Hutang Sebagai Punca Penipuan dan Salah Guna Kuasa - CrazyDuck -->

Header Ads

Hutang Sebagai Punca Penipuan dan Salah Guna Kuasa

Nak Hutang? Nada Simpati Seorang Kawan – Ikhlas atau Jerat?

Kesan hutang semakin menyengat kehidupan Ah Matt.  Nasibnya agak baik kerana mempunyai “kawan” seperti Ah Bee. Hebat Ah Bee ni… pakai kereta pun Mustang. Kerja makan gaji jer.


Ford-Mustang-GTO
Ford Mustang
Seperti Ah Bee, hidup Ah Matt dan keluarganya berubah daripada sekadar cukup-cukup makan kepada hidup yang bermewah-mewahan. 

Walaupun mempunyai pendapatan yang tinggi, namun cara hidup yang sudah berbeza memberi tekanan kepada kemampuan keewangannya.

Hutang dengan Ah Long menjadi penyelamat sementara baginya.  Tapi apa benar ianya selamat?

Apa juga benar Ah Bee ini seorang “kawan yang baik?”

Sambil melakunkan gaya simpati Ah Bee memberi sejumlah wang kepada Ah Matt sebagai tanda pertolongan dari seorang sahabat.  Tetapi bukan jumlah yang diminta.

Walaupun dia boleh memberi jumlah yang diminta, Ah Bee mau menjerat Ah Matt lebih mendalam lagi supaya akhirnya dia akan mengikut telunjuknya manakala kerjaya “sambilannya” terjamin selamat.

loan-shark-banner-for-loan-promotionAh Bee bersetuju untuk memperkenalkan seorang kawan yang boleh menolong Ah Matt untuk mendapatkan baki wang untuk membayar motornya yang sudah hampir 3 bulan tidak berbayar.

Keesokan hari Ah Matt mendapat panggilan yang tidak dikenalinya.  Mungkinkah ini temannya si Ah Bee fikirnya… dalam keraguan, dia menjawab juga. 

Si pemanggil memberi tahu namanya Ah Long dan Ah Bee yang memintanya untuk menelefon Ah Matt.  

Setelah berbual sedikit mereka bersetuju untuk berjumpa pada malamnya disuatu tempat yang agak “private” dan tersembunyi dari pandangan orang ramai.

Ah Long bersetuju untuk meminjamkan Ah Matt wang yang diperlukan tetapi dengan syarat-syarat tertentu. 

Inilah kali pertama Ah Matt berurusan dengan orang seperti Ah Long.  Orangnya kemas bergaya, baik dan lembut pertuturannya.  Menaiki kereta mewah – tidak sekali kelihatan seperti samseng “loan shark.” 

Sungguh persis seperti seorang professional. 

Memandangkan pinjaman yang Ah Matt mahu hanya untuk jangka pendek, faedah yang dikenakan kelihatan tidak begitu ketara tingginya.  

Dalam keadaan terdesak begini Ah Matt tidak punya pilihan sekiranya tidak mahu motorsikal kesayangannya ditarik balik. 

Lebih memalukan jika diketahui oleh rakan-rakan lama yang menganggap dia kini seorang pegawai tinggi bergaji besar.

Itulah namanya EGO.  Biar berhutang asal nampak macam senang.

Selesai perbincangan, Ah Long bersetuju untuk meminjamkan wang dan berjanji untuk memasukkan ke dalam akaun bank Ah Matt pada esoknya. 

Pada tengahari sewaktu rehat Ah Matt pergi ke Bank setelah memastikan wang yang dijanjikan oleh Ah Long ada dalam akaunnya.  Dalam masa seminggu dia perlu membayar balik pinjaman tersebut dengan tambahan sebanyak 10 peratus.

Ya… 10 peratus dalam masa satu minggu.  Keuntungan yang sangat tinggi.  Pada yang terdesak seperti Ah Matt itu bukan lagi hal yang perlu difikirkan.  

