Hutang Itu Pembuka Jalan Untuk Penipuan dan Salah Guna Kuasa
Jerat Hutang Yang Memerangkap
.
Sehari selepas melawat kedai Ah See, rancangan kerja kuat kuasa dijalankan.
Selain Ah Matt dan Ah Bee, terdapat beberapa orang lagi, termasuk seorang pegawai kanan.
Selain Ah Matt dan Ah Bee, terdapat beberapa orang lagi, termasuk seorang pegawai kanan.
Jelas pada Ah Matt, semua mereka seolah-olah mempunyai perhubungan yang akrab. Bukan sekadar perhubungan rakan sekerja.
Operasi menguat kuasa berjalan lancar dengan beberapa tangkapan dibuat.
Namun ada beberapa kes di mana Ah Bee melepaskan pesalah-laku. Kerana si pesalah laku membuat “perbincangan.”
Namun ada beberapa kes di mana Ah Bee melepaskan pesalah-laku. Kerana si pesalah laku membuat “perbincangan.”
Ah Matt sedar apa yang sedang berlaku tetapi akur.
Dalam terpaksa dan pasif dia terlibat juga dalam “perbincangan-perbincangan” itu.
Setelah selesai operasi, pada malamnya Ah Bee dan Ah Matt bertemu di sebuah kedai kopi.
Sebelum berpisah, Ah Bee menghulurkan sampul surat.
“Ini hasil “kerja” kita siang tadi. Kau simpanlah dan duit pendahuluan motor kau tu, anggaplah sebagai pemberian dari aku. Tak perlu bayar balik.”
Sungguh pemurah si Ah Bee ini rupanya.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, Ah Matt membuka sampul. Terkejut besar melihat jumlah wang yang ada. Dia senyum saja dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
Dia tahu apa yang boleh dilakukan dengan pendapatan tambahan hari ini.
Cukup untuk membayar ansuran motornya. Selebihnya dia bercadang untuk membelikan hadiah bagi isteri dan anak-anaknya.
Cukup untuk membayar ansuran motornya. Selebihnya dia bercadang untuk membelikan hadiah bagi isteri dan anak-anaknya.
Kesediaannya untuk membuat hutang membuka ruang bagi Ah Matt menerima wang yang sememangnya diketahui bukan dari sumber yang halal.
“Aahhh… persetankan itu semua.”
Ego menguasai pemikiran Ah Matt. Sifat tamak mula menjelma.
Tiada Kuasa Mengelak Dari Menipu Diri Sendiri
Ah Matt memberitahu isterinya dia sudah dinaikkan pangkat. Dia mahu membawa keluarganya pergi “shopping.” Teruja dengan pelawaan itu semuanya bergegas.
Isterinya mendapat perabut yang diidamkan selama ini. Anak-anaknya masing-masing membawa pulang telefon bimbit canggih.
Sebelum pulang, Ah Matt singgah di kedai Ah See. Tidak ada soalan dari isterinya tentang duit apabila Ah Matt menunjukkan motor yang baru dibelinya.
Ah Matt membawa pulang motor barunya dengan perasaan hati yang puas.
Dengan telefon bimbit baru, anak-anak dan isterinya bergambar dan memuat naik ke dalam laman sosial mereka. Apa saja gambar yang membuktikan mereka kini lebih berada. Gambar pakaian, make-up, perabut, tempat-tempat yang dikunjungi, restoren, dan kereta baru.
Mereka dahagakan pujian. Mahu dikatakan orang kaya.
Ianya seperti satu penyakit. Seolah-olah membalas dendam terhadap kekurangan mereka sebelum ini.
Kini dia memilih untuk menunggang motosikalnya apabila balik kampung. Anak dan isterinya menaiki kereta Toyota baru.
Ya… keluarga Ah Matt kini sudah punya kereta baru. Model terbaru dari Toyota Camry.
Pantang ada cuti dia akan pulang bertemu kawan lama dan menayang motornya. Apa tidaknya, hanya dua jam sudah boleh sampai. Jika berkereta buruknya sebelum ini mengambil masa 3 jam atau lebih.
Egonya yang selama ini tercalar kembali pulih.
Tanpa Ah Matt sedar, perbelanjaan isi rumah kian meningkat. Cara penghidupan harian yang mula berubah. Payah untuk dibendung.
Setiap bulan mereka akan keluar “shopping” dan akan memperagakan apa saja yang baru. Gambar selfie / welfie dimuat turun pada laman sosial.
Ketagihan mereka untuk dipuji dan disukai membuatkan mereka asyik terperuk dengan telefon bimbit masing-masing. Kalau dulu mereka amat mesra dan riuh rendah sesama sendiri, kini jari-jemari yang melakukan percakapan.
Masing-masing sibuk dengan hal alam maya mereka sendiri. Tiada lagi kuasa banginya dari menipu diri sendiri dengan kemewahan palsu ini.
Jerat Hutang Semakin Mencengkam
Kini saban bulan Ah Matt terkial-kial untuk membayar ansuran motor dan kereta barunya. Dia mula teringat akan Ah Bee yang telah diam menyepi sejak kebelakangan ini.
Ah Bee pula memang sengaja berbuat begitu kerana mahu melihat telatah Ah Matt. Dia sudah memasang jerat seterusnya. Dia tahu, lambat laun Ah Matt akan mencarinya.
Dia tidak perlu gopoh gapah – permainan ini perlukan strategi dan kesabaran. Ilmu yang dipelajarinya satu ketika dulu. Bila mana dia juga terperangkap dalam proses mengejar kemewahan secara pantas.
Telefon Ah Bee berdering. Melihat nama si pemanggil dia tersenyum.
“Hello, ya Bro… ada mana, lama senyap jer?” Selamba jawab Ah Bee… dan dia tahu apa langkah seterusnya.
“Eh Bee … aku ada masalah lah …” suara Ah Matt berbunyi meminta simpati.
Seolah-olah tidak mengerti, Ah Bee bertanya … “Apa masalahnya?”
“Bila boleh jumpa kau … tak selesalah cakap thru phone ni”, pinta Ah Matt.
Ah Bee bersetuju dan pada malamnya mereka bertemu.
Sewaktu pertemuan, Ah Matt menceritakan masalah kewangannya. Dia meminta bantuan Ah Bee.
Soalan penutup bahagian pertama:-
1. Pernahkah anda berada dikedudukan Ah Matt? Dari seorang jagoan, tercalar egonya. Kemudian mampu mengembalikan status sebagai seorang jagoan. Tetapi dengan cara yang berbeza dan lebih bermaruah.
2. Anda pernah punya kawan “sebaik” Ah Bee?
3. Anda tidak pernah berhutang untuk mendapatkan sesuatu keinginan / impian?
4. Jika anda pernah berhutang, pernahkah terpaksa menipu (sunat) untuk minta lanjutan pembayaran atau rimas untuk menerima panggilan?
5. Memuat naik gambar-gambar peribadi pada laman sosial sudah menjadi trend – tetapi atas tujuan yang berbeza. Ada yang bertujuan untuk perniagaan. Tidak kurang juga yang dahagakan pujian seperti isteri dan anak-anak Ah Matt.
6. Apa yang anda fikirkan berlaku pada Ah Matt seterusnya? Apakah Ah Bee akan memerangkap Ah Matt atau membantunya? Apakah Ah Matt sengaja mencari nahas?
Apa nak jadi dengan Ah Matt? Sebelum pergi meh tekan butang LOVE ni.
Thank you for your comments