kehidupannnya. 

Dia mahu mempengaruhi Ah Matt untuk melakukan apa yang dia lakukan. Dengan itu risiko untuk rahsia kemewahannya terbocor dapat dihapuskan. 

Ah Matt sangat teringin untuk memiliki motor berkuasa tinggi. Ah Bee memulakan strateginya dengan membawa Ah Matt ke kedai menjual motor jenis itu. 

Corrupt-government-official-charged-with-bribery

Jelas padanya Ah Matt sangat berminat.  Ah Bee tahu Ah Matt perlu dijerat dengan hutang. Barulah rancangannya berhasil.

Sebelum ke kedai tersebut, Ah Bee terlebih dahulu berpakat dengan penjual motor. Ah See pemilik kedai tersebut.  Ah Bee menerima komisyen dari hasil jualan sekiranya Ah Matt bersetuju membeli. 

Hampir sejam Ah Matt memerhati, membelek, dan mendengar pujukan daripada penjual dan sokongan dari kawan “baiknya” Ah Bee.  Dia kemudiannya bersetuju membeli sebuah motor yang mahal harganya.  Berkali lipat ganda dari pendapatan tahunannya. 

Ah Bee menyedari Ah Matt agak keberatan kerana bakal hutang yang ditanggung. Walaupun mampu dibayar dalam masa tempoh yang lama. Ah Bee meyakinkan Ah Matt dia boleh membantu mencari pendapatan untuk menjelaskan ansuran bulanan.

Ah Matt tidak mempunyai cukup wang. Ah Bee menghulurkan wang pendahuluan sebagai bukti kesediannya untuk menolong. Antara suka dan terpaksa Ah Matt termakan pujukan.

Ah See pula mengurangkan jumlah cengkeram dari yang sepatutnya.  Kononnya Ah Bee adalah orang yang dipercayai oleh Ah See.  Ah Matt sudah dikuasai oleh nafsu yang kini mengawal kewarasan fikirannya.

Amacam... cerita ni? Baru nak mula, tapi meh ler tekan butang LOVE ni. TQ!!!


No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.