Ego yang bakal tercalar lebih penting untuk diselamatkan.


Pada waktu petangnya Ah Bee menelefon Ah Matt bertanyakan khabar.  Ah Matt memberi tahu semuanya sudah selesai, hanya dia perlu mencari sejumlah wang dalam masa seminggu untuk membayar balik wang yang dipinjam dari Ah Long. 

Prihatin sungguh kawan aku ni – mungkin itu yang terfikir oleh si Ah Matt. 

Mengetahui hal itu, Ah Bee merasa lega kerana perangkapnya sudah mengena.  Kini Ah Matt tiada jalan lain kecuali mengikut telunjuknya untuk mencari wang tambahan kerana kos cara hidup sudah meningkat.

Semenjak tarikh pertemuan dengan Ah Long, Ah Matt sentiasa keluar bersama Ah Bee melakukan kerja-kerja “penguat-kuasaan”, walaupun pada waktu cuti. 

Mudah mendapatkan rezeki cara ini kerana pakaian seragam dan lencana boleh digunakan untuk tujuan itu.  Lebih mudah apabila kerja penguat-kuasaan ini dilakukan pada waktu malam. 

Maka berterusanlah Ah Matt dengan dedikasi terhadap kerjanya dan dia terus dibuai oleh mimpi indah hingga beberapa tahun. 

Dia terus merasa menang sehinggalah pada suatu hari…

Dibukakan Hati Untuk Hidayah Dan Petunjuk Dari Allah


family-having-a-dinner-at a-fine-restaurant
Lihat Video - KLIK gambar atau sini
Suatu malam sewaktu Ah Matt sekeluarga makan di sebuah restoren bernama Deina Seafood, anak bongsunya bersuara, “Eh abah, cer tengok iklan tu… adik tak faham apa maksudnya."


Ah Matt melihat kaca TV, dia tahu itu adalah iklan mengenai seorang bapa yang sedang makan bersama keluarganya.

Dan iklan itu mengingatkannya punca rezeki tidak halal yang mereka sekeluarga sedang menikmati. 

“Tak ada apa lah.  Tu … ambik ayam goreng tu, sedap.”  Pintas Ah Matt dan mengubah tajuk percakapan.

Semenjak peristiwa makan malam itu fikiran Ah Matt sering terganggu dan tidurnya tidak nyenyak.  Dia sedar banyak dosa yang telah dilakukannya semenjak membeli motor besar. 

Kini dia sudah jarang bergerombolan dengan kumpulan motor berkuasa tinggi, tetapi banyak mengasingkan diri di kebun (tidak jauh dari Kuala Lumpur) apabila kelapangan dari tugas harian.

Bayaran ansuran motornya sudah selesai setelah beberapa kali membuat pinjaman tambahan dan menerima ugutan dari orang-orang Ah Long.

Hanya sekali-sekala sahaja dia mengikuti gerombolan motor besar.  Motornya kini lebih banyak berdiam dari bising berderum-derum.

Persoalan anak bongsunya terhadap iklan anti-rasuah ketika mereka makan bersama memberikan kesedaran.  Kini terpulang pada dirinya sendiri samada untuk terus bergelumang dengan dosa atau bertaubat dan pulang ke pangkal jalan.

Kebetulan Atau Ketentuan?

Suatu senja ketika dalam perjalanan pulang bersendirian, Ah Matt terpaksa berhenti di sebuah masjid.  Tekanan untuknya membuang air kecil sudah tidak tertahan lagi.

Selesai urusannya di tandas dia terus masuk ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah.  Sudah sekian lama dia tidak berbuat demikian.  Entah apa yang datang ke benak fikirannya senja itu.

Kebetulan selepas maghrib, ada kuliah tentang solat tasbih.

Ustaz yang memberi tazkirah bercerita tentang keistimewaan solat tasbih dan tatacara melakukannya. 

Setakat ini... ceritanya OK tak?. Meh support & tekan butang LOVE ni. Lepas tu Share lah.


No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.