Nasi Lemak Teruna Malang Selalu Habis Tapi Kenapa - CrazyDuck -->

Header Ads

Nasi Lemak Teruna Malang Selalu Habis Tapi Kenapa

Nasib saya baik bang. Dulu-dulu, ada masa lebih separuh tak laku. Tunggu sampai petang. Buang dan membazir. Nak cover modal pun tak lepas. Rugi terus. Ada satu ketika saya nangis sendirian dan rasa nak give-up.
Gambar hiasan:- Sakura Empire

Cepatnya Nasi Lemak Kau Habis

“Cepat betul nasi lemak kau habis. Belum pukul 10 lagi ni. Bagus bisnes nasi lemak kau ni. Semakin hari semakin meningkat.”

“Nasib saya baik pagi ni bang. Dulu-dulu, ada masa lebih separuh tak laku bang. Tunggu sampai petang. Nak cover modal pun tak lepas.”

“Rugi terus.”

“Ada satu ketika tu saya sampai rasa nak nangis. Nak give-up pun ada juga.”

“Tapi sejak kebelakangan ni, Alhamdulillah… banyak orang datang beli borong.”

“Eh… abang terpaksa pergi nih, ada tetamu kat rumah. Dah nasi lemak kau habis, abang nak cari roti canai lah.”

“Nasi lemak berlauk tu ada kat hujung jalan, tapi abang kalau tak dapat nasi lemak kau ni, baik abang cari menu lain saja.”

“Wah… terima kasih bang. Satu penghormatan dan penghargaan tu. Abang free nanti boleh kita sembang hal bisnes kalau abang minat nak dengar.”

“OK-OK… boleh, minggu depan abang free kita set time ek.”

“All right, terima kasih bang. Harap roti canai kedai Pak Abu masih ada lagi. Baik abang pergi cepat. Kehabisan pulak nanti.”

Nasi Lemak Teruna Malang

Itu lah nama tak rasmi warung nasi lemak milik Eddy.

Tak ada banner atau apa-apa iklan pun. Tapi pelanggannya tahu dan kenal nama Teruna Malang, siapa pemiliknya dan apa core bisnesnya.

Hamba-smartphone-tak-boleh-jual-nasi-lemak
Hamba smartphone tak boleh jual nasi lemak. Smartphone slaves - www.conspiracyclub.co

Walaupun tak rasmi, nama itu sudah menjalar dibibir penduduk tempatan. Juga sebahagian kecil orang yang lalu lalang melintasi penghujung pekan kecil itu.

Panjang kisah Eddy dan panjang lagi perjalanan yang harus ditempuhinya. Dia tidak tahu apa penghujungnya, tapi sudah membuat perancangan untuk terus berjuang.

Dia bukan duduk mencokok setiap pagi mengunggu pelanggan tanpa ada vision untuk masa depan. Atau hanya berniaga ala kadar sambil menghabiskan masa dengan smartphone.

Padanya membuang masa sebegitu bukan smart punya orang.

Sejak menamakan warungnya dengan nama Nasi Lemak Teruna Malang, rezekinya seperti bertambah baik. Dari hari ke hari ada saja pelanggan baru. Pelanggan lama sering muncul setiap 2-3 hari sekali.

Paling teruk pun 2-3 minggu sekali. Kadang-kadang lama tak datang, sekali datang borong terus.

Repeat buyer semakin bertambah. So… malangnya di mana?

Maka nama Malang itulah yang telah memberikan idea bagaimana dia mahu meneruskan perjalanan kareernya sebagai seorang usahawan.

Pandelela-Rinong-Inspirasi-Jual-Nasi-Lemak-Teruna-Malang
Gambar:- Pandelela Rinong - www.buro247.my

Memulakan perjalanan dengan menjual nasi lemak sebagai tapak atau batu loncatan. Kalau kaki terjun macam Olimpik Medalist Pandelela Rinong, itu dipanggil Spring Board.

Start jual nasi lemak guna Spring Board eh? Foooh… hebat bangat sih.

Batu terloncat? Aiyahhh… kena kepala benjol ooo.

Tapak?

Mmm… cari bagus-bagus punya tempat banyak orang lalu lalang. Dekat dengan traffic light lagi bagus. Sempat orang ushar dan fikir. Lain kali dia orang stop singgah kalau nampak macam menarik.

Sure laku.

Sedap mesti mau. Rasa mau maintain. Service mau baik. Senyum kasi maneees punya. Mulut mau ramah juga. Harga mau reasonable.

Kalau orang sudah gian, mahal pun orang sapu punya.

Berterusanlah lakunya dan kelakuan menjual yang meleTOPkan jualan.

Itulah antara khayalan Eddy satu ketika dulu. Perlahan-lahan khayalan itu datang satu persatu menjelmakan diri.

Menjadi kenyataan. Nasi lemaknya kini laku keras.

Dengarlah Komplen Pelanggan

Seminggu pantas berlalu. Hari minggu yang dijanjikan sudah sampai.

Tepat jam 10 pagi Eddy menutup gerainya kerana jualan nasi lemaknya sudah habis.

Kalau tak habis sekali pun dia akan tutup juga. Sebab sudah ada buat appointment dengan Abang Lucky.

Selesai menutup gerai dia terus start motor dan bergegas ke rumah Abang Lucky.

Dia mahu bersembang dengan Abang Lucky dan mendapatkan pandangan, nasihat, dan kritik dari sudut mata pelanggan.

Kalau Abang Lucky tak mahu bagi pandangan, dia akan cungkil. Tapi bukan kat mata. Cungkil dengan soalan. Keh keh keh...

Abang Lucky dilihatnya jujur dan tidak berselindung. Sudah agak lama dia kenal. Selalu datang beli nasi lemaknya. Paling kurang dua kali sebulan.

Pernah sekali dua Abang Lucky komplen pasal nasi lemaknya. Eddy terima teguran yang jujur dan ikhlas itu. Dan hasilnya boleh dilihat hari ini. Laku keras.

Dalam ramai-ramai pelanggannya hanya Abang Lucky yang komplen. Yang lain bila tak puas hati terus merajuk tak nak datang lagi.

Entah-entah siap dengan mulut puaka bawa cerita rekaan nak pelingkup bisnes nasi lemaknya.

Ya… ada. Pernah sampai ketelinganya pun.

Penutup

Jarang pelanggan mahu buat direct complaint. Puji direct lagi lah payah nak dapat. Banyak orang suka main belakang-belakang. Mana dunia pun begitu lah.

Biasanya bila tak puas hati, mereka senyap dan tak datang lagi.

Paling teruk ada yang bawa mulut puaka jaja keliling. Lagi khianat masuk dalam media social bagi viral dengan gambar dan segala macam kata-kata menginspirasikan.

Eddy mahu mendengar komplen dan kritik tentang bisnes nasi lemak Teruna Malangnya. Supaya dia dapat membuat penambah-baikkan. Bagi memenuhi cita rasa pelanggan segment pasarannya.

Sambungan?

Ada... kat sini: Bungkusan Istimewa Untuk Abang Lucky. Klik LIKE dulu lah sebelum pergi tu. TQ !!!

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